Printable Version of Topic

Click here to view this topic in its original format

CAKAP.Net _ Cakap Isu Semasa _ Penculik bunuh, bakar mayat tebusan

Posted by: kakaroct Sep 17 2008, 08:18 AM

Sekumpulan remaja menculik pelajar perempuan berumur 16 tahun, membunuh mangsa dan membakar mayatnya di Kulai Jaya malam Jumaat lalu.

Penculik berkenaan kemudian menuntut wang tebusan RM33,000 daripada keluarga Lai Ying Xin bagi “membebaskan” pelajar itu.

Keluarga itu membayar tebusan itu — tidak sedar yang mayat mangsa yang sudah mulai reput dibuang di kawasan semak di Taman Putri.

Difahamkan mayat Lai dibakar bagi tujuan memusnahkan sebarang petunjuk yang mungkin dapat mengenal pasti pembunuhnya yang memang dikenali oleh keluarga mangsa.

Polis percaya pelajar itu dibunuh dalam tempoh 24 jam selepas dia diculik di depan sebuah pasar raya, tempat dia bekerja sambilan.

Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata bertindak atas maklumat, pasukan polis menahan seorang remaja berumur 16 tahun yang tidak lagi bersekolah dan dua lelaki dalam sebuah Perodua Kembara di Kulai pada 6.15 petang semalam.

Beliau berkata dua pertiga daripada wang tebusan itu dirampas daripada suspek.


Posted by: wanmus Sep 17 2008, 01:00 PM

bodoh+sengal+bengong+x berhati perut+binatang...sebabnya:
1- culik dan bunuh, kalau culik saja pun penjara baru berapa tahun..ni kalau bunuh silap2 kene hukuman gantung
2- wang tebusan mintak 33,000 je..bodoh..alang2 dah culik, mintaklah banyak skit pastu gi oversea
3- aku marah sangat2 sebab lawa dan manis tuh budak tu..rugi satu rakyat Malaysia yang lawa dan bijak
4- nilah kalau xder agama dalam diri..walaupun cina, kalau betul2 ikut agama dia, xkn senang2 bunuh orang

tulah dari segi pendapat aku..

Posted by: richzuan Sep 17 2008, 06:57 PM

berita ni merupakan antara berita yang terdasyat pernah aku baca dalam surat khabar kosmo dan berita harian..
sungguh kejam sekali sekumpulan remaja yang bunuh budak mentah yang baru berumur 16 tahun..apkah salah dia..
ada orang cakap , masalah cinta dan perselisihan faham merupakan punca besar kepada terjadinya kes yang dasyat ini..
aku nasihatkan , bagi yang bakal bercinta atau yang masih mencari cari pasangan hidup mereka..janganlah cari pasangan yang gila mahupun psycho..
pilih yang SEDANG SEDANG saja smile.gif
nanti kalau bergaduh , macam ni lah jadi nya..cemburu tu aspek yang perlu di ambil perhatian..
jangan cemburu sampai membunuh pulak ya..ke neraka jawabnya..

Posted by: misspolkadot Sep 19 2008, 03:08 AM

aku x tau level penyangak ni.
aku rase binatang pon x de wat camtu.

Posted by: CekDet Sep 19 2008, 04:39 AM

Sangat menyayatkan hati...dah tentu akan mennggalkan kesan yang sangat mendalam pada keluarga mangsa..
Siapa la yang betul2 gila sampai sanggup wat benda yang tak masuk akal nie..
ni la akibatnya kalau nafsu menguasai akal..lebih teruk daripada binatang

Posted by: taukey Sep 19 2008, 03:09 PM

orang tu dah jadi binatang. tapi binatang pun rasanya tak sekejam itu. apa pun the fittest will survive adalah dunia binatang. takkan nak jadi binatang jugak org tu. kalau setakat Rm33,000 tu nak buat apa. kan ke bahlul. sekarang rasanya perlu berhati-hati. adakah kita dah kembali semula ke zaman jahiliyah? aku tak ingin..........

Posted by: wanmus Sep 20 2008, 01:31 AM

QUOTE (taukey @ Sep 19 2008, 03:09 PM) *
orang tu dah jadi binatang. tapi binatang pun rasanya tak sekejam itu. apa pun the fittest will survive adalah dunia binatang. takkan nak jadi binatang jugak org tu. kalau setakat Rm33,000 tu nak buat apa. kan ke bahlul. sekarang rasanya perlu berhati-hati. adakah kita dah kembali semula ke zaman jahiliyah? aku tak ingin..........



betul tu taukey...tapi nak xnk, memang kita dah kembali ke zaman jahiliyyah tapi jahiliyyah moden..kan nabi dah cakap keadaan umat akhir zaman macamana. macam kita tengok sekarang ni lah..bunuh membunuh sudah jadi permainan..maksiat dan dosa dijadikan perkara biasa..manusia makin takut nak lakukan perkara betul..kan tu apa yang berlaku masa zaman jahiliyyah tu cuma berbeza bentuk je dengan sekarang..

Posted by: aeryxz' Sep 20 2008, 01:59 AM

aku rasa nk tembak pastu bom kepala penyangak2 tu.. sakit ati+sedih bila baca berita camni..

Posted by: abdfatah Sep 20 2008, 05:22 PM

memacam ler sekarang punya cerita ngeri. cinta tak terbalas rupanya... dah ler membunuh lepas tu ada hati pulak mintak duit tebusan tak pasal2 untuk tambah derita kesusahan keluarga tersebut. cinta punya pasal tak kira bangsa laa, akan ada rasa tidak puas hati tatkala cinta tak berbalas... apa saja akan dilakukan jika dah hati rasa berdendam tidak berkesudahan... belum dapat memang laa nak... kalo dah dapat dan dah kawen baru tau laa perangai masing2...

Powered by Invision Power Board (http://www.invisionboard.com)
© Invision Power Services (http://www.invisionpower.com)