Printable Version of Topic

Click here to view this topic in its original format

CAKAP.Net _ Cakap Isu Semasa _ Domain laman web porno .xxx

Posted by: ♦محم Jun 27 2010, 10:40 AM

LONDON-Lebih 110,000 laman web lucah di seluruh dunia telah menempah domain .xxx sebagai rujukan alamat laman web pornografi selepas badan pengawal selia Internet antarabangsa (ICANN) meluluskan penggunaan tiga abjad itu kelmarin.

Di Britain sahaja, firma pendaftar alamat rasmi Internet (ICM) menjangka dapat mendaftarkan sejumlah 500,000 halaman tersebut sehingga akhir tahun ini yang bakal menjana perolehan lumayan mencecah kira-kira £20 juta (RM98 juta).

"Kami meramalkan mampu memproses lebih sejuta laman sedemikian kerana sekarang pun sudah ada jutaan halaman lucah yang berkembang pesat ekoran kemajuan dunia teknologi komunikasi maklumat," kata pengasas ICM, Stuart Lawley.

Jurucakap badan pemantau Mediawatch UK, Vivienne Pattison berkata, pengenalan .xxx dijangka membantu ibu bapa mengawal anak daripada mudah mengakses laman tidak bermoral itu yang kian berleluasa. - Agensi

=> identiti tersendiri

Posted by: mat.g™ Jun 27 2010, 10:59 AM

senang sikit nak blok URL porno yg guna .xxx

Posted by: sH@m Jun 27 2010, 09:04 PM

Special untuk pepornoan .. dah ada Domain Name khas lak kat diaorang, haii!! ... apa la nak jadi dunia la ni.

Posted by: eskep Jun 27 2010, 10:47 PM

isk isk, apa nak jadi dengan manusia sekarang? makin senang lah orang nak search.

Posted by: mat.g™ Jun 28 2010, 12:14 AM

krjn malaysia melalui kementerian multimedia dan komunikasi bersama pihak spt TM patut block semua domain yg .xxx drp diaccess dlm malaysia.

lebih senang nak block sbb block based kpd extension URL... cuma krjn kita ni kena lebih prihatin la benda2 mcm ni.

Powered by Invision Power Board (http://www.invisionboard.com)
© Invision Power Services (http://www.invisionpower.com)