Printable Version of Topic

Click here to view this topic in its original format

CAKAP.Net _ Cakap Isu Semasa _ Pengsan dibelasah pelajar senior

Posted by: ♦محم Jun 26 2009, 09:05 AM



ROMPIN – Seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah agama di sini dibuli sampai pengsan oleh empat pelajar senior sekolah tersebut kelmarin.

Malah Mohd. Ashraf Abdul Aziz, 15, lebam di beberapa bahagian badan akibat dibelasah dan dipijak-pijak oleh empat pelajar senior berumur 16 dan 17 tahun yang dikatakan bertindak demikian untuk ‘suka-suka’.

Terdapat beberapa pelajar lain yang melihat kejadian itu tetapi mereka tidak membantu mangsa sebaliknya melihat kejadian itu dengan selamba.

Cerita Ashraf, kejadian itu berlaku pada pukul 1 pagi iaitu di surau sekolah itu.

PIPI Ashraf juga calar dan lebam angkara dibuli pelajar senior.

Sebelum itu, katanya, surau tersebut dipenuhi ramai pelajar yang mahu menunaikan solat sunat witir termasuk dirinya.

Menjelang tengah malam, Ashraf memberitahu, kebanyakan pelajar beredar ke asrama tetapi dia masih berada di luar surau bersama beberapa pelajar lain.

“Tiba-tiba saya ditolak masuk semula ke dalam surau oleh seorang pelajar senior sebelum lampu dipadamkan.

“Di dalam surau itu saya dibelasah serta dipijak-pijak di muka, tangan dan bahagian badan lain hingga pengsan dalam gelap,” katanya ketika ditemui di Felda Keratong 4 di sini malam tadi.

Posted by: aina_sara Jun 27 2009, 08:18 AM

x serik2 puak ni.. kat sekolah dah tunjuk samseng, kuar sekolah nnt ada talent jd penjenayah yg berjaya.

Posted by: B@zSh™ Jul 14 2009, 03:49 PM

Kes2 mcm ni skang ni makin banyak
Budak2 skang dah jadi mcm setan
Kat sekolah lg dah tunjuk samseng
Kes terbaru tu...mafia betina...baru umur 13 tahun
Apa nak jadi la..

Powered by Invision Power Board (http://www.invisionboard.com)
© Invision Power Services (http://www.invisionpower.com)