Printable Version of Topic

Click here to view this topic in its original format

CAKAP.Net _ Cakap Isu Semasa _ Rumah kebajikan 'didik' seks

Posted by: ♦محم Jun 28 2010, 10:14 AM



MELAKA - Seorang peguam wanita tidak menduga tindakannya membawa pulang tiga kanak-kanak dari sebuah rumah kebajikan di Sungai Gemas, Negeri Sembilan pada hujung Mei lalu membongkar satu rahsia mengenai kediaman itu.

Rumah kebajikan itu didakwa bukan saja dipercayai tidak berdaftar tetapi ia juga mempunyai persekitaran hitam apabila disyaki berlaku penderaan seksual dan penderaan fizikal terhadap kanak-kanak yang mendiami rumah itu.

Peguam itu, B. Vijaya Kumari, 57, mendakwa, rahsia itu terbongkar apabila dia membawa pulang tiga kanak-kanak untuk tinggal bersamanya sepanjang musim cuti sekolah minggu lalu.

Tiga kanak-kanak yang dibawa tinggal bersamanya di Cheng, Melaka pada pertengahan Jun lalu membabitkan dua kanak-kanak perempuan masing-masing berusia sepuluh dan sembilan tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun.

Powered by Invision Power Board (http://www.invisionboard.com)
© Invision Power Services (http://www.invisionpower.com)