Seperti yang diketahui umum (harap tahu), wabak Selsema Babi sedang melanda
Mexico dan Amerika Utara beberapa hari lepas. 81 orang maut di Mexico ,
menjangkiti 12 orang di Amerika Syarikat dan buat pertama kalinya pihak
berkuasa di New Zealand mengesahkan 10 pelajar negara berkenaan yang baru
pulang dari Mexico menghidap selesema babi dan terpaksa dikuarantin sebagai
langkah berjaga-jaga.
Selsema Babi, merupakan satu penyakit respiratori (sistem pernafasan) yang
selalu ditemui dalam kawanan babi, disebabkan oleh virus influenza jenis A
(H1N1) yang telah mengalami mutasi dan menghasilkan strain baru. Selsema
ini yang selalunya berlegar dalam spesis babi sahaja, dilihat mula
menjangkiti manusia dan mula dikesan dalam manusia sejak 1988.
Namun menurut laporan Centres of Disease Control and Prevention Amerika
Syarikat atau singkatannya CDC, jumlah kes Selsema Babi dilihat semakin
meningkat sejak Disember 2005 sehingga Februari 2009, dan semua kes ditemui
di negeri-negeri Amerika Syarikat. Sedari Mac 2009 hingga April 2009, lebih
1000 kes Selsema Babi dikesan di Mexico, dan lebih dari 80 kematian yang
dikaitkan dengan virus H1N1 dilaporkan. Tanggal 26 April 2009 (kelmarin),
Jabatan Kesihatan Amerika Syarikat mengisytiharkan wabak Selsema Babi ini
sebagai kecemasan kesihatan awam (public health emergency), setelah lebih
20 kes dikesan di seluruh Amerika Syarikat.
Simptom-simptom yang dipamerkan pesakit yang dijangkiti H1N1 adalah
seperti, selsema, demam, batuk, kepenatan dan juga kurang selera makan. Ada
juga laporan menyebut bahawa pesakit mengadu sakit tekak, loya,
muntah-muntah dan cirit-birit. Virus H1N1 ini dipercayai menjangkiti
manusia ke manusia melalui udara, titisan rembesan hidung mahupun mulut
yang berlegar di udara. Selsema Babi mudah menjangkiti manusia lain dalam
lima ke sepuluh hari pertama jangkitan. Ubat yang disarankan adalah
seperti; amantadine, rimantadine, oseltamivir dan zanamivir,
walaubagaimanapun, untuk wabak terbaru ini, rawatan yang disarankan adalah
dengan menggunakan oseltamivir dan zanamivir. Vaksin untuk selsema manusia
bermusim tidak melindungi manusia dari Selsema Babi.
Sebagai langkah pencegahan juga, orang awam digalakkan memakai topeng dan
juga melaporkan diri pada klinik atau hospital berdekatan jika ada melawat
negara-negara (dalam sebulan yang lepas) yang telah diisytihar dilanda
wabak Selsema Babi. - PenyuBiru
Pusat Gerakan dah diaktifkan skang
Tp x perlu panik
Hopefully x berlaku pandemik seperti yang digembar gemburkan
Vaksin selesema babi mungkin November depan
Ada rumours kata virus nih ciptaan manusia .. target hanya untuk 4 season countries .. virus nih x mungkin bertahan di negara2 beriklim panas (khatulistiwa & tropika) ... rumours jer
Kenapa anak babi kalau jalan kepalanya suka tunduk tunduk?
Utk JAWAPAN zaman 2009 ,
Apa jawapan sesuai ?
wabak Selsema Babi sedang melanda Mexico dan Amerika Utara beberapa hari lepas. Terkini 159 orang maut di Mexico ,menjangkiti 65 orang di Amerika Syarikat.
Negara-negara lain yang sudah ada kes sekurang-kurangnya disyaki positif selsema babi ialah: Canada,European Union (EU), Israel and New Zealand
Kalau dilihat kesemua negara-negara di atas ialah penentang Islam dan melabelkan Islam sebagai pengganas. Mungkin ini adalah bala Allah. Ingatkan dahulu, Allah hanya menggunakan nyamuk yang kecil sahaja untuk mengalahkan Firaun yang perasan dia tuhan.
~ Moral of the story : Allah itu Maha Berkuasa ~
Harap2 betul la apa telahan korang
Biar sume manusia2 kafir tu terima bala Allah
untuk elak kena selsema, kalo mandi tengahari, jangan sesekali basuh kepala. Setiap orang juga elokla lengkapkan diri dengan 'ANTIVIRUS' sebagai langkah berjaga2.
Menteri Kesehatan Siti Fadilah Supari (59) bikin gerah World Health
Organization (WHO) dan Pemerintah Amerika Serikat (AS).
Fadilah berhasil menguak konspirasi AS dan badan kesehatan dunia itu dalam mengembangkan senjata biologi dari virus flu burung, Avian influenza (H5N1).
Setelah virus itu menyebar dan menghantui dunia, perusahaan-perusahaan dari negara maju memproduksi vaksin lalu dijual ke pasaran dengan harga mahal di negara berkembang, termasuk Indonesia .
Fadilah menuangkannya dalam bukunya berjudul Saatnya Dunia Berubah! Tangan Tuhan di Balik Virus Flu Burung.
Selain dalam edisi Bahasa Indonesia, Siti juga meluncurkan buku yang sama dalam versi Bahasa Inggris dengan judul It's Time for the World to Change.
Ni berita Indon kah?
Info terkini:
Tak pernah lak aku belajor x leh basuh kepala
Bro kena tanya reason ngan En ganazz
Just info...skang dah x panggil selsema babi/khinzir
Dah ditukar nama kepada Influenza A
ini berdasarkan pengalaman sendiri.... mandi tengahari, limit dia basuh muka, rambut tak leh basah. kalo mau redah atau bikin aktiviti tengah hujan lebat, kepala kena pakai helmet. bukan baju hujan. kalo tak nak kena demam, bodi kena bikin membara dari dalam. Yg ni wa tak leh la citer...nanti kang PROMO lak!!!
Update setakat kelmarin
24 negara telah menotifikasi ada kes H1N1 (Swine Flu/Influenza A)
Setakat semalam 42 kematian dicatatkan
Ngah runsing ni
Thailand dah ada 2 kes
KB dah dekat ngan Thailand..
Kuar masuk senang gilers
pesakit, nak kena aktif ANTIVIRUS setiap jam. Kalo berjaya jadi berpeluh, ada harapan!
mende nie bahaya btol la... cube haramkan ajer babi tue.. mmg bawa penyakit babi tue..
apabila vaksin selsema babi mula berpasaran.... ekonomi amerika yg nazak ada harapan pulih! Halang dari menjadi selsema lebih rileks dan steady daripada merawat selsema. Abis duit kaya amerika je beli vaksin ni nanti.... 'Gaya Kuman Seberang Laut'
kebanyakkan U kat melaka dah tutup...tinggal 1 u aje yg masih selamat...mintak2 U aku ni ok aje...tak de masalah
Most likely pandemik tempatan akan berlaku dalam masa terdekat
Perkara ni akan berlanjutan selama 2 tahun
dah tahu babi tu mendatangkan penyakit yang merbahaya,,, tapi masih juga dibela ...
kematian makin meningkat... tak de ke syor BUNUH babi?
risau la bro...
anak aku dah kat seminggu lebih asik batuk jer..
dah dua kali gi klinik putrajaya...depa kata paru2 ok..
demam n selsema takde..cuma bila batuk tu tak henti untuk beberapa minit..n masa tu mula panas badan..
camner nak wat yer..B@zSh, ganazz dan yg arif dalam hal ni?
tolonggg..tak tahan aku tenguk dia asik batuk jer...
kalo batuk kokol, dokter tak bagi ubat.... 2 bulan makan masa..... kasi hentam ngan panax ginsen ka..... atau rendam buah mahkotadewa kering dengan air panas, tunggu sejuk kasi minum pagi satu kali, malam nak tido satu kali.... kalo kekal untuk jangka masa lama sket, boleh kebal jangkitan penyakit. kalo tak setuju ngan idea ni ..... tengok yg nie plak
Powered by Invision Power Board (http://www.invisionboard.com)
© Invision Power Services (http://www.invisionpower.com)