Printable Version of Topic

Click here to view this topic in its original format

CAKAP.Net _ Cakap Misteri & Mistik _ Mayat Reput Atas Kerusi

Posted by: ♦محم Apr 24 2009, 09:38 PM


Seminggu lepas, sewaktu saya on call 24 jam, saya dapat panggilan dari
anggota balai, bagi tahu, ada satu mayat di temui di dalam sebuah rumah.
Jiran mendakwa terhidu bau busuk. Saya bersama 6 anggota bantuan teknik
dan Forensik ketempat kejadian, juga terdapat 5 anggota balai yg sedia
menanti saya. Saya membuat pemeriksaan di sekeliling rumah bagi mengesan
sebarang kesan kesan jenayah.. TIADA. saya intai melalui tingkap, memang
baunya busuk menusuk hidung. Bau mayat !..saya nampak sesusuk tubuh yg
terbaring di atas sofa…dengan hanya berkain pelikat sahaja..jelas
mayat satu lelaki, berulat, dengan mata dan gigi telah terkeluar…

saya terpaksa memecah masuk kedalam rumah….dan buat pemeriksaan. Ada
dompet yg mengandungi RM33. jam tangan, dan IC serta beberapa no tel.
rumah usang, tanpa talipon, tiada peti sejuk…ada sedikit beras dan
minyak masak.

Nyata mayat tersebut, seorang lelaki 75 tahun….saya menghubungi satu
no tel.di jawab oleh seorg perempuan muda…20 tahun…dan itu
cucunya…mayat di bawa ke Hospital Ipoh untuk b edah siasat esoknya.

di mana anak anaknya?

baru seminggu anaknya datang membawa emaknya ke Johor kerana bercuti,
menyambut merdeka dan membawa emak berjalan jalan…mungkin ayah tak
mahu mengikut…berdasar kan siasatan Forensik, ayah tua tu meninggal
pada hari anak anaknya membawa ibunya ke Johor. Sewaktu di temui memang
mayat telah seminggu, berdasarkan keadaan mayat dan size ulat yang
menghurungi mayat.

saya menegur anaknya di bilik mayat…tentang kesilapan mereka
meninggalkan ayah mereka dalam keadaan sebegitu daif…tanpa
menghubungi, tiada link dgn jiran jiran…seorang pun anak anaknya 5
lelaki , 4 perempuan tak sanggup mengecam mayat ayah mereka…apatah
lagi mengangkat jenazah ayahnya. Cuma adik perempuan dan suaminya sahaja
yg sanggup masuk kedalam bilik mayat dan mengecam…sejurus sebelum
pengsan.


Posted by: bizonedrop Apr 24 2009, 11:15 PM

bro...ni merdeka tahun bila ni?

Posted by: ♦محم Apr 24 2009, 11:44 PM

entah ler...tak pasti...gambar tu tulis 2005
credit to oh!tidak

Posted by: B@zSh™ Apr 25 2009, 12:16 PM

Kalo tengok gambar diambil pada 6 Sept 2005
So memang betul la kot seminggu...
Huh....kesian kat mayat
Terseksa selama seminggu
Nauzubillah

Posted by: aEiN Apr 25 2009, 12:27 PM

kesian nya tgk mayat mcm g2 rupe,,,,

org tue plk 2,,,,


Posted by: ♦محم Apr 25 2009, 12:27 PM

doc..mmg akan kuar ulat2 tu ke??
mane dtg nye...
kalau dlm kubur..dari tanah kot..ni dlm rumah...

dan..kenapa jadi hitam...seksaan ke tu...

Posted by: aEiN Apr 26 2009, 01:17 PM

2 berulat sbb ade bau busuk so lalat datng b bertelut kt situ n then

brubt la smpai g2,,,

kire org tue 2 mninggal time baring kt sofa ker??

Powered by Invision Power Board (http://www.invisionboard.com)
© Invision Power Services (http://www.invisionpower.com)