Walaupun ni merupakan perkara yang common bagi seorang lelaki (dengan alasan mahu kelihatan macho)...
Saya bukan perokok..secara peribadi saya tak suka orang merokok..tak kirala samada laki or pompuan..
dorang ni bukan setakat merosakkan diri sendiri, tapi jugak menyesakkan nafas orang lain yang tak merokok..
betul tak?
ape pendapat anda?
Betul tu cekdet, lebih2 lagi perokok tegar..tp biasanya sy respek jerk mereka merokok ni malas nak tegur kang jadi gaduh..Unless kalau waktu tu sy tak berapa sihat..mmg kena terajanglah kengkawan yg merokok ni.
Masalahnya siapa berani tegur kawan sendiri? tegur2 atau sound2 biase tu biaselah..nih tegur sampai marah2, sy x pernah tengok lagi. Bagi saya diorg nak merokok tu lantaklah, yg penting jangan ganggu laluan udara bersih masuk ke hidung sy nih..kalau halang ngan bau rokok, konfirm kene halau merokok jauh2..bukan ape, dahlah bau busuk, bahaya pulak tu asap rokok..
aku rasa kalau ditegur sekalipun si perokok ni tak dengar. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. kau cakap bagaimana sekalipun. Bahkan kalau kita lihat harga rokok meningkat setiap tahun, tapi masih ramai lagi yang membelinya. Kesimpulan kat sini sebenarnya perokok blh berhenti dari merokok dengan syarat mereka sendiri yang inginkan. kalau setakat disuruh mmg tidak kot. kalau dipaksa mungkin berenti juga.
Dulu masa sekolah menengah ada seorang "kawan" tu merokok dan kantoi. Cikgu letak 2 batang rokok dalam mulut dan tak boleh keluarkan selagi tak disuruh. Rasakan kepahitan. hehe. tatau berkesan ke tidak. Blh cuba.
lagi satu terus berhenti dan jangan buat perlahan lahan. asal nak merokok g mandi ke , g minum air ke, g makan ke. aku rasa mmg boleh berhenti merokok
ya aku pun sokong dengan korang semua tu..
merokok ni takde faedah pun..hisap hisap je..baik aku hisap benda lain..
hisap straw air oren jus lagi bagus..haha..dah lah rokok ni sekarang makin mahal..tapi diorang masih lagi
beli untuk 20 batang pembalut yang berisi tembakau ini..ntah apa tah rasanya..
masalhanya , ramai di anatara kawan kawan kita yang merokok bukan?
macam mana korang nasihat diorang? pernah tak cuba nasihat?
aku selalu provoke diorang yang rokok ni buat diorang pokai ja..haha
nak belanja awek pun tak lepas..haha...bayangkan sekotak rm8...
ade orang gila yang amalkan dua kotak sehari..memang gila..
baik kumpul duit buat beli ebook..tak gitu?hehe
nak provoke atau macam mana nasihat susah nak dengar. mereka kena sedar yang merokok ni bukan sahaja membahayakan kesihatan mereka tapi mereka boleh dapat duit lebih. contoh ni.
seminggu = 3 kotak rokok
sekotak = lebih kurang RM 8.00
so dalam seminggu dia habiskan sebanyak RM24.00 utk beli rokok.
dalam sebulan dekat nak RM100. belanja minyak kereta atau motosikal atau belanja makan silap silap boleh lepas seminggu. Byk tu. hehehe. tak pun blh guna utk bayar bile elektrik dan air.
masalah mereka ni sebenarnya mereka memang tiada niat utk berhenti. Niat kenalah ada sebelum kita ingin membuat sesuatu
I bet, all the repliers here are not a smoker (at least me myself)
bukan bet lagi..tapi aku rasa konfirm..sebab kalau sesiapa yang perokok dan jawab kat sini, memang dialah manusia paling tebal jiwa raga sebab ayat2 kat sini semua x suka kat orang perokok..betul x?so sape2 yang hisap rorkok atau perokok dan stay boleh jawab kat post ni, memanglah dia kental kecuali dia balas balik ayat2 yang diberikan ni..
kalau dulu perokok lepas tu berhenti boleh tak jawab? hehehe. sebab tak salah kan menjawab. sekurang-kurangnya orang yang dah merokok tu dah ada pengalaman semasa jadi perokok ni. nak saya kata tak suka dengan orang yang merokok pun saya tak. saya biasa jer. tak kisah sangat. cuma kesedaran perlu ada dalam diri mereka kalau mereka nak berheni. biarpun kita tumbuk mereka sekali pun blm tentu mereka akan berhenti. jadi tak salah.
p/s : jadi sekurang-kurangnya anda semua tahulah maksud saya ni yer. hehe. harap jgn salah faham pula
taukey..macam ada pengalaman jer? hehehehe..story lah skit taukey..kita kongsi bersama..sebab dulu ada kawan kosmate saya..dia dah berenti merokok lebih kurang sebulan sebab berjauhan ngan member perokok. pastu jumpe kejap jer ngan geng2 perokok, tengok n hidu jer asap rokok terus jer dia pau dan hisap rokok balik..huhu..dia cakap memang xleh tahan bila tgk org lain merokok depan dia atau bau asap rokok..jadi gian tu datang balik..so sape2 nak berenti merokok tu mungkin boleh berjauhan dari kawan2 merokok..
Nasib baik aku tak hisap rokok. Banyak betul kelebihan aku dapat. Dalam keluarga aku, aku sorang je yg mengikut jejak langkah ayah aku, Abang aku semua hisap rokok .Adik aku ada sorang lagi yg lelaki, baru nak masuk tingkatan 3 . Setakat ni ok lagi, Harap dia pun turut mengikut jejak langkah ku. Haha.
MEROKOK MENBAHAYAKAN KESIHATAN,
KALAU TAK SEKARANG PUN PASTI MASA AKAN DATANG.
Terpulangla pada budi bicara anda. Janji bahagia.
Tapi kawan-kawan aku, bila aku tegur diaorang memang bersetuju bahawa merokok ni membahayakan kesihatan dan nak berhenti. Tapi mereka tak boleh berhenti, bila berhenti je, kepala diorang sakit. Mungkin pengaruh bahan-bahan kimia dalam rokok tu yang jadi cam tu. Aku tak merokok, dulu masa sekolah adalah member ajak, tapi tak boleh nak tarik, bila tarik je nak pitam aku rasa, terus malas nak mencuba lagi.
nak berhenti tu boleh. korang beli gula batu hacks tu byk byk. simpan dalam kocek. kalau ada perasaan nak merokok tu korang makan gula batu hacks tu. perasaan rasa nak merokok akan kuat pada hari ketiga dan keempat. pastu ada okay sikit. satu lagi kalau dapat dalam tempoh tu jgn dekat dekat dgn orang yang merokok. nanti terhisap jugak la akhirnya. cukup sebulan aku rasa semua orang akan okay.
tau tak apa nikmat selepas berhenti merokok. Nafas ko akan rasa macam lebih segar. apabila ko makan semua benda akan rasa sedap. memang best beb. tak akan berhenti makan nyer. satu sahaja berat badan akan meningkat sedikit. hehehe. ada orang tu meningkat dengan byk
So far takde la tips untuk berhenti merokok..
coz merokok pun takp pernah..
hehehe
yang saya tau hacks ni nak hilangkan bau...almaklumla perokok ni kan nafas dia berbau...
taukey pernah merokok ke?
macam ade pengalaman je...
aku respek r korang sume.sume x merokok..huhu..
ku ngaku ku salah sorang perokok agak tegar dalam dunia nih.tapi x r tegar sangat kot.hehe.
sampai sekarang ku x paham kenape ku mesti merokok.siut tul.nak cakap ade rase coklat, x jugak.
kalau nak cakap fasal keinginan nak berhenti, bule kate ari2 rase nak berhenti.ye r, bukan free kan beli rokok nih.tapi still x menjadi gak.
Powered by Invision Power Board (http://www.invisionboard.com)
© Invision Power Services (http://www.invisionpower.com)