Pulau Langkawi
Langkawi adalah gugusan 99 buah pulau yang terletak di luar pesisiran pantai Kedah. Ia sebuah pulau legenda yang penuh misteri, selain pusat pelancongan bertaraf antarabangsa dunia.
Tanyalah sesiapa saja di pulau ini, tentang kisah seorang wanita cantik bernama Mahsuri. Anda akan mendengar kisah cinta, cemburu, dan sumpah yang diletakkan ke atas pulau ini selama tujuh keturunan.
Nikmati keindahan alam semulajadi serta ketenangan landskap padi di sini dengan memandu di seluruh pulau ini.
Anda juga boleh melawat Padang Beras Terbakar, Telaga Air Panas, Telaga Tujuh, dan Pantai Pasir Hitam. Terdapat juga lawatan menggunakan bot ke Tasik Dayang Bunting, Gua Cerita dan Gua Langsir.
Anda juga boleh melawat Padang Beras Terbakar, Telaga Air Panas, Telaga Tujuh, dan Pantai Pasir Hitam. Terdapat juga lawatan menggunakan bot ke Tasik Dayang Bunting, Gua Cerita dan Gua Langsir.
Jika anda seorang yang gemar cabaran yang lasak, anda boleh juga menjelajah kawasan hutan di Langkawi, menaiki bot mengelilingi kawasan paya bakau, menyelam, atau bermain golf di pusat peranginan bertaraf lima bintang di pulau ini.
Maklumat boleh dapatkan disini: http://www.cuti.com.my/Sub/Kedah/guide_langkawi.htm
hohoho..gua x pernah gi lagi langkawi..ingat masa honeymoon nantilah nak gi sebab dalam hidup gua, kat semenanjung nih semua dah gi kecuali Perlis dan Langkawi..huhu..sedih jugak tu..razif tulis cmni, rasa macam x sabar2 pulak nak gi..tapi orang kata Langkawi sekarang dah tak mcam dulu lagi. betul ker? sebab dulu Dr M jaga Langkawi, sekarang Dr M dah x pegang kuasa, so Langkawi dibiarkan jer..huhu..kalau betullh, rugi satu tempat pelancongan negara kita..rugi jugak bilangan pelancong..
itu la aku cakap... aku kat utara... so senang2 la gak gi langkawi nie...
ada sikit info lagi...
Info bajet....
Penginapan
single bed motel : RM65 per day ni kat CD Motel Tanjung Mali ( dekat water world), motel lain pun dalam RM50-70 single bed
Family room (double bed) : RM 90 -RM120 per day muat untuk 4 orang
Sewa kereta : RM 50 - 70 ( kancil - proton wira ) sehari
Sewa motor : RM 20 sehari
Jalan kaki : free...
Tambang feri Kuala Perlis - Langkawi : RM18 sehala (dewasa).. kanak2 RM15 kot...
Tambang teksi ke Chenang dari jeti : RM24 satu teksi
Lain-lain:
Kain batik : RM11 - RM 15 kain cantik
Kain pelikat : RM 12 - RM 24
Batik lepas : RM 13 - RM15
Pinggan mangkuk : rega ikut set & brand, kalau brand chokia puluh2 ringgit leh dapat
Coklat : M & M 400g - RM 14, Hershey 300-340gm RM10 - RM13, Cadbury 250gm - RM8.90
tempat2 menarik yang perlu dilawati:
- gerai jual kain
- Kedai Coklat Ismail Group ( 2 pintu khusus untuk jual coklat)
Itu je!!! Simple!!!
oo ye ke bro..tapi risau jugak duk kat hotel budget nih (maklumlah nak berhoneymoon )hehhe...sebab banyak sangat berita buruk tentang hotel budget ni sekarang, bukan dari servis tapi dari servis yang berlebih2 plk letak kamera dalam bilik.. nak gi sangat2 yang kabel car tu..tgk dalam gambar cantik jer..tambah plk nak shopping coklat kat kawasan bebas cukai..ehehhe..kalau kain batik,pelikat n pinggan mangkuk aku rasa better aku cari kat rantau panjang jer..heh2..ape2 pun, thanks bro berkongsi info ni
Baru je pas gi langkawi aritu ngan kawan2...
memang dah rancang lama...gi sebelum raya..
disebabkan UUM kampus saya tak jauh ngan jeti kuala perlis, so tak susah la nak reach ke sana..
Saya cuti sekolah bulan Dezember ni dah buat plan nak pergi bercuti bersama keluarga ke Langkawi.. harap tiada banjirlah disana nanti sbb pantai barat kebiasaan tiada masalah kan dengan banjir.. tak mcm pantai timur musim tengkujuh mmg tak boleh pergi pulau langsung kan... emm
Aku baru pi Langkawi bulan 1 ari tu masa cuti raya cina
Hmm...biasa la bila dah peak season sume benda jadi double-triple
Rasa mcm x best sangat pi hari tu coz x sempat nak merasa pergi sume tempat
Insya-Allah aku akan pi lg dalam masa terdekat
Dan yang pentingnya....jangan pi masa peak season
Nnt sume budget lari...haha
langkawi..pantai chenang sungguh menenagkan jiwa..dan terasa di taiwan....
nite life dia pon quite ok di sekitar pantai chenang itu..
tak tau bila nak pergi....
dari mula kahwin sampai anak dah 3...
lom sampai lagi...
bz memanjang....
Masa aku pi 2nd time aritu pun aku stay kat Pantai Chenang
Ok la...not bad
kalo pigi langkawi org pompuan musti mau singgah "Idaman Suri"....
Powered by Invision Power Board (http://www.invisionboard.com)
© Invision Power Services (http://www.invisionpower.com)