250gm makaroni
250gm isi ayam dipotong kecil
2 batang sawi
1 batang carrot
1 bungkus rempah sup bunjut
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1cm halia
1 sudu mentega
2 sudu besar minyak masak
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
Daun sup,daun bawang dan bawang goreng (untuk hiasan)
Cara-caranya:
1. Didihkan 2 liter air bersama dengan mentega dan garam sehingga mendidih
2. Masukkan makaroni dan rebus sehingga 10-12 minit kemudian angkat toskan
3. Halia, bawang merah & bawang putih ditumbuk lumat
4. Panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumis bahan yg ditumbuk tadi sehingga garing
5. Masukkan ayam dan 4 cawan air serta sup bunjut
6. Biarkan ia mendidih kemudian masukkan sawi, carrot, garam dan serbuk perasa
7. Akhir sekali masukkan makaroni dan hidangkanlah bersama daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
Makaroni adalah makanan barat iaitu sejenis pasta.
Powered by Invision Power Board (http://www.invisionboard.com)
© Invision Power Services (http://www.invisionpower.com)