Printable Version of Topic

Click here to view this topic in its original format

CAKAP.Net _ Cakap Dunia Hiburan _ Akademi Fantasia ke-7 (AF7) kini bermula

Posted by: eskep Mar 11 2009, 09:50 AM



Demam AF7 sudah bermula. Aku percaya, ramai yang akan tercongok kat depan TV, pukul 9 malam setiap hari Sabtu untuk tengok konsert AF7 ni, bermula minggu nih. Nampaknya musim ini, kebanyakan pelajar adalah muda mudi lagi. Tiada lagi yang agak 'berusia' seperti musim sebelumnya.

Lagu pertama sudah diterima , kelas pembelajaran seni persembahan, nyanyian dan sebagainya sudah bermula. Jom kita sok sek sok sek kat topik ni. hface.gif




Senarai 7 pelajar lelaki AF7:

1. AKIM (Afiq Hakim bin Ahmad, 18, Johor Bahru, Johor)
2. OBRI (Ahmad Sobri bin Hasmuni, 24, Johor Bahru, Johor)
3. ARIL (Khairil Azam bin Pilus, 24, Kuala Lumpur)
4. HAFIZ (Mohd. Hafiz bin Mohd Suip, 19, Kuching, Sarawak)
5. QHAUD (Mohd Qhauhd bin Abdul Rashid, 25, Selangor)
6. SIDI (Mohd. Rashidi bin Mohamad Isa, 27, Ipoh, Perak)
7. YAZID (Mohd. Yazid bin Ibrahim, 22, Johor Bahru, Johor).


Senarai 7 pelajar perempuan AF7:

1. CLAUDIA (Claudia Fay Geres, 24, Kuching, Sarawak)
2. ISMA (Ismaliza binti Ismail, 30, Kuala Lumpur)
3. ADILA (Nas Adila binti Mohd Dan, 23, Johor Bahru, Johor)
4. ZIZI (Nur Fazelah @ Zizie binti Mohd Tahil, Sabah )
5. RUBISA (Rubisa binti Tiasin; 23, Kota Marudu, Sabah)
6. AISHAH (Siti Aishah binti Bujang, 18, Kuching, Sarawak)
7. RINI (Zuzafrini binti Zulkifli, 26, Kajang, Selangor)

.

Posted by: mat.g Mar 11 2009, 10:01 AM

woww.. tp byk2 AF yg paling hebat demam ialah masa AF3 yg Mawi dulu.. yg lain2 tu mcm biasa jer... yg musim ke-7 ni pon starting tak berapa hangat lagi...

Posted by: eskep Mar 11 2009, 10:16 AM

Aku pulak suka pelajar2 AF2, ramai yg berbakat berbanding musim2 yg lain. aku rasa AF7 ni best, tengok dari gaya masing2, banyak bakat lain selain dari nyanyi, tengok masa tirai AF7 hari tu... ehehhh.. biggrin.gif

Posted by: qifa_87 Mar 11 2009, 10:50 AM

QUOTE (eskep @ Mar 11 2009, 10:16 AM) *
Aku pulak suka pelajar2 AF2, ramai yg berbakat berbanding musim2 yg lain. aku rasa AF7 ni best, tengok dari gaya masing2, banyak bakat lain selain dari nyanyi, tengok masa tirai AF7 hari tu... ehehhh.. biggrin.gif

program ni..bakat no 2..rupa penting..awek2 dalm akedemi fantasia semester ni semua cun la..ade rupa...hahai...

ps:eskep.letak gambau...boleh den pilih yang mano berkonan dihati.. 105.gif

Posted by: eskep Mar 11 2009, 12:20 PM

Wokeh, gambau den dah lotak. biggrin.gif

Nampaknya ni lagu yg diorang dapat minggu pertama ni:

Aril - Rahasia Perempuan (Ari Lasso)
Yazid - Penghujung Rindu (Jamal Abdillah)
Qhaud - Phoenix Bangkit Dari Abu (M. Nasir)
Sidi - Terima Kasih Cinta - Afgan
Hafiz - Lagu Kita (Aizat)
Obri - Jeritan Batinku (P. Ramlee)
Akim - Hati Ku Kau Luka (Alleycats)

Adila - Di Bawah Pohon Asmara (Jaclyn Victor)
Isma - Sepi (Yuni Shara) <-- akak tomok
Rini - Elegi Sepi (Azharina)
Claudia - Sempurna (Andra and the Backbone)
Zizi - Molek (Elyana)
Aishah - Dan Sebenarnya (Yuna)
Rubisa - Matahariku (Agnes Monica)

Posted by: qifa_87 Mar 11 2009, 05:40 PM

ha..dah...dpt kenal semua...tapi aku bukan tgk sgt pon af ni..
bukan nak belajar nyanyi dlm akademi..nak cari pasangan..nanti mesti ade cite panas..
antara dia dan si dia..ha..biasa la..dah lame2 dok bawah bumbung yang same..cam2 leh cite..

harap semester ni ade perubahan seperti mana tiara ckpkan..

ps:akak tomok tu leh nyanyi ke???

Posted by: B@zSh Mar 11 2009, 07:06 PM

Apa2 pun aku akan tengok ari Sabtu ni
Sekadar untuk suka2 tongue.gif
Dan kita akan tengok setakat mana kemampuan pelajar AF7 yang digembar gemburkan ni

Posted by: WaKenaBeb Mar 11 2009, 09:37 PM

satu program tv yg melalaikan umat melayu. skrg ni mcm2 program hiburan x macam zaman aku masa bawah 21. mgkn masa tu xde sms nak dibandingkan skrg. jd penganjur x kuasa nk anjur la.. yg paling bnyk buat duit dr sms ni tentulah astro. bersambung2dia punya rancangan realiti. org melayu terutama remaja leka dgn hiburan yg mmg x mendatangkan faedah. yg dapat faedah tauke astro (bkn melayu tu..) kita cuma dapat seronok aje.

aku kekadang layan gak, nak2 rajalawak. tp x penah undi pun. laugh.gif

Posted by: qifa_87 Mar 11 2009, 09:41 PM

QUOTE (WaKenaBeb @ Mar 11 2009, 09:37 PM) *
satu program tv yg melalaikan umat melayu. skrg ni mcm2 program hiburan x macam zaman aku masa bawah 21. mgkn masa tu xde sms nak dibandingkan skrg. jd penganjur x kuasa nk anjur la.. yg paling bnyk buat duit dr sms ni tentulah astro. bersambung2dia punya rancangan realiti. org melayu terutama remaja leka dgn hiburan yg mmg x mendatangkan faedah. yg dapat faedah tauke astro (bkn melayu tu..) kita cuma dapat seronok aje.

aku kekadang layan gak, nak2 rajalawak. tp x penah undi pun. laugh.gif

layan aje...undi tak..hahai..same la...
sabtu ni tgk jgn tak tgk..sape la pengkritik ttp AF7 ni..

Posted by: mat.g Mar 12 2009, 09:05 AM

QUOTE (WaKenaBeb @ Mar 11 2009, 09:37 PM) *
aku kekadang layan gak, nak2 rajalawak. tp x penah undi pun. laugh.gif

budak2 sekolah mmg rajin buat AFUNDI.. depa ni sanggup budget duit poket sekolah, utk beli topup prepaid semata2 nak undi budak2 AF ni... tp kadang2 dgn mak bapak depa pon join sama.. tp yg aku nampak budak2 melayu jer yg layan program2 hiburan cengini.

Posted by: qifa_87 Mar 12 2009, 09:38 AM

QUOTE (mat.g @ Mar 12 2009, 09:05 AM) *
budak2 sekolah mmg rajin buat AFUNDI.. depa ni sanggup budget duit poket sekolah, utk beli topup prepaid semata2 nak undi budak2 AF ni... tp kadang2 dgn mak bapak depa pon join sama.. tp yg aku nampak budak2 melayu jer yg layan program2 hiburan cengini.

yang masuk ni..org kg dia jugak sokong..nanti kalau dah menang..ramai2 boleh masuk tv kan..segmen dokumentari..

Posted by: eskep Mar 12 2009, 12:41 PM

takpelah, malam minggu lepak depan tv, dengan keluarga ke, handai taulan ke... ada gak faedah boleh dapat sedikit sebanyak, daripada lepak kosong kat tepi jalan atau pi merempit tak tentu hala. rolleyes.gif

aku pon sama cam korang, aper jer program realiti sekarang yg ada, aku nengok jer. nak undi itu ini jauh sekali. biggrin.gif

Posted by: qifa_87 Mar 12 2009, 11:48 PM

salah seorang peserta AF ni..isteri kepada seorang artis..ha..zaman..dlm cite anak betung tu..ezany



Posted by: B@zSh Mar 13 2009, 02:36 PM

Ye ke ni bini Ezany?
Mcm berisi giler
Suara ok ke? Hmm...x per esok konsert pertama...so aku akan tgk wink.gif

Posted by: qifa_87 Mar 13 2009, 03:01 PM

QUOTE (B@zSh @ Mar 13 2009, 02:36 PM) *
Ye ke ni bini Ezany?
Mcm berisi giler
Suara ok ke? Hmm...x per esok konsert pertama...so aku akan tgk wink.gif

esok..suara semua biasa2 aje...maklum lah..minggu pertama...
kritik pon nanti nak taknak..
agak2 esok ade penyingkiran tak

Posted by: B@zSh Mar 13 2009, 03:45 PM

Biasanya minggu pertama jarang ada penyingkiran
Tp x tau la maybe Astro nak buat kelainan...terus ada penyingkiran hehe

Posted by: qifa_87 Mar 13 2009, 04:21 PM

QUOTE (B@zSh @ Mar 13 2009, 03:45 PM) *
Biasanya minggu pertama jarang ada penyingkiran
Tp x tau la maybe Astro nak buat kelainan...terus ada penyingkiran hehe

AF7 ni mnjanjikan kelainan..1 tranformasi...jgn esok singkar 3 org..ha..nak kelainan punya pasal..
guru tari dan tukar org...nak tgk jugak koreografi diaorg

Posted by: B@zSh Mar 14 2009, 04:42 PM

Hmm...malam ni adalah malam pertama
So hopefully jangan indah khabar dari rupa happy.gif

Posted by: qifa_87 Mar 14 2009, 09:04 PM

QUOTE (B@zSh @ Mar 14 2009, 04:42 PM) *
Hmm...malam ni adalah malam pertama
So hopefully jangan indah khabar dari rupa happy.gif

mari kita tgk same2...
sepanjang diari..asyik ade yang menangis aje..adoi..
cam rancangan sedih tu...

Posted by: aina_sara Mar 16 2009, 09:47 AM

aku tak dpt tengok konsert pertama diorang.. sbb time tu kebetulan lak ada bola man u V livpol.. adoi.. jenuh la dok bergaduh ngan adik2.. saborrrrr je lahhh..!!

err.. yg aril tu adik izwan pilus ke?? patut la femiliar bebeno muka nya...

Posted by: eskep Mar 16 2009, 10:24 AM

a'ahhh.. aril tu adik Izwan Pilus. ada iras2 kan?

rasenye konsert pertama ni tak besh sangat la, kebanyakan lagu tangkap lentok bikin orang ngantuk jer.

yang isteri Ezani tu terpilih dalam top 14 tu ke, tak dapat nak cam.

Posted by: aina_sara Mar 16 2009, 12:04 PM

iras ke diorang tu? x perasan la plak. hehe..

Posted by: qifa_87 Mar 16 2009, 12:42 PM

QUOTE (aina_sara @ Mar 16 2009, 12:04 PM) *
iras ke diorang tu? x perasan la plak. hehe..

cam mane ngan konsert pertama...anda2 semua berpuas hati..
kenapa ade org berdiri kat pentas tu..nampak cam lain aje...melompat2...entah ape2

Posted by: aina_sara Mar 16 2009, 02:56 PM

ye la.. itu monyet jelmaan manusia..
aku x tgk lg konsert pertama itu hari. tgh tunggu astro wat tayang semula. tp bila?? sape tau?

Posted by: eskep Mar 16 2009, 04:57 PM

Konsert musim 7 ni mmg lain, cam tak best pun ada gak rasanya ni. Pentas dah lain, tak seluas dulu.... tempat duduk para pelajat pun dah berubah, kat belakang pelajar yg perform.

Yang tak best nya penonton melompat2 kat depan tu, campur laki2 pompuan2.... eeee...

Posted by: mat.g Mar 16 2009, 05:01 PM

QUOTE (eskep @ Mar 16 2009, 04:57 PM) *
Konsert musim 7 ni mmg lain, cam tak best pun ada gak rasanya ni. Pentas dah lain, tak seluas dulu.... tempat duduk para pelajat pun dah berubah, kat belakang pelajar yg perform.

Yang tak best nya penonton melompat2 kat depan tu, campur laki2 pompuan2.... eeee...

adakah ini je yg diwar2 kan sebagai TRANSFORMASI oleh principal baru Datin Seri Tiara tu?

Posted by: cisqo87 Mar 17 2009, 11:58 AM

QUOTE (mat.g @ Mar 16 2009, 05:01 PM) *
adakah ini je yg diwar2 kan sebagai TRANSFORMASI oleh principal baru Datin Seri Tiara tu?

iye la kot..pelajar dok belakang..tgk bahagian belakang peserta buat persembahan..ape la..
pastu pentas bentuk x...erm...entah la..cam tak menarik aje...
pengacara pon dah kurang berckp..

Posted by: eskep Mar 17 2009, 12:11 PM

aku suka masa dulu2 masa Aznil jd pengacara, best cara dia mengelolakan acara. yelah, pengalaman dia mmg banyak kan.

masa AC sekarang ni, tak nampak lagi tang mana yg best tu... sad.gif

Posted by: cisqo87 Mar 17 2009, 12:17 PM

QUOTE (eskep @ Mar 17 2009, 12:11 PM) *
aku suka masa dulu2 masa Aznil jd pengacara, best cara dia mengelolakan acara. yelah, pengalaman dia mmg banyak kan.

masa AC sekarang ni, tak nampak lagi tang mana yg best tu... sad.gif

Aznil mmg bagus...tapi...astro nak bagi peluang kat AC kot..
dia ckp..dia gelak blk..raso tak suko plak..
lopeh tu ckp negori plok...hahai...
org kg den...

Posted by: B@zSh Mar 17 2009, 12:32 PM

Haha....AC ni kadang2 wat lawak spastik
Neway...aku rasa agak ok jugak la suara2 diaorang ni
Isteri si Ezany tu x silap aku x lepas tongue.gif

Posted by: cisqo87 Mar 17 2009, 12:34 PM

QUOTE (B@zSh @ Mar 17 2009, 12:32 PM) *
Haha....AC ni kadang2 wat lawak spastik
Neway...aku rasa agak ok jugak la suara2 diaorang ni
Isteri si Ezany tu x silap aku x lepas tongue.gif

yang asyik menangis ingat anak tu sape??
isma ke...
asyik nangis aje..adoi......tak berapa sedap la tgk..

Posted by: eskep Mar 17 2009, 12:43 PM

tu la, dia asyik nangis jer... kalo tau rindu berjauhan, takyah la nak masuk AF, tapi nak jugak.

Lagu Tugasan Minggu Kedua AF7

Kali ni pelajar-pelajar Akademi Fantasia musim ketujuh dapat 2 lagu tugasan.
Berikut adalah senarai lagu tugasan mereka minggu ini:

Yazid - Lelaki Ini (Anuar Zain) & Fikirlah (Aizat)
Aril - Benar-Benar (Adam) & Robot (Adam)
Qhaud - Bila Nak Saksi (Spider) & Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussain)
Sidi - Selamat Ulang Tahun (Imran Ajmain) & Kukoo (Ferhad)
Obri - Akan Tiba (Aliff) & Ada Untukmu (Nubhan)
Hafiz - Cinta Ini Membunuhku (D'Masiv) & Toyol (Aznil Nawawi)
Akim - Satu (Dewa 19) & Buronan Cinta (D Lima)
Rubisa - Dingin (Ziana Zain) & Gagap (Stacy)
Claudia - Ku Mahu (Siti Nurhaiza) & Wanita (Siti Nurhaliza)
Adila - Merawat Luka Terpendam (Liza Hanim) & Asyik (Amelina)
Aishah - Coba (Faizal Tahir) & Gila (Mila)
Zizi - Sembilu (Ella) & Wonder Woman (Mulan Jameela)
Rini - Aku Sindarela (Amylea) & Kiblatku (Hazami)
Isma - Jat Da Da Da (Dia Fadilla) & Hello (Farah Asyikin)

Posted by: cisqo87 Mar 17 2009, 12:47 PM

npe dpt 2 lagu..pelajar kena pilih antara 2 atau kena nyanyi semua..
wah..mmg 1 kelainan...ade pelajar dpt lagi artis wanita ngan lelaki...

Posted by: B@zSh Mar 17 2009, 12:50 PM

Menangis tu nak tarik undi sebenarnya
Tambah2...adik dia kan si Tonyok tu tongue.gif hehe

Posted by: eskep Mar 17 2009, 12:53 PM

yelah, aku pun tak tau knape diorang dapat dua lagu. 14 orang nak perform lak tu... cukup ke masa nanti? ntahlah..

Posted by: B@zSh Mar 17 2009, 12:58 PM

Maybe dia kasi 2 lagu...and boleh pilih salah satu
Kalau kena nyanyi 2 lagu sampai pukul 1 pagi la jawabnya

Posted by: cisqo87 Mar 17 2009, 01:04 PM

QUOTE (B@zSh @ Mar 17 2009, 12:58 PM) *
Maybe dia kasi 2 lagu...and boleh pilih salah satu
Kalau kena nyanyi 2 lagu sampai pukul 1 pagi la jawabnya

mungkin amik bahagian korus aje kot.xkan la nak buat lame2...
penonton xna kblk ke..tdo situ

Posted by: eskep Mar 17 2009, 02:04 PM

takpun nyanyi part2 tertentu jer utk 2 lagu tu, jimat masa.... kena tengok lah ni nanti... sabtu ni.

Posted by: B@zSh Mar 17 2009, 02:50 PM

A'ah....kot2 dia combinekan 2 lagu tp nyanyi sikit2 jer

Posted by: cisqo87 Mar 17 2009, 10:02 PM

QUOTE (B@zSh @ Mar 17 2009, 02:50 PM) *
A'ah....kot2 dia combinekan 2 lagu tp nyanyi sikit2 jer

aku tgk diari...alahai...asyik2 menangis..

benda yang akan jadi bile masuk akademi fantasia ni.
-menangis di minggu pertama sebab konon nya takut+gementar tok konsert pertama
-kalau dah kawin..nangis ingat anak..alahai..bawak anak tu sekali.. cry.gif
-nangis lagi..sebab tak leh bawak lagu yang diberi..
-nangis kembali...sebab kena marah ngan cikgu vokal..
-mula la sakit2 dtg..sakit itu la..sakit ini la..paling popular..sakit tekak.. da.gif
-gosip liar..antara pelajar lelaki dan pompuan..tak leh tgk rapat sikit.. friends.gif

nanti tambah lagi..

Posted by: eskep Mar 18 2009, 12:16 PM

suke pulak aku nengok mamat yg berambut panjang tu, Yazid. okey gak dia nih... lawak. biggrin.gif

Posted by: cisqo87 Mar 18 2009, 12:24 PM

QUOTE (eskep @ Mar 18 2009, 12:16 PM) *
suke pulak aku nengok mamat yg berambut panjang tu, Yazid. okey gak dia nih... lawak. biggrin.gif

lawak..masuk raja lawak...diaorg ni asyik2 kena marah ngan cikgu ct..ha..garang tu..

Posted by: eskep Mar 18 2009, 12:38 PM

cikgu CT Hajar okey lagik, kalo nak dibandingkan dengan Shafi... muka pun serius semacam...

Posted by: cisqo87 Mar 18 2009, 12:40 PM

QUOTE (eskep @ Mar 18 2009, 12:38 PM) *
cikgu CT Hajar okey lagik, kalo nak dibandingkan dengan Shafi... muka pun serius semacam...

yang tu belum tgk lagi.antara Shafi ngan CT hajar..aku lagi suke CT hajar..ade isi dlm pembelajaran..
..ida nerina pon belum tgk..

Posted by: B@zSh Mar 18 2009, 12:46 PM

Cikgu CT Hajar tu aku kenal la
Shafi tu guru vokal pompuan yang free hair tu ke?
AF memang dari dulu mcm tu kan...mesti ada kisah2 orang mengangis da.gif

Posted by: cisqo87 Mar 18 2009, 12:54 PM

QUOTE (B@zSh @ Mar 18 2009, 12:46 PM) *
Cikgu CT Hajar tu aku kenal la
Shafi tu guru vokal pompuan yang free hair tu ke?
AF memang dari dulu mcm tu kan...mesti ada kisah2 orang mengangis da.gif

mane Doc kenal..semua kenal...1 sekolah ke??dia mmg grang kan...
AF=nangis...tak leh nak pisahkan...

Posted by: aina_sara Mar 18 2009, 12:54 PM

yg rambut cam meggi tu sape nama? serabai betullah tgk.. rasa cam nak p sikat je rambtu dia tu.

Posted by: aina_sara Mar 18 2009, 12:54 PM

yg rambut cam meggi tu sape nama? serabai betullah tgk.. rasa cam nak p sikat je rambtu dia tu.

Posted by: eskep Mar 18 2009, 12:56 PM

QUOTE (B@zSh @ Mar 18 2009, 12:46 PM) *
Shafi tu guru vokal pompuan yang free hair tu ke?

Yup, tu la cikgu Shafi.

Cikgu CT okey, dia ngajar pun best tengok gayanye. Pelajar2 pun seronok jer nampaknya...

Posted by: cisqo87 Mar 25 2009, 11:38 AM

QUOTE (eskep @ Mar 18 2009, 12:56 PM) *
Yup, tu la cikgu Shafi.

Cikgu CT okey, dia ngajar pun best tengok gayanye. Pelajar2 pun seronok jer nampaknya...

minggu kedua..ade pelajar terkeluar...nas adila..
erm..dia tu bukan penyanyi ke..dah ade album??

Posted by: B@zSh Mar 25 2009, 12:33 PM

QUOTE
minggu kedua..ade pelajar terkeluar...nas adila..
erm..dia tu bukan penyanyi ke..dah ade album??

Yep...aku rasa dah kuar album dulu
Hmm..AF ni bukan medan untuk artis yang dah ada rakaman
Lagi baik masuk OIAM ker....dapat duit banyak tu smile.gif
Tp masalahnya...saingan kat dalam OIAM terlalu sengit

Posted by: cisqo87 Mar 25 2009, 12:37 PM

OIAM tgk la dia punya pemilihan...juri dia plak cam mane..
lagi2 paul tu..mulut..tahan aje la..
tapi ok dia cam tu..name pon kritikan..
af ni aku tgk juri punya komen..tiga-tiga org lebih kurang same aje..
juri no2 amik komen juri 1..juri 3 untung sikit..amik komen juri 1 dan 2 lepas tu olah
dan sampaikan dgn gaya tersendiri

Posted by: eskep Mar 25 2009, 01:39 PM

aku suka tengok gaya Adlin kritik peserta AF ni semua. lain dari yg lain, ikut sedap dia jer, tapi best pulak tengok. kalau pengkritik2 yg lain, macam skema jer.... ntah.

Adilla ni ker yg masa konsert pertama hari tu yg buat persembahan pertama dan salam fanatik2 yg terkinja2 tu? tengok macam dah pro jer. sad.gif

Posted by: cisqo87 Mar 25 2009, 01:44 PM

QUOTE (eskep @ Mar 25 2009, 01:39 PM) *
aku suka tengok gaya Adlin kritik peserta AF ni semua. lain dari yg lain, ikut sedap dia jer, tapi best pulak tengok. kalau pengkritik2 yg lain, macam skema jer.... ntah.

Adilla ni ker yg masa konsert pertama hari tu yg buat persembahan pertama dan salam fanatik2 yg terkinja2 tu? tengok macam dah pro jer. sad.gif

dia kan penyanyi rakaman..ade pengalaman la kan..
nyanyi lagu dangdut tu dia ke??siap ade gelek maut lagi..


Posted by: B@zSh Mar 25 2009, 04:44 PM

Hehe...xder rezeki untuk dia la tu

Posted by: eskep Mar 25 2009, 04:56 PM

Dengarnya diorang dapat lagu2 lama minggu ni:

RUBISA - Angan-angan (Raja Ema)
ISMA - Rambu Ramba (Nursheila Amin)
RINI - Seloka Cinta Remaja (Seha Freedom)
CLAUDIA - Lama Tak Jumpa (Zur Eda)
ZIZI - Ini Rindu (Farid Harja)
AISHAH - Mata ( Noorkumalasari)

YAZID - Pawana (Search)
QHAUD - Pilihlah Aku (Latif Ibrahim)
OBRI - Abang Beca (Broery Marantika)
HAFIZ - Mat Disko (Sudirman)
ARIL - Andainya Aku Pergi Dulu (Alleycats)
SIDI - Hanya di Radio (Headwind)
AKIM - Anak Gembala (Sudirman)


Macam tak best jer... yawn.gif

Posted by: B@zSh Mar 26 2009, 08:24 PM

Agak2 sape yang akan kuar konsert kali ni?

Posted by: cisqo87 Mar 26 2009, 08:25 PM

QUOTE (B@zSh @ Mar 26 2009, 08:24 PM) *
Agak2 sape yang akan kuar konsert kali ni?

selama 7 musim AF...peserta pertama yang akan terkeluar ialah pelajar perempuan...
erm..aku rase yang pakai tudung tu la...keluarkan lah dia..asyik menangis aje

Posted by: B@zSh Mar 26 2009, 09:24 PM

Yang pakai tudung tu Rini kan?
Hmm...aku rasa suara dia agak ok

Posted by: cisqo87 Mar 27 2009, 12:22 AM

QUOTE (B@zSh @ Mar 26 2009, 09:24 PM) *
Yang pakai tudung tu Rini kan?
Hmm...aku rasa suara dia agak ok

tak boleh nak ckp cam tu jugak..
AF ni kadang2 yang suara sedap keluar awal..
sebab undian sms

Posted by: B@zSh Mar 27 2009, 07:08 AM

Tu la pasal
Keputusan semua di tangan pengundi SMS
Tp keputusan tu memang kadang2 x logik smile.gif

Posted by: aina_sara Mar 27 2009, 11:13 AM

aku rasa rini yg akan terkeluar, sbb suara dia 'biasa' je..

aku x suka la pempuan yg menyanyi terkangkang2 tu.. x sesuwaiiiiii langsung!

Posted by: eskep Mar 27 2009, 11:16 AM

terkangkang ke dia perform ari tu? tak perasan la pulak, tapi mmg ada sorang pengkritik tu kritik Rini camtu.... Nak cakap sapa yang terkeluar nanti, mmg susah. tak tentunya....

Posted by: B@zSh Mar 28 2009, 04:16 AM

Kita sama2 tunggu ari Sabtu neh smile.gif

Posted by: eskep Mar 30 2009, 10:41 AM

Obri dan Rini kuar minggu lepas. Dalam jangkaan.

Sebenarnya tak tengok sangat, layan 2-3 lagu yang diorang performed, pastu langsung lentok depan tv. Smalam niat nak tengok balik pukul 12.00 pm, tapi sibuk pulak, dengar2 camtu jer... ehehe.. biggrin.gif

Posted by: mat.g Mar 30 2009, 11:42 AM

Hafez dan Isma yg best katanya... tp Hafez tu nampak low profile je budaknya.

Posted by: cisqo87 Mar 30 2009, 01:05 PM

hafez rambut alleycats..ok jugak..
cam isma tu katanya mmg penyanyi..ade pengamalan..
minggu lepas 2 org keluar..minggu ni berapa plak nak kena keluar.

agak2 sape plak mangsa minggu ni..

Posted by: B@zSh Mar 30 2009, 01:33 PM

Aku dapat rasakan Hafiz ada peluang untuk jadi juara
Persembahan dia consistent
Aku rasa drpd Rini yang keluar ari tu...lg baik Sidi yang kuar
Aku tengok Sidi xder improvement langsung
Huhu...personal opinion jer

Posted by: eskep Mar 30 2009, 01:49 PM

Aku rasa Sidi ni macam kontrol jer lagi, tak all out. Malu2 kucing kot.

Posted by: cisqo87 Mar 30 2009, 02:36 PM

muke hensem tapi xde suara..
cammane boleh lepas uji bakat..

Posted by: B@zSh Mar 30 2009, 03:18 PM

Kalo dah masuk rancangan realiti ni..dah x bole malu2 kucing dah
Nak x nak kena all out
Dan yang penting improvement dari minggu ke minggu coz dah start belajar vokal secara formal kan

Posted by: cisqo87 Mar 31 2009, 01:53 PM

Tugasan yang telah diberi kepada pelajar minggu ini..
pelajar perempuan menyanyikan lagu Amy search manakala pelajar lelaki, lagu Dato Siti Nurhaliza


PELAJAR WANITA (Lagu-lagu nyanyian asal Amy Search)

CLAUDIA – Suralaya Dalam D Major
ZIZI – Aku Dah Bosan
AISHAH – Mentari Di Ufuk Timur
RUBISA – Tiada Lagi ISMA – Kerja Gila

PELAJAR LELAKI (Lagu-lagu nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza)

HAFIZ – Cinta Ini
AKIM – Destinasi Cinta
YAZID – Aku Cinta Padamu
QHAUD – Di Taman Teman
ARIL – Lakaran Kehidupan
SIDI – Kumilikmu

LAGU BONUS Isabella & Jerat Percintaan (medley).



Posted by: eskep Mar 31 2009, 05:23 PM

Uik, pelik lak dah, laki2 nyanyi lagu pompuan... Jarang didengar ni. Idea sape la ni? huh.gif

Posted by: cisqo87 Mar 31 2009, 06:43 PM

ini lah yang dinamakan tranformasi..
minggu ni keluar 3 pelajar plak..
nak transformasi punya pasal
cam mane la jadinya pelajar lelaki menyanyikan lagu Dato CT..

Posted by: aina_sara Apr 1 2009, 02:07 PM

hahahaa... jgn terrrjadi aww awww masa nyanyi lagu siti tu udah ler... tambah lagi lagu aku cinta padamu tu. my peberet song tu..huhuhuhuuuu...

Posted by: cisqo87 Apr 1 2009, 10:12 PM

QUOTE (aina_sara @ Apr 1 2009, 02:07 PM) *
hahahaa... jgn terrrjadi aww awww masa nyanyi lagu siti tu udah ler... tambah lagi lagu aku cinta padamu tu. my peberet song tu..huhuhuhuuuu...

gosip2 kat akademi..
salah faham antara akim ngan hafiz..darah muda..cepat panas baran..
he3...

Posted by: aina_sara Apr 2 2009, 10:19 AM

sape yg panas baran? akim ke? hafiz tu kiut laa..afundi hafiz... rclxm9.gif

Posted by: cisqo87 Apr 2 2009, 07:36 PM

QUOTE (aina_sara @ Apr 2 2009, 10:19 AM) *
sape yg panas baran? akim ke? hafiz tu kiut laa..afundi hafiz... rclxm9.gif

kiut aje undi??
undi isma la...boleh ke???

untuk minggu ini..siapakah yang akan tersingkir??berikan calon2 anda

Posted by: eskep Apr 3 2009, 05:59 PM

minggu ni si Sidi rasanye akan terkluar, 95% kompom nih. biggrin.gif

Posted by: B@zSh Apr 3 2009, 06:31 PM

Aku x sempat nak tengok diari
Diaorang tu gaduh sebab apa? (Akim & Hafiz)
Masa aku tgk tu diaorang dah jumpa Cikgu CT Fatimah & Hajar
Huhu...katanya salah paham
Sebab apa yer?

P/S : Aku pun rasa Sidi tongue.gif

Posted by: WaKenaBeb Apr 4 2009, 08:44 AM

aku x minat af apatah lg undi. hahaha.. tongue0011.gif

Posted by: B@zSh Apr 4 2009, 09:56 AM

Aku tengok jer...undi minta maaf la Astro tongue.gif

Posted by: cisqo87 Apr 4 2009, 11:19 AM

QUOTE (B@zSh @ Apr 4 2009, 09:56 AM) *
Aku tengok jer...undi minta maaf la Astro tongue.gif

tak payah undi..org lain dah undikan untuk aku..
mlm ini..saksikan....lagu dato ct ngan amy search...
ape plak tranformasi pentas yang dikatakan tu...

Posted by: cisqo87 Apr 5 2009, 10:33 PM

PENYINGKIRAN MINGGU KE-4



Kedudukan pelajar selepas undian ditutup:

PELAJAR dan PERATUSAN (%)
ISMA - 16
HAFIZ - 14
YAZID – 12
QHAUD – 9
AKIM – 9
AISHAH – 8
ARIL – 8
CLAUDIA – 7
SIDI – 7
ZIZI – 6
RUBISA – 5


bagi yang terkeluar semoga berjaya. keluar sahaja dari pintu akademi terpulang kepada rezeki masing2..
gud luck..

Posted by: mat.g™ Apr 6 2009, 09:13 AM

Hafiz mmg best la.. dah nampak dia bakal juara atau naib juara budak ni..

Posted by: eskep Apr 6 2009, 10:42 AM

Betoi la, Hafiz mmg tiap2 minggu best dia ni nyanyi. Nyanyi lagu pompuan pun best gak... kecik2 cili api. ehehehe biggrin.gif

Sidi tak terkeluar lak, ingatkan 3 orang yg kluar, pasal ada 3 bag kat pentas masa tu. tup2, dua orang jer... pompuan lak tu, dah tinggal 3 orang jer pompuan, 6 orang lelaki... 1:2 tu. smile.gif


Posted by: B@zSh Apr 6 2009, 01:06 PM

Aku agak2 lepas ni Sidi yang keluar biggrin.gif

Posted by: cisqo87 Apr 6 2009, 03:37 PM

doC dari hari tu sidi...sidi kuar..sidi kuar...
tak kuar jugak...
mungkin doC tersalah undi kot ni.. tongue0011.gif

Posted by: B@zSh Apr 6 2009, 04:38 PM

Haha...aku x suka Sidi
Sore x best biggrin.gif
Aku akan cakap sampai la dia kuar... hface.gif

Posted by: cisqo87 Apr 6 2009, 04:53 PM

ape yang akan terjadi tidak pasti.
jari menjadi juri.
suara sedap tidak diundi
masing2 terletak pada rezeki... cool2.gif

Posted by: B@zSh Apr 6 2009, 07:58 PM

Ahaks...siap berpantun la plaks tongue.gif
Cisqo minat Sidi erk? icon_rolleyes.gif

Posted by: aina_sara Apr 6 2009, 08:14 PM

aku pun rasa sidi akan terkeluar minggu ni. sbb dah la sore x sedap, muka lak x cun... huhuhu...
hafiz gak yg cute mute..

Posted by: cisqo87 Apr 6 2009, 08:57 PM

QUOTE (aina_sara @ Apr 6 2009, 08:14 PM) *
aku pun rasa sidi akan terkeluar minggu ni. sbb dah la sore x sedap, muka lak x cun... huhuhu...
hafiz gak yg cute mute..

tgk...yang cute jugak dia pilih..
tak minat sape2 pon...

aku selalu tgk..sambil top mate..haha..nak feel punya pasal..
isma..hafiz dan aishah..pilihan ku untuk masuk ke final nanti. thumbup.gif

Posted by: eskep Apr 7 2009, 12:31 PM

Aishah, cun lah budak ni. somel jer nengok.

Isma dapat lagu Kau Mawarku, nyanyian Datuk Siti Nurhaliza dan 2 by 2.
Lagu suami dia nih, mesti feeling abis.

Posted by: B@zSh Apr 7 2009, 12:35 PM

Aishah...ok la
Tp x padan ngan kecik...ala gedik2 gitu tongue.gif

Posted by: cisqo87 Apr 7 2009, 12:42 PM

QUOTE (B@zSh @ Apr 7 2009, 12:35 PM) *
Aishah...ok la
Tp x padan ngan kecik...ala gedik2 gitu tongue.gif

biasa la...masuk tv kan..mesti la ade gegedik semacam..
minggu ni pasangan duet tu diaorg cari sendiri atau ade kejutan?

Posted by: eskep Apr 7 2009, 02:09 PM

QUOTE (cisqo87 @ Apr 7 2009, 12:42 PM) *
minggu ni pasangan duet tu diaorg cari sendiri atau ade kejutan?

Tak tentu lagi nih, diorang baru dapat lagu masing2.
Ada yg request untuk duet ngan penyanyi asal, tak tau dapat ke tidak.
Tapi, kebiasaannya dapat, melalui musim2 AF yg lepas2.

Dengarnya, ni lagu2 yg diorang dapat untuk minggu ke-5 ni:

AISHAH - Dua Hati Menjadi Satu (Gita Gutawa & Dafi)
CLAUDIA - Kau Muzik Di Hatiku (Jacyln Victor & Vince)
ISMA - Kau Mawarku (Siti Nurhaliza & 2 By 2)

AKIM - Jika Kau Tiada (Erra Fazira & Yusry)
ARIL - Aku Dan Dirimu (Ari Lasso & Bunga Citra Lestari)
HAFIZ - Terlanjur Cinta (Rossa & Pasha Ungu)
QHAUD - Dibius Cinta (Yusry & Melly Goeslow)
SIDI - Cinta Yang Sempurna (6ixth Sense & Noe Letto)
YAZID - Terharu (Jamal Abdillah & Mawi)

Lagu Bonus : Lucky (Jason Mraz & Colbie Callait)

Posted by: ►cisqo87◄ Apr 11 2009, 05:53 PM

pasangan dah dpt...farah & zahid AF2..vince AF 1.....
erm...mlm ni siapa yg bakal disingkirkan???
bagi calon2 anda...
kalau doc ade...mesti sidi calon nya...

Posted by: B@zSh Apr 12 2009, 10:07 AM

Ahaks cisqo
Aku x tengok AF semalam
Saper yang terkeluar? tongue.gif

Posted by: ►cisqo87◄ Apr 12 2009, 03:47 PM

QUOTE (B@zSh @ Apr 12 2009, 10:07 AM) *
Ahaks cisqo
Aku x tengok AF semalam
Saper yang terkeluar? tongue.gif

semalam sidi kuar...
hahahaha..hajat tercapai..
lame tak nampak g mane???

Posted by: B@zSh™ Apr 12 2009, 06:04 PM

Aku bercuti ke Langkawi biggrin.gif
4 hari seh...penat giles tongue.gif

P/S : Akhirnya kuar jugak si Sidi ni

Posted by: ►cisqo87◄ Apr 12 2009, 06:13 PM

ooo..ingatkan standby kat ER...
hehehe...isma berduet ngan suami dia..mmg satu kejutan pada mlm itu..

aishah dpt ramai..dari aliff aziz...

Posted by: aina_sara Apr 13 2009, 11:57 AM

alaa..aku dah dpt agak dr awal sebenonya.. pastu dia dpt lagu yg somi dia nyanyikan..mesti laki dia yg akan muncul nyer..alah, taktik lapok AF dr dulu lgi.. tp persembahan diorang mmg agak terover skit la..

apa2pun, HAFIZ jugak yg best.. best!best!best!

Posted by: ►cisqo87◄ Apr 13 2009, 12:48 PM

amboi....sokong hafiz...kita tanya doc..lepas ni siapa plak calon yang bakal disingkirkan...
sidi dah xde..sorry...hehehe

Posted by: aina_sara Apr 13 2009, 01:27 PM

mengikut tilikan ambe, calon yg bakal disingkirkan minggu ni adalah...........AKIM!
sbb dia tu x menyerlah langsung & sore pun biasa2 aje.. icon_rolleyes.gif

Posted by: B@zSh™ Apr 13 2009, 02:31 PM

Hmm....aku rasa Qhaud kot tongue.gif

Posted by: ►cisqo87◄ Apr 13 2009, 05:58 PM

ooo..gitu...qhaud ngan akim la...
akim sebab suara tiada transformasi..
qhaud plak...menakutkan la muke dia bile nyanyi...terlampau nak menjiwai lagu kot...

Posted by: B@zSh™ Apr 13 2009, 07:11 PM

Akim ni ramai gak peminat pompuan
Hmm...tapi segalanya tidak mustahil dalam AF smile.gif

Posted by: ►cisqo87◄ Apr 13 2009, 08:12 PM

betul...minggu ni ape plak transformasi akademi..
tapi still lagi kita senaraikan calon2 yang bakal terkeluar mengikut pandangan masing2...

Posted by: aina_sara Apr 14 2009, 12:10 PM

depa dpt lagu apa minggu ni? sape bleh tlg senarai sat..

Posted by: eskep Apr 14 2009, 12:20 PM

Rasenye Qhaud yg akan kuar minggu ni.
Antara peratusan terendah minggu lepas, dia ni lah.

Dengarnya, ini lagu yg bakal diorang persembahkan minggu ke-6 ni.
2 lagu dari Kristal, dan penyanyi yg lain.. Best2 tuuuu... biggrin.gif

Claudia - Keindahan Pantai (Kristal)
Aishah - Segitiga (Cokelat)
Isma - Salah (Cokelat)

Aril - Yang Pernah (Estranged)
Yazid - Ku Di Halaman Rindu (Lefthanded)
Akim - Aurora (Estranged)
Qhaud - Seruan (Lefthanded)
Hafiz - Pak Belalang (Kristal)

Lagu Bonus

I Want To Break Free (Queen)
What I've Done (Linkin Park)

Posted by: ►cisqo87◄ Apr 14 2009, 01:48 PM

semua lagu artis berkumpulan...
kita tgk siapa terkeluar...

Posted by: aEiN Apr 16 2009, 12:51 PM

perhg syok na cter pasai af??

ape cer skrg erk?

da lamo den x dogar ctor af nie??almklum la dok kamsis mano ado astro kn,,,,

spe yg tggal dlm af skrg??


Posted by: ♦محم Apr 16 2009, 11:25 PM

dah nak sampai hari konsert..kita senaraikan calon yg bakal tersingkir masing..
sila..sila..ade sesiapa nak meletakkan calon???
calon aku minggu ini...qhaud....

Posted by: aEiN Apr 17 2009, 12:21 AM

lme lg la nk konsert akhir,,

ble erk time nyer??

sempat ker dak nk tgk time cti nie,,,?? mega_shok.gif


Posted by: ♦محم Apr 17 2009, 12:30 AM

tak sempat...tgk aje la ulangan..nanti mesti ulang2..
tiap2 hari..

Posted by: aEiN Apr 17 2009, 12:41 PM

mane puas tgk ulangan pnyer,,,,


Posted by: mat.g™ Apr 17 2009, 02:38 PM

setakat hari ni, qhaud mendpt afundi terendah... hanya 3%

isma top, hafiz seken..

kawe vote for hafiz.. hehe tp x pernah afundi.. hehe

Posted by: ♦محم Apr 17 2009, 02:51 PM

undi guna air liur aje..ahhai..
minggu ni minggu band...
ada kejutan lagi untuk minggu ini..
same2 la kita saksikan

Posted by: eskep Apr 17 2009, 03:23 PM

Lagu bonus pun best gak... I Want To Break Free (Queen) dan What I've Done (Linkin Park).
Perghhhh !!

Posted by: ♦محم Apr 17 2009, 07:02 PM

kita tunggu aje...tgk siapa yang kena komen mauutt....
dan siapa pula akan mengheret beg

Posted by: B@zSh™ Apr 19 2009, 04:23 PM

Huk huk...
Tepat gak ramalan aku...Qhaud akhirnya tersingkir tongue.gif

Posted by: ♦محم Apr 19 2009, 07:08 PM

aku ingatkan yazid..sebab sepanjang minggu ni dia byk masalah..

qhaud walupon mendapat pujian yg melambung2 dari pengkritik..ttp tak dpt nak memenuhi kehendak pengundi...

Posted by: B@zSh™ Apr 19 2009, 10:05 PM

Sume ni atas keputusan pengundi
Nnt sape lak yang akan kuar?

Posted by: ♦محم Apr 19 2009, 10:49 PM

hahaha..minggu akan dtg..yazid/claudia...

rambut claudia semalam manakutkan la....

Posted by: aEiN Apr 20 2009, 12:16 AM

wah best nyer klo dpt tgk ari 2 kan,,,

spe yg kuar??ade yg tersingkir ker??

akim ok x nynyi??

hafiz cute,,,

Posted by: eskep Apr 20 2009, 10:56 AM

Aku suka tengok Akim performed, best...
tapi si Aril lak yg dapat pujian dari pengkritik, berbanding Akim....
Qhaud jugak yang kuar akhirnya, sudah diduga...

Posted by: aEiN Apr 20 2009, 06:11 PM

syg la klo g2 kan,,,,akim nynyi mmg best,,,
aril??
ermm aEin tgk ari 2 biase jer die nynyi,,
tggl bpe org kt af skrg???

Posted by: eskep Apr 21 2009, 12:42 PM

^^
Akim mmg best, aku suka ngan dia ni.
Aril tu plak, macam nak tunjuk best jer dalam segala hal...
aku tak suka sangat ngan perangai dia ni.
Ada 7 orang lagi tinggal untuk konsert ke-7 minggu ni.
Mungkin Yazid, atau Aishah yg akan terkeluar nanti...

Dengarnya ni lagu yang diorang kena perform minggu ni:

AISHAH - Flora Cinta (Min Malik)
CLAUDIA - When Ur Gone (Avril Lavigne)
ISMA – Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah)

AKIM - Situasi (Bunkface)
ARIL - Nakal (Gigi)
HAFIZ - Kau Yang Punya(Malique ft Najwa)
YAZID - With or Without You (U2)

Bonus Song
Fiona (4u2c)
Untukmu (Feminin)

Posted by: aEiN Apr 21 2009, 01:13 PM

tq,,,
wahh akim dpt lgu situasi best nyer,,,
aril 2 mmg blagak madah shafel jer laa,,,

yg pkai 2dung sape erk nmenyer??

Posted by: ♦محم Apr 21 2009, 08:12 PM

fiona lagu bonus tu...suruh la ac nyanyi.

yazid dapt lagu inggeris.alamak..cam mane ni..dia kurang sikit inggeris ni..

Posted by: bizonedrop Apr 21 2009, 10:32 PM

Fiona....terciptalah irama cinta ini
hanyalah untukmu.....

hahahaha...lagu faveret ni masa cintan monyet dulu..ahak!

Posted by: ♦محم Apr 21 2009, 11:44 PM

boleh la bizonedro kenang kan kembali saat2/bibit2 cinta pada mase muda2 dulu...

Posted by: ♦محم Apr 23 2009, 02:00 PM

QUOTE (eskep @ Apr 21 2009, 12:42 PM) *
^^
Akim mmg best, aku suka ngan dia ni.
Aril tu plak, macam nak tunjuk best jer dalam segala hal...
aku tak suka sangat ngan perangai dia ni.
Ada 7 orang lagi tinggal untuk konsert ke-7 minggu ni.
Mungkin Yazid, atau Aishah yg akan terkeluar nanti...

Dengarnya ni lagu yang diorang kena perform minggu ni:

AISHAH - Flora Cinta (Min Malik)
CLAUDIA - When Ur Gone (Avril Lavigne)
ISMA – Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah)

AKIM - Situasi (Bunkface)
ARIL - Nakal (Gigi)
HAFIZ - Kau Yang Punya(Malique ft Najwa)
YAZID - With or Without You (U2)

Bonus Song
Fiona (4u2c)
Untukmu (Feminin)


ok..dah hari khamis..mase untuk letakkan calon2 pelajar yg bakal tersingkir anda....
siapa pilihan anda...
bagi aku minggu ni cam claudia aje....
yg lain cam mane????

Posted by: ♦محم May 2 2009, 02:55 PM

minggu lepas ARIL adalah pelajar yg terkeluar..

Berikut adalah lagu tugasan untuk minggu ini

PELAJAR LELAKI

AKIM - TITAH SULTAN (PGL)
YAZID - RATU NOVELLA (IMPAK MAKSIMA)
HAFIZ - DIMANAKAN KU CARI GANTI (P.RAMLEE THE MUSICAL)

PELAJAR WANITA

ISMA - MULANYA CINTA (P.RAMLEE THE MUSICAL)
CLAUDIA - KATAKAN (PGL)
AISHAH - SLOT AKASIA (IMPAK MAKSIMA)

LAGU BONUS
DEWA PERANG (PGL) & WHAT TIME IS IT (HIGH SCHOOL MUSICAL)

Posted by: B@zSh™ May 3 2009, 05:01 PM

Lepas ni Yazid kot biggrin.gif

Posted by: mat.g™ May 3 2009, 05:20 PM

Aku rasa taktik singkirkan 2 pelajar, lepas tu buat AFUNDI MASUK utk jadi 5 org pelajar semula adalah untuk banyakkan lagi afundi dan revenue kpd pihak penganjur... hehe

Posted by: ♦محم May 3 2009, 06:53 PM

betul2....aku pon rase gitu...dah keluar..lepas tu masuk balik...lepas tu jgn ade yg jadi naib juara sudah..same macam AF lepas2..

Posted by: aina_sara May 4 2009, 09:39 AM

hafiz mmg cute dan bestt!!

Aku rasa Aishah akan masuk balik kot..

Yg si Akim tu pehal x kuar2 lagi ye?? x best la mamat tu.

Posted by: bizonedrop May 4 2009, 09:43 AM

mmm..suka la tenguk wife zul tu...cam anak dara..sekali anak dah 5 ..perghhh!!
pandai dia jaga body...arap girl leh amik resepi dia tu..hehehehe..

apa2 pun jaga mata ek... hface.gif

Posted by: B@zSh™ May 4 2009, 10:22 AM

Huahua
Aku ingat Yazid akan kuar
Tup tup...Claudia ngan Aishah yang kuar
Tp memang x best sangat pun kot tongue.gif

Posted by: aina_sara May 5 2009, 04:50 PM

hafiz! hafiz! rclxm9.gif

Posted by: ♦محم May 6 2009, 09:00 AM

siapa plak yg akan diundi masuk..
dah keluar masuk blk..
rase cam tak adil la pada pelajar yg ade dlm akademi..
mereka bertungkus lumus study setiap minggu...tiba2 yang terkeluar ni masuk blk..tak perlu lalui ape yg mereka dah lalui

Posted by: bizonedrop May 6 2009, 10:40 AM

yes...nak aishah! hahaha...

Posted by: aina_sara May 6 2009, 11:27 AM

Aishah kot...
claudia tak best, sbb x lawa.. hak!hak!

Posted by: eskep May 6 2009, 01:12 PM

Hafiz mmg best la malam konsert minggu ke-8 Sabtu lepas, cayalah...

Nampaknya minggu ni, sorang dapat dua lagu. Satu lagu Omputih dan satu lagi lagu Melayu.
Yelah, nak gunakan masa yg ada tu, kalo satu lagu jer, cepat la abis, ye tak? smile.gif

Lagu tugasan Konsert Akademi Fantasia - Minggu 9

Akim - I'm Yours (Jason Mraz) & Larut (Dewa 19)
Hafiz - I Believe I Can Fly (R. Kelly) & Laskar Pelangi (Nidji)
Yazid - Where The Streets Have No Name (U2) & Aku Skandal (Hujan)
Isma - Aku Pasti Datang (Bunga Citra Lestari) & Hot N Cold (Katy Perry)

Posted by: ♦محم May 6 2009, 06:58 PM

perempuan tinggal sorang aje dlm akademi..jgn buat ape2...
minggu ni ade yg akan masuk dan ade yg akan keluar..
yg keluar minggu ni mungkin yazid..
sebab minggu ni ade lagu inggeris...sebelum ni pon yazid nyanyi lagu inggeris tak faham...
so......renung2 kan...

Posted by: B@zSh™ May 6 2009, 08:21 PM

Tonyok dah menang OIAM
Kalo la Isma ni menang AF7...kenduri sakan la kluarga diaorang da.gif

Posted by: ♦محم May 6 2009, 11:31 PM

mesti la...dulu tak berapa sedap suara tomok ni..
sengau aje...skrg ni boleh tahan...ramai peminat la katakan..

Posted by: B@zSh™ May 6 2009, 11:40 PM

Budak2 pompuan ni minat giler kot kat Tonyok
Tu pasal undi habis-habisan

Posted by: ♦محم May 6 2009, 11:46 PM

dulu..ade yg sampai pengsan2 tgk dia punya konsert...nangis..
cam artis grand betul dia....ha...
hensem aje undi..same la cam...AF...tak boleh nak lari...

Posted by: eskep May 7 2009, 10:24 AM

Aku pun rasa Yazid akan kuar minggu ni... dalam ramai2 tu, dia la yg kureng sikit. mmm...

Posted by: ♦محم May 8 2009, 09:02 PM

siapa plak yang akan masuk semula...adakah awokkkk...????hahahaha...
masuk minggu ni minggu depan terkeluar blk...

Posted by: B@zSh™ May 9 2009, 07:48 PM

Biar la Yazid kuar
Sian kat dia..dah lama dia nak kuar biggrin.gif

Posted by: ♦محم May 9 2009, 07:57 PM

hohoho...Af masuk nanti SIDI masuk blk..cam mane doc...

Posted by: ♦محم May 9 2009, 08:16 PM

drama penyingkiran ini....




kantoi dengan video ini...




cam mane ni dah kantoi.....
bahan bukti tidak dihapus kan....kantoi..kantoi..kantoi...

Posted by: aina_sara May 11 2009, 01:49 PM

apa yg kantoinya.. takde mende pun. x paham aku lah.

Posted by: aEiN May 11 2009, 10:35 PM

gapo dio nie??

flex.gif

Posted by: eskep May 11 2009, 11:53 PM

dah tengok klip kantoi tu, tapi masih tak paham. mintak sapa2 yg tau, terangkan sikit.

Posted by: ♦محم May 12 2009, 12:03 AM

ape yg aku faham...diary INT itu dirakam semasa AKIM sedang practice persembahan yg akan dibuat...
sarimah ade mengatakan yg 2 pelajar yg akan terkeluar dan ade AF masuk...

so...sarimah katakan itu sebelum konsert teater muzikal bermula..macam sudah tahu ape yang akan terjadi pada mlm konsert itu....

itu yg aku faham..
http://www.laymark.com

Posted by: aEiN May 12 2009, 04:57 PM

owhh baru phm,,
aEin page putih jer 2 yg x nmpk,,
akim da kuar ker??
aEin x thu perkembngan AF nie??
biase la dok dlm mane thu psai hiburn..

Posted by: ♦محم May 16 2009, 10:53 AM

hari ini final AF ke 7 yg akan berlangsung di Bukit Jalil.

Berikut adalah senarai tugasan untuk kelima-lima finalis Akademi Fantasia musim ini:

AKIM
Bencinta (Faizal Tahir)

ARIL
Kasih Tak Sampai (Padi)

YAZID
Kasidah Cinta (Dewa 19)

HAFIZ
Kau Bunga Cintaku (Anuar Zain)

ISMA
Cinta Adam Dan Hawa (Misha Omar)


siapa calon juara anda............hafiz??akim?yazid?isma?aril???

Posted by: mat.g™ May 16 2009, 01:34 PM

vote for HAFIZ.. hehe

Posted by: ♦محم May 16 2009, 02:00 PM

hafiz mungkin boleh menang mlm ni...undian penonton berubah2....isma boleh turun ke tangga ke-4...

Posted by: bizonedrop May 17 2009, 12:12 PM

sapa menang ek?

Posted by: ♦محم May 17 2009, 12:34 PM

Hafiz juara AF musim ketujuh



KUALA LUMPUR: Hafiz dari Sarawak dinobat sebagai juara Akademi Fantasia Ketujuh (AF7) menewaskan empat pencabar lain pada konsert final di Stadium Putra Bukit Jalil, malam ini.

Tempat kedua, Aril yang dipilih semula memasuki konsert terakhir manakala ketiga Akim.

Tempat keempat pula jatuh kepada Yazid manakala satu-satunya finalis wanita, Isma di tempat kelima.

Kejayaan Hafiz menyaksikannya membawa pulang kereta Honda Accord 2.0, wang tunai RM20,000 serta beberapa hadiah sampingan lain.

Kedudukan undian selepas ditutup (%)
Hafiz 46
Aril 22
Akim 18
Yazid 9
Isma 5

Posted by: aina_sara May 17 2009, 05:35 PM

agak dahh... mesti hafizku menang..!! rclxm9.gif

Tp konsert mlm td x best langsung.. lagu2 depa nyanyi sema x best.. huhu..! lagu kedua hafiz tu je yg best!!

Posted by: eskep May 17 2009, 10:24 PM

kebanyakan lagu baru dan lama dalam konsert final ni mmg tak best. ntah apa hape ntah, sapa la yg pilih lagu tu. bagi la lagu best sikit. mmg kompom ramai yg tertidur masa tengok konsert ni, termasuk aku. thumbdown.gif

sudahnya sapa menang malam tu pun aku tak tengok.. ekekkek... grin.gif

Posted by: ♦محم May 18 2009, 12:02 AM

tgk bola lagi baik..mmg tak best..
undian hafiz jauh dengan aril..ramai peminat budak ni

Posted by: B@zSh™ May 18 2009, 07:13 AM

Kenapa sume yang diundi masuk akan dapat no 2 erk?

Posted by: aEiN May 18 2009, 12:51 PM

wahh....hafiz menang ker??

xdpt la tgk time final,,,

skrg finel exem lg pnting,,,,

Posted by: bizonedrop May 18 2009, 01:11 PM

QUOTE (aEiN @ May 18 2009, 12:51 PM) *
wahh....hafiz menang ker??

xdpt la tgk time final,,,

skrg finel exem lg pnting,,,,


TAK BEST sangat pon secara keseluruhan malam tu..

ARIL n AKIM performance not bad la..akim cam faizal tahir

Yazid.. kesian..lagu tah apa2 tah..

Hafiz..suara ok la..dapat lagu pun ok..

irma..kesian..dapat cup jek

aku pun tenguk ulangan jer..itupun tertenguk!


Posted by: ♦محم May 18 2009, 01:33 PM

semua pelajar yg di AF masuk dpt no 2...linda nanuwil, lotter dan aril...erm..ade lagi ???

Posted by: bizonedrop May 18 2009, 03:36 PM

untungnye HAFIZ
sian lak tenguk isma

Posted by: eskep May 18 2009, 05:33 PM

Isma dapat tempat kelima, mungkin sedara mara yang lebih mengundi nih, orang lain tak seberapa.

Hafiz mmg best, suara mantap, mmg patut jd juara. tambah lagi bila dia bawak lagu P. Ramlee masa minggu teater tu, mantooop.

Akim best, suka tengok dia nyanyi.

Yazid, suara best gak, tapi masih kontrol kot.

Aril, ntah la... aku tak berapa minat dia nih, mungkin kerana dia pernah 'over action' kot... biggrin.gif

Posted by: ♦محم May 19 2009, 01:57 PM

tak tahu la dari segi mane transformasi yg dikatakan tu..

mase dah nak habis konsert..ade beberapa org peserta AF yg tidak dpt masuk AF7 buat persembahan...perasan tak?
yg nyanyi lagu cinta terhalang tu lagi sedap suaranya...tak payah masuk AF dpt buat persembahan..

Posted by: bizonedrop May 19 2009, 02:05 PM

perasan jugak..tapi tul kater edry n adlin tu...

memang tak power la kali ni...

Posted by: ♦محم May 19 2009, 02:51 PM

yg tak masuk AF tu plak lagi sedap...kelana...suara rock beb

Posted by: aEiN May 20 2009, 02:09 PM

wahhh hebt la af skrg nie,,,,


Posted by: bizonedrop May 21 2009, 11:04 AM

mana tranformasinyee??

kabur, macam dulu2 gak...

Posted by: ♦محم May 21 2009, 05:10 PM

xde ape2 pon..same aje.tapi rasenya lagi tak best...

Posted by: B@zSh™ May 21 2009, 09:56 PM

Mini transformasi kot

Posted by: ♦محم May 22 2009, 11:48 AM

kita lihat macam mane pula selepas keluar AF ni..adakah akan terus popular atau hanya sekejap aje

Posted by: B@zSh™ May 24 2009, 05:55 PM

Biasanya la kan
Sekejap jer ni

Posted by: ♦محم May 24 2009, 06:46 PM

kita dapat tgk dari AF1 dulu...di mana Azizi..Khai..diam aje dah...
AF4 langsung cam xde berita...faizal senyum sokmo..senyap aje...

Posted by: B@zSh™ May 24 2009, 11:05 PM

Dalam banyak2 juara...yang lama sket bertahan Mawi
Tp skang ni pun Mawi dah makin jatuh
Biasa la...hidup ni bagaikan roda
Sekejap di atas sekejap di bawah

Powered by Invision Power Board (http://www.invisionboard.com)
© Invision Power Services (http://www.invisionpower.com)