Printable Version of Topic

Click here to view this topic in its original format

CAKAP.Net _ Cakap Dunia Hiburan _ Norman Hakim, Memey ditangkap khalwat

Posted by: aina_sara Nov 1 2008, 11:25 AM



Pelakon siri Gerak Khas, Norman Hakim atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 32, telah ditangkap khalwat bersama pelakon baru, Memey atau Suhaiza Suhaimi, 20, di sebuah premis perniagaan Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, Ampang, awal pagi tadi. Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Hidayat B. Abd. Rani, berkata pelakon lelaki dan pasangannya itu ditahan pada jam 3 pagi oleh 5 anggota penguatkuasa JAIS dan 2 anggota polis.

"Pihak kami telah mendapat aduan daripada orang ramai sebelum membuat serbuan ke atas premis tersebut. Pada mulanya mereka enggan membuka pintu sehingga berjaya mendapatkan kunci daripada seseorang.

"Apabila masuk kedalam ruang pejabat itu, kami telah bertemu dengan wanita itu manakala Norman sedang menyorok di bahagian belakang. Ketika itu kedua-dua mereka berpakaian lengkap.

Norman adalah suami pelakon Abby Abadi dan mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danish Hakim. Mereka bernikah pada 8 Januari 2002 dan pernah berpisah buat seketika pada Mei 2006. Baru-baru ini, Norman dilaporkan tidak pulang ke rumahnya pada Ramadan lalu tetapi menafikan rumah tangga dengan Abby sedang bergolak kencang.

Dalam pada itu, Memey pula pernah menafikan bahawa dia mempunyai hubungan intim dengan Norman. Memey yang juga anak saudara pelakon Darling Ngasri.

hmm... ari tu norman mati2 x mengaku dan minta tunjuk bukti.. keesokkannya terus kena tangkap khalwat.. laugh.gif

Posted by: aina_sara Nov 5 2008, 09:43 AM




Gugurnya air mata tetapi siapa yg bersalah? pastilah terang2 si Norman tp siapa tahu kan?
Nampaknya si Norman tu nak berpoligami tp isteri mana yg rela kan?


Yusof Haslam menasihati Abby

Suasana dramatik pelakon ini nekad menuntut cerai daripada Norman di saksikan wartawan dan krew penggambaran drama Gerak Khas.

Posted by: e_sentinel Nov 7 2008, 11:50 PM

abis tu tak de sambungan ke aina_sara .. dengar kata Abby tuntut fasakh .. betul ke ?

Posted by: aina_sara Nov 8 2008, 09:38 AM

ok ni sambungan gossip panass.. berita bergambar saja dulu.




Posted by: aina_sara Nov 8 2008, 09:53 AM


Ni gambar saat2 bahagia bersama 2 anak mereka.. sakng Abby baru lepas pantang melahirkan anak ke-3

Hasil perkongsian hidup mereka, Abby dan Norman dikurniakan tiga anak, Mohamed Danish Hakim, 5, Marissa Dania Hakim, 3 dan Maria Danisha Hakim, lebih sebulan.

Terkini Abby telah kemahkamah syariah tuntut cerai drp Norman.

Posted by: e_sentinel Nov 8 2008, 01:28 PM

Hmmm .. heran betul la si Norman ni .. bila Abby ngandung n beranak je buat hal .. dulu dah sekali ngan sape ntah .. mmm .. tu penyanyi yang putih melepak tu nama ape lupa dah , skg jadi lak .. ada penyakit ke Norman ni .. Meroyan .. ntah lah .. laugh.gif

Posted by: B@zSh Nov 9 2008, 02:43 PM

Dulu ngan Faradhiya kot...masa time Abby ngandung gak

Posted by: cikfen Nov 11 2008, 07:22 PM

Tak habih2 menggatal Sabah!

Posted by: aina_sara Nov 11 2008, 10:36 PM

norman ni kategori lelaki macho ke?sib baik la laki aku x macho sgt, macho ngan aku je.. ahaks! icon_rolleyes.gif

Posted by: RAJA KAYANGAN Nov 12 2008, 08:55 AM

kalo ye pun nk berpoligami, biar kene caranya..jgn tunjuk berani sgt, cabar sana sini minta bukti, skang dah jd camni...ha!?!?!?! sape yg susah?

Posted by: cikfen Nov 12 2008, 09:46 AM

QUOTE (RAJA KAYANGAN @ Nov 12 2008, 08:55 AM) *
kalo ye pun nk berpoligami, biar kene caranya..jgn tunjuk berani sgt, cabar sana sini minta bukti, skang dah jd camni...ha!?!?!?! sape yg susah?


diorang berdua juga yang susah.

Posted by: Mencari Nov 12 2008, 03:34 PM

dunia artis..
itu ini..kau salah,aku x salah
mcm2..

http://kemanaarahkita.blogspot.com/

Posted by: WaKenaBeb Nov 17 2008, 11:04 PM

biasalah org bnyk duit. datuk2 yg tua dgn perut boroi pon cmtu gak. janji poket penuh. apatah lg org cm norman ni, semua ada. hehehe...

Posted by: Raja Kayangan Nov 18 2008, 12:11 AM

norman takde ape2...lepas ni jatuh le die..

Powered by Invision Power Board (http://www.invisionboard.com)
© Invision Power Services (http://www.invisionpower.com)