Printable Version of Topic

Click here to view this topic in its original format

CAKAP.Net _ Cakap Pelaburan & Pengurusan Kewangan _ Pengurusan Kewangan

Posted by: Razif Sep 9 2008, 06:36 PM

Salam,

Pengurusan kewangan...? Siapa yang tidak tahu menggunakan wang? Tapi sebenarnya tak ramai yang tahu uruskan wang....
Ianya juga seperti penggunaan kad kredit, semua tahu menggunakannya... Tapi? Mengapa ramai yang muflis akibat hutang kad kredit...

Belajarlah demi masa depan kewangan kita!!!

Kata Hikmat

QUOTE
"Apa yang penting adalah berapa banyak yang dapat disimpan setiap bulan,
bukan berapa banyak pendapatan setiap bulan"


Sedikit perkongsian artikel dari http://www.pintarkewangan.tl.my

URUSINSAN BERCAKAP TENTANG PELABURAN

Pelaburan terpenting adalah melabur pada diri anda. Jangan jadi seperti kebanyakan orang lain (90% hingga 95% rakyat Malaysia) yang cakap tak serupa bikin. Cuba anda fikirkan, kita semua tahu bersenam baik untuk kesihatan. Takda seorang pun akan kata bersenam tidak baik untuk kesihatan, semua orang tahu ianya adalah satu amalan mulia. Tapi persoalannya kenapa tak semua orang buat kalau dah semua orang tahu?

Kalau saya tanya disini sapa tak nak jadi kaya? semua orang nak jadi kaya dan semua orang nak hidup senang, tapi dah tahu nak kaya, hidup senang dan sebagainya, kenapa ramai yang suka menyusahkan diri sendiri? anda rasa dengan menyusahkan diri sendiri anda akan senang kemudian hari?

Semua orang tahu kalau makan gula berlebihan akan mengakibatkan pelbagai jenis penyakit, tak payah sebut penyakit apa, semua orang tahu. Tapi makan juga gula banyak-banyak. Semua orang tahu merokok membahayakan kesihatan tapi kenapa merokok juga?

Kalau anda tanya saya apa kena mengena semua ini dengan thread pelaburan, jawapannya mudah. Semua pelaburan adalah baik, mana ada pelaburan yg tak baik, selagi ianya mendatangkan keuntungan halal dan tidak menyusahkan anda kemudahan hari, ia pastinya satu pelaburan yang baik. Cuma ada satu masalah dalam "equation" atau percaturan ini.

Semua orang sibuk nak melabur, tapi benda yg depan mata taknak selesaikan dulu. Dengan hutang yang banyak, belum tahu mengurus kewangan dengan betul, konsep pengurusan kewangan pun tak reti tapi sibuk nak melabur. kena pulak ada yang mempunyai masalah dalaman (JIWA) yang belum diubati dengan mengeluarkan kenyataan tak serupa bikin seperti …

"Terima kasih diatas usaha / tunjuk ajar dll tentang teknik pengurusan kewangan, tapi saya tak buat lagi" atau "macam mana nak dapat rumah FREE yg En. Zaidi ceritakan tu" atau " macam mana boleh dapat kereta free, saya dah puas fikir, apa yg cik zaidi cerita tak masuk akal".

Nak menyimpan 10% daripada pendapatan bulanan pun tak reti, hutang yang melambak pun tak setel2 lagi, sibuk nak tahu benda yg anda sendiri belum sampai atau orang puteh kata "cannot comprehent". Adakah generasi melayu hari ini adalah generasi cakap tak serupa bikin? pergi bank mintak turunkan interest rate pun takut, ada hutanng pun lari-lari tak nak mengaku kat pegawai bank kata tak boleh hutang pun malu, bila buat hutang tak malu.

Sebelum sibuk nak buat pelaburan, labur pada diri anda dulu, cari ilmu dan belajar mengurus diri dan hidup, selesaikan perkara terpenting, selesaikan hutang secepat mungkin, berterus terang dengan diri sendiri, mengaku kebengapan anda dan belajar, buat ..jangan hanya cakap tak serupa bikin, bila dah labur pada diri anda, lepas tu baru belajar macam mana nak melabur untuk meningkatkan harta anda.

Salam
Zaidi Ismail

FORUM KEWANGAN
http://urusinsan.net/forum

http://www.pintarkewangan.tl.my

Posted by: Razif Sep 18 2008, 06:37 PM

Tawaran Harga Promo Ramadhan Telah Tamat.
Kini ianya bernilai RM30 untuk 150 artikel berkualiti dalam bidang kewangan.

Harap Maklum.

Posted by: cikfen Nov 11 2008, 07:21 PM

Menarik jugak tawaran nie. Artikel benar2 berkualiti. Ada screen shot tak?

Posted by: bakteria Nov 20 2008, 10:22 AM

kenapa kalau bercakap soal pengurusan kewangan atau pelaburan...kenapa tidak membuat simpanan di ASB atau unit2 amanah yg lain?

Posted by: WaKenaBeb Nov 27 2008, 11:39 PM

bukan x nk simpan...
tp hutang keliling pinggang ler. hehehe.. biggrin.gif

Posted by: munger Nov 28 2008, 12:27 AM

aku xleh nk vote la ni..bru nk abes bljr so xde pendapatan tetap..klu duit mak bapak kasi tuh kira pendapatan aku gak so aku undi dibwh RM1000 biggrin.gif

Posted by: zinvty Dec 3 2008, 04:59 PM

Saya nak tahu apa perbezaan antara ASB dan ASN...???? rolleye0012.gif

Powered by Invision Power Board (http://www.invisionboard.com)
© Invision Power Services (http://www.invisionpower.com)