FAM bergolak, presiden naik angin
AIB tumbang 0-5 di tangan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bukan 'cerita sebenar' harus jadi tumpuan. 'Pergolakan' di antara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan ketua jurulatih negara, B Sathianathan, yang sepatutnya wajar jadi perhatian.
Hanya itu tafsiran paling tepat ekoran kenyataan berani Sathianathan mengecam tahap aksi Liga Malaysia - medan pertandingan sentiasa jadi kebanggaan majikannya - sebaik tamat aksi kelayakan Piala Asia 2011 itu, kelmarin.
"Saya tetap berpegang dengan apa saya katakan mengenai Liga Malaysia. Ia kerana semuanya bermula dengannya. Saya hanya nyatakan hakikat, supaya ia akan mendorong pasukan berusaha meningkatkan lagi tahap permainan," kata Sathianathan, semalam.
Sathianathan melabel Liga Malaysia sebagai 'bukan bola sepak sebenarnya' selepas menyaksikan anak buahnya serba ketinggalan daripada segi kecergasan diperlukan aksi pada tahap tertinggi.
Tetapi pendirian itu tampak menghimpit Sathianathan, tambahan pula selepas kenyataan sama turut mengundang reaksi kurang senang Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah.
Lantas, kata putus akan diketahui 31 Januari ini - apabila nasib Sathianathan dan skuad kebangsaan bimbingannya akan ditentukan Jawatankuasa Eksekutif FAM.
"Saya boleh sahkan Jawatankuasa Eksekutif FAM akan bermesyuarat pada 31 Januari nanti dan akan ada perbincangan mengenai semua aspek membabitkan skuad kebangsaan," kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.
Semua petanda kini menuding kepada Sathianathan melepaskan jawatannya - sama ada secara sukarela mahupun terpaksa. Tetapi itu sesuatu yang berani untuk dihadapinya.
"Ketika bertemu Datuk Azzuddin sebentar tadi (semalam), saya ada katakan jika FAM mahu saya berundur sebagai jawapan untuk bola sepak negara kembali meningkat, saya sedia lakukannya.
"Tetapi dengar dahulu apa mahu saya katakan. Saya akan sediakan laporan dan saya harap apa akan saya katakan, akan dapat dinilai dengan teliti," katanya.
Sama teliti, mungkin, penilaian tiga ahli jawatankuasa kecil skuad kebangsaan - Datuk M Kuppan, Wan Jamak Wan Hassan dan Profesor Madya Dr Mohd Sofian Omar - terhadap Sathianathan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam kelmarin.
Alahai pasukan bola malaysia....Sepatutnya bubar ajer bola sepak kebangsaan menghabiskan duit rakyat aje tumpukan kpd sukan berpotensi yg lain.....Malaysia nie layak bermain dalam negara sahaja. Bile org tegur pasukan and pengurusan bola mcm taik semua melenting tp itulah hakikatnyer yg tidak dpt disangkal lg.....
sy sokong 100%..
bubar aje..main benda lain..bowling ke..sepak takraw ke...
kalau nak main jugak..tingkatkan mutu bola sepak bermula dari liga lagi.
liga pon entah ape2..
lagi 1...titus tu mane ha??xnak main tok malaysia ke?
pastu dak soccer star yg g main kat fulham dulu..
senyap aje...
Mmg saya heran dgn player Malaysia sakng ni... kenapa zaman Allahyarham Mokhtar Dahari, Abd Ghani Minhat dulu taraf suka bolasepak kita boleh pergi tahap world class, depa ni makan nasik jugak.. malahan sakng disediakan dgn fasiliti dan ganjaran yg lebih jauh baik drp zaman mereka dulu.
tp player kita sakng nak panggil jaguh kampung pon sudah tidak layak, sebab main tempat sendiri pon kena ganyam jadi belacan.. apatah lagi kalau main tempat org..
yg saya nampak player Malaysia ni kurang disiplin dan kurang semangat nasionalisme cintakan negara.. depa main bola skang semata2 nak dapat gaji bulan2 dan dapat ganjaran wang, tanah, anugerah dan kebendaan2 yg lain.
ditambah pulak politik bodoh yg hampes dlm pentadbiran FAM yg ntah apa2.....
masalahnya org FAM ni taknak terima hakikat bahawa Liga M kita memang tak da kelas...betul la pa yg sthia cakap tu...ingat tak berita sebelum start game lawan UAE tu...ujian kesihatan kat ISN...tak ramai player mencapai fittnes terbaik..
bila kalah..sthia bagi pendapat...suma tak terima...
liga-liga antarabngsa yg hebat kat dunia ni suma da player import...tapi malaysia....tak nak pakai...kununnya nak memantapkan lagi tahap permainan...cit
aku sokong........................
padang bola sepak kat malaysia memang teruk...........macam padang untuk kandang lembu............
semalam menteri dah jumpa FAM tapi dengar paper kata tak da pa perubahan pun..
masa aku sekolah dulu2..kat tempat aku la..bila da sukan antara sekolah2 terutama acara bola sepak msti dinanti2kan..org kampung pun boleh berhenti tengok budak2 main bola...bila sekolah a lawan sekolah b ramai je datang padang sekolah tu..
tapi yg aku tau sekarang dah tak da camtu lagi..sekolah banyak menitikberatkan akedemik je..tak kisah pun kalu sekolah tu tak da wakil dalam game bola sepak
sukan perlu bermula dari sekolah lagi..sbb sumanya bermula di sekolah..nak jadi doctor,cikgu,askar,penyanyi sekalipun, semua bermula dari sekolah.
sama la macam nak jadi atlet. tapi kat sekolah sekrang ni da halangan lain
1. cikgu sekolah sekarang ramai perempuan..ni hakikat. tul tak? cikgu pempuan ni mana minat sports sangat..time PJK (pendidikan jasmani dn kesihatan) pun cikgu pempuan ni bukan nak turun padang, alasan, nak kena tukar baju lagi la, leceh la, campak bola bagi budak laki, gi la main kat padang tu, pempuan main netball, cikgu duk tepi atau bilik guru, yg penting bola pulangkan kat cikgu balik
2. cikgu lelalki lagi dah kurang..yg da pun bukan mat sports, cikgu lelaki yg da lebih minat AF, Mystars LG, raja lawak..kalu da cikgu llaki yg kaki sports pun tak ramai dalam 1 sekolah tu, munkin 2,3 org, tapi beban kat dia org, suma sukan letak kat dia org nak cari player time hari sukan, nak kena cari player badminton, takraw lagi, bola tampar, lumba lari
3. korang masa belajar dulu da tak kawan2 yg terrer main bola, mesti da kan, kira star la kat sekolah tu, memang kalu sebut je nama dia suma sekolah kenal...msti da kan, tapi mana hilang dak2 hebat tu? misteri tak
Powered by Invision Power Board (http://www.invisionboard.com)
© Invision Power Services (http://www.invisionpower.com)