City ikat Santa Cruz
MANCHESTER: Penyerang Paraguay, Roque Santa Cruz pulang ke pangkuan pengurusnya, Mark Hughes selepas berpindah dari Blackburn ke Manchester City.
Santa Cruz menandatangani kontrak bersama City kelmarin bernilai £18 juta (RM104 juta).
“Adalah amat penting kami mendapatkannya kerana sudah sekian lama mahu perbaiki posisi berkenaan dalam skuad ini,” kata Hughes.
“Kualiti dimiliki Santa Cruz akan membawa faedah besar. Kebolehannya ketika melakukan lompatan dan penampilan fizikalnya adalah sesuatu yang kami perlukan. Dia juga mempunyai kemahiran teknik dan kepantasan yang baik.” - Agensi
Johnson sertai Liverpool
LIVERPOOL: Pemain pertahanan kebangsaan England, Glen Johnson setuju menyertai Liverpool dari Portsmouth.
Kedua-dua kelab mencapai persetujuan mengenai perpindahan pertahanan kanan berusia 24 tahun itu, kelmarin selepas usaha membuat pertukaran pemain musim lalu, gagal.
Liverpool dilaporkan membayar £17.5 juta (RM103.6 juta) kepada Portsmouth, yang masih berhutang £7 juta (RM41.44 juta) daripada perjanjian yang menyaksikan Peter Crouch meninggalkan Anfield pada musim perpindahan lalu.
Johnson, yang meninggalkan Chelsea pada 2006 ialah kesebelasan utama England di bawah kendalian Fabio Capello. - Agensi
Toure gembira tinggalkan Arsenal
Powered by Invision Power Board (http://www.invisionboard.com)
© Invision Power Services (http://www.invisionpower.com)