Sesuatu yg pada aku amat2 tidak patut.. Mereka terasa tergugut.. Tue yg jadi lagu tue..
Tiada satu isu pun yg dia tulis menyebabkan menghina NABI kita..
Tak tau la kalo benar.. Yg PASti ia adalah BohoNg belaka..
aku rasa si Raja Petra adalah merupakan salah seorang barisan ataupun bala tentera yang anti kerajaan yakni
salah seorang dari pihak pembangkang
aku rasa la kan..tak tahu la kalu salah..kalau salah sorry lah ya..jadi dia banyak menghasut orang ramai untuk membenci kerajaan
serta mengutuk kerajaan sebanyak mana yang mereka mampu..jadi ini merupakan anasir jahat bagi pihak kerajaan..lantas dengan itu ,
pihak kerajaan mengambil langkah drastik untuk menangkap raja petra lalu menyumbat beliau ke tahanan ISA..namun begitu tahanan ISA
merpukan satu tempat special tidak seperti penjara..
malah kerajaan cuba mengelak raja petra dari diancam dari orang luar yang tak suka dengan artikel beliau
perghhh panjang nih..
yups, dia memang penyokong pembangkang...
tapi, kalau dia betul2 bersalah dan terbukti menghina Islam, maka wajib dikenakan tindakan..
Dia perlu di adili dengan undang2 @ mahkamah..
bukan dengan ISA...penahanan tanpa bicara...
Dalam Islam tkda istilah penahanan camtu...itu dah aniaya namanye
aku bukanlah orang yang pakar tentang kegunaan ISA. aku rasa ada kepentingan juga ISA ni. tapi kalau nak sikit sikit tangkap orang guna ISA aku rasa tak boleh la. aku kurang sikit setuju. Ada byk lagi akta akta lain dia orang boleh guna untuk tangkap sesiapa pun. aku rasa ISA adalah lebih baik digunakan apabila boleh mengakibatkan darurat. tapi ini pandangan aku sahaja dan dari org yang tidak faham sangat tentang ISA ni
Dr Asri (mufti Perlis) sendiri keluarkan fatwa bahawa tak boleh dakwa orang yang hina Islam dengan ISA..
dia tak setuju ngan penggunaan ISA pada Raja Petra yang dituduh membuat artikel yang menghina Islam..
Hujah Mufti, Islam ni agama yang berdiri dengan hujah...Maka, kalau kita nak mengadili Raja Petra, kena dengan hujah..Kalau nak fahamkan dengan Islam mesti dengan hujah..Bukan dengan tahanan tanpa bicara..
Kata mufti lagi, penahanan ISA terhadap orang yang dituduh menghina Islam ni seolah2 tindakan yang bacul...Seolah2 Islam ni tak mampu nak berhujah untuk dipertahankan..
Kenapa kerajaan tak dengar cakap mufti?
Powered by Invision Power Board (http://www.invisionboard.com)
© Invision Power Services (http://www.invisionpower.com)