Ezam dedah rahsia Anwar jika dikait konspirasi
Oleh Rafidah Mat Ruzki
fidahruzki@bharian.com.my
SHAH ALAM: Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Nor, akan membongkar apa yang diketahuinya mengenai Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika dirinya dikaitkan dengan dakwaan konspirasi politik untuk menjatuhkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu menerusi tuduhan liwat.
"Kalau keluar daripada mulut Anwar, keluar dari mulut Wan Azizah (Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) kata saya adalah sebahagian daripada konspirasi, dalam tempoh 24 jam saya akan bersumpah secara Islam sebenar-benarnya untuk lawan Anwar," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ceramah mengenai isu semasa anjuran Umno Bahagian Shah Alam dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Alam Free Speech di Seksyen 19 di sini, malam kelmarin.
--------------------------------------------
Emm dulu dia yg sanggup di-ISA-kan demi Anuar, sikalang?? politik ohh politikk!! any comment?
erm...tulah zaman sekarang sumpah dengan menyebut nama Allah dah di jadikan mainan...Tak takut pad Allah tapi takut pada desakkan manusia...khir zaman...Allah telah menjanjikan akan terjadinya perkara2 seperti ni....
Hmmm ... memang agak membimbangkan suasana politik sekarang nie ... bila tengok berita kat TV lain, pastu bila bukak YouTube pula banyak yang hentam kerajaan ... Harap2 kestabilan ekonomi dan keamanan Malaysia tak terjejas dan akan pulih dengan kadar segera ...
huhu, dulu dia pun bersumpah akan sehidup semati dgn PKR.
Sekarang, dia bersumpah lagi.
Hahaha, siapa yang kuat sumpah ni, mak aku kata nanti jadi kuih batang buruk.
Betul ke?
Entahlah labu.
testing 1.2.3
Kalau kita baca atau dengar sebelah pihak, maka sebelah pihak yang satu lagi kelihatan dan kedengaran berada pada pihak yang salah. Bila kita faham dan tahu dari kedua-dua pihak, kita dapat tahu siapa yang betul, siapa yang palsu..
Kalau tengok dan teliti, memang menakutkan. Tapi, kadang-kadang, jadi kelakar pula. Dah jadi politik lawak.
Pelik gak Ezam ni...
Kalau betulla Anwar tu salah...Nape tak dedah je?
kenapa nak tunggu Statement daripada anwar or wife dia baru nak bersumpah?
pelikkan kan?
macam ada kepentingan peribadi je..
Memang membimbangkan...
tapi tak perlu terlalu bimbang...
Saya lebih nampak TV cuba nak mempropagandakan isu untuk menimbulkan keadaan tak senang di kalangan rakyat...dengan harapan kita akan bertaut kepmbali kjepada kerajaan yang sedia ada...Kalau nakkan maklumat, biarla maklumat yang tak bias...kita dengar penjelasan kedua2 belah pihak..
barulah kita akan dapat membuat pertimbangan yang betul..
Mereka memang sengaja meriuhkan keadaan?
Tak silap minggu lepas paklah suruh lebih telus kepada wartawan n berita.. Jika mereka benar-2 telus camner..
Jika sendiri tak telus jadi.. Apa yg lain nak ikut telus..
memang riuh rendah sungguh senario politik semasa zaman sekarang. pelbagai berita dan konspirasi yang terhangat boleh tercipta dan disebarkan dengan begitu mudah tanpa rasa segan silu untuk memenangi apa yang dikatakan sebagai tampuk pemerintahan negara.... macam macam ler kerenah politik negara sekarang. sedikit kesilapan akan membawa padah kepada semua orang... bukan ahli politik semata-mata....
tu yang saya agak heran sampai sekang..
tgk berita macam tak ubah2..still sama cam dulu gak..
saya pun jadi kurang berminat nak baca akhbar tempatan coz terlampau bias dalam pemberitaan..
yang boleh percaya bahagian sukan jek..
:)tu memang takda tipu punyee..
Aku rasa Ezam berkata benar... Kerana baik Anwar, Wan Azizah, atau Nurul Izzah, sampai sekarang tak ada seorang pun antara mereka bertiga yang mengeluarkan kenyataan demikian terhadap Ezam..
Ertinya Ezam memang tak terlibat dengan konspirasi kes Liwat Anwar.. Kenapa dia masuk UMNO, hanya Tuhan saja la yang tahu...
Saya nak tunggu dia dedahkan rasuah pemimpin UMNO...
tapi sampai sekarang tak dedah2 pun...
dengar cite dia ada simpan 6 kotak rahsia skandal penyelewangan pemimpin tertinggi kerajaan...
Saya masih tertunggu2 gak berita 2 sampai sekang senyap je..
Kalau dia betul2 nak perbaiki UMNO, maka bertindak sekang..
ni tak, jadi mandom semacam jek..
Erm... ketika penyokong PR sibuk membaca MalaysiaKini dan seumpama dengannya, saya pula ingin mengingatkan, sebagaimana mereka tidak mempercayai Utusan kerana "bias", begitu juga dengan MalaysiaKini.. Jangan mudah percaya 100% hanya kerana anda penyokong PKR...
Kenyataan Ezam jelas
Ezam tiada sebarang konspirasi menjatuhkan Anwar atau sape2.. cuma dia adalah seorang yg kecewa kerana usaha keras dia selama ini dalam PKR tidak mendapat habuan yg dia target.. org lain yg dinaikkan iaitu saudara Azmin Ali.
Ezam dah lama keluar PKR dan tidak menyertai mana2 parti slps dia tidak berpuas hati, cuma sakng baru dia mgkn nak test market masuk balik UMNO... dan biasalah org politik ni lompat2 tu adalah lumrah org carik makan dlm carrier politik.. tak mustahil dia boleh join balik PKR atau mana2 parti lain slps ini jika masih tidak tercapai cita2 nya.
Tapi Ezam tu dia dah sinonim dgn bekas bosnya Anwar, bila dia berpaling tadah skang nampak agak jangal.. atau mgkn juga Ezam ni adalah spy/informer politik Anwar utk mengenakan UMNO/BN secara dari dalam... emm mana tahu kan??
Powered by Invision Power Board (http://www.invisionboard.com)
© Invision Power Services (http://www.invisionpower.com)