IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

 
Closed TopicStart new topic
> Khairul Noormaidah Zali,Aida Pemenang Gadis Melayu, cantiknya dia..terpikat..
♦محمد أفيق♦
kiriman Jan 16 2009, 03:22 PM
Kiriman #1


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373




SHAH ALAM: Setelah lebih tiga bulan melalui pelbagai tugasan mencabar, Khairul Noormaidah Zali (Aida) akhirnya berjaya dinobatkan sebagai ikon Gadis Melayu pada peringkat akhir program realiti terbitan TV9 itu di Auditorium MBSA, di sini, malam tadi.


Peserta berusia 23 tahun itu berjaya menewaskan empat lagi finalis iaitu Noor Afzan Mohd. Afzul Khan, 27, Siti Nurashikin Mohd. Noor, 22, Nurul Khusna Uma, 20, dan Nur Aishah Zainal, 23 apabila menerima markah keseluruhan tertinggi daripada juri profesional dan undian SMS penonton.

Aida membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 serta produk-produk kecantikan dan kesihatan, sementara empat finalis lagi menerima hadiah saguhati berjumlah RM1,000 tunai setiap seorang.


Program yang bertujuan untuk mencari Gadis Melayu ideal yang masih mengamalkan adat Melayu walaupun berpewatakan moden dan berkarier tinggi ini menilai kriteria calon-calon berdasarkan kecantikan, kemahiran,personaliti dan keagamaan.

Malah, sepanjang 13 episod program itu, semua peserta telah mempelajari pelbagai aspek pengetahuan termasuklah pengurusan diri, masakan, mengikuti kelas agama serta turut terlibat dengan kerja-kerja amal.

Pada peringkat akhir yang dihoskan oleh dua pelakon terkenal, Afdlin Shauki dan Adlin Aman Ramlie, kesemua finalis telah membuat persembahan secara solo dan berkumpulan di bawah bimbingan Normah Nordin dan Habsah Hassan.


Gadis Melayu peringkat akhir telah diadili oleh lima juri profesional iaitu, Toh Puan Seri Diraja Noor Aini Datuk Abdullah, Pakar Bahasa dan Karyawan Tamu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim, penceramah agama, Datuk Siti Nor Bahyah Mahmood, perunding motivasi dan penyanyi, Dr. Fazley Yaacob serta pelakon teater berpengalaman, Stephen Rahman Hughes.

Turut hadir pada acara itu ialah Sultanah Kedah, Tuanku Sultanah Hajjah Haminah Haji Hamidun, Pengerusi Media Prima Berhad Datuk Abdul Mutalib dan isteri Datin Radziah, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan dan Ketua Pegawai Operasi TV9, Bukhari Che Muda.


credit:malaysianbite.com
Go to the top of the page
 
+Quote Post
mat.g™
kiriman Jan 16 2009, 03:43 PM
Kiriman #2


Eksekutif
***

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 742
Sertai: 2-June 08
Daripada: Saujana Putra
No. Ahli: 4



Aida ni siap bersajak dalam bahasa arab... dan lakonan dia atas pentas nampak kemas dan penuh yakin.. mmg dia layak menang.. tahniah!! clap.gif


--------------------
matg.net
My Focal 2.0
Go to the top of the page
 
+Quote Post
♦محمد أفيق♦
kiriman Jan 16 2009, 08:10 PM
Kiriman #3


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



QUOTE (mat.g @ Jan 16 2009, 03:43 PM) *
Aida ni siap bersajak dalam bahasa arab... dan lakonan dia atas pentas nampak kemas dan penuh yakin.. mmg dia layak menang.. tahniah!! clap.gif

dia cantik..ayu..jelita..
ha..pakej la org ckp..
pandai plak tu..
ha....
Go to the top of the page
 
+Quote Post
aina_sara
kiriman Jan 16 2009, 09:37 PM
Kiriman #4


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 418
Sertai: 12-July 08
No. Ahli: 5



mmg dari awal episod lg aku suka tul tgk aida ni berbanding yang lain2.. taik lalat dia tu manis betul..mmg dia lah yg paling layak utk menang.


--------------------
www.tupperclick.com
Simply good living solutions!
Go to the top of the page
 
+Quote Post
♦محمد أفيق♦
kiriman Jan 16 2009, 10:07 PM
Kiriman #5


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



QUOTE (aina_sara @ Jan 16 2009, 09:37 PM) *
mmg dari awal episod lg aku suka tul tgk aida ni berbanding yang lain2.. taik lalat dia tu manis betul..mmg dia lah yg paling layak utk menang.

wah..aina pandai teka ye..
mlm final tu..afzan pakai baju ketat...ha.
seksa nampak nya..
yg tgk ni pon terseksa..
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Closed TopicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 25th April 2024 - 03:33 AM