Kepala pengacara wanita terkena bola, Kosmo! Online |
Kepala pengacara wanita terkena bola, Kosmo! Online |
Aug 28 2010, 05:00 PM
Kiriman
#1
|
|
Timbalan Pengurus Kumpulan: Moderator Kiriman: 2,582 Sertai: 28-November 08 Daripada: FKEKK No. Ahli: 373 |
BERLIN - Seorang pengacara sukan sebuah stesen televisyen di Jerman, Jessica Kastrop menjadi sensasi apabila imej kepalanya terkena bola disiarkan di YouTube, lapor sebuah akhbar semalam. Kejadian berlaku ketika dia sedang menemuramah seorang pemain sebelum perlawanan antara kelab bola sepak Mainz dengan Stuttgart di tepi padang. Pada waktu sama, bola tendangan bekas bintang kelab bola sepak Chelsea, Khalid Boulahrouz semasa sesi memanaskan badan tersasar menyebabkan ia terkena kepala pengacara wanita itu. Kaki pengacara wanita itu bengkok semasa dia cuba mengelak terjatuh manakala sebelah tangannya memegang meja temu ramah bagi mengelak kepalanya tersembam. Imej itu disiarkan pada Selasa lalu tetapi Kastrop berkata: "Saya berada dalam keadaan baik. Khalid berlari ke arah saya dan meminta maaf." - Agensi |
|
|
Versi Ringkas | Masa sekarang: 26th September 2024 - 01:11 AM |