IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

> Kelahiran Google Chrome, Browser Dari Google...
Razif
kiriman Sep 8 2008, 10:42 PM
Kiriman #1


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 42
Sertai: 8-September 08
Daripada: Penang
No. Ahli: 14



Salam, laugh.gif

Google baru sahaja melancarkan web browser mereka sendiri yang dikenali sebagai Google Chrome.
Ianya masih lagi berada dalam peringkat percubaan.
Namun jika anda ingin mencubanya, anda sudah boleh mula download Google Chrome sekarang juga (untuk Windows Vista dan Windows XP)

"Kata orang ianya mmg power, berdesup!!!"





Antara berita berkaitan Google Chrome:

Google Lancar Pembaca Sumber Terbuka Yang Baru

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Google Inc hari ini melancarkan pembaca sumber terbukanya yang baru, Google Chrome, yang bertujuan mewujudkan pengalaman web yang lebih baik bagi pengguna.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Google menyatakan Google Chrome itu boleh didapati dalam lebih daripada 40 bahasa.

Naib Presiden bagi Pengurusan Produknya, Sundar Pichai, berkata sama seperti laman utama Google klasik, Google Chrome mempunyai antara muka pengguna mudah dengan teras canggih bagi membolehkan pelayaran web moden.

"Pembaca diolah untuk menyediakan satu pengalaman sesawang yang menyenangkan bagi pengguna. Pada terasnya terdapat platform pelbagai proses yang membantu menyediakan pengguna dengan kestabilan dan keselamatan yang dipertingkatkan.

"Ia direka bagi memudahkan pengguna mencari dan mengemudi web untuk mencari kandungan yang mereka perlukan," katanya.

Sundar berkata bagi memudahkan lagi proses melayari keterbukaan web, Google Chrome dikeluarkan sebagai satu projek sumber terbuka.

-- BERNAMA

rolleyes.gif rolleyes.gif rolleyes.gif

Bisnes Dunia: Pelayar web Google saingi IE Microsoft

Syarikat hasilkan Chrome sasar pecah penguasaan enjin carian Internet Explorer

GOOGLE Inc melancarkan pelayar webnya sendiri, langkah yang disasarkan untuk memecah penguasaan Internet Explorer yang dibangunkan Microsoft Corp serta memastikan akses lebih mudah kepada enjin cariannya.

Syarikat berpangkalan di California itu mengambil langkah luar biasa dengan mengumumkan produk barunya itu pada cuti Hari Buruh selepas ia melancarkan buku komik bagi menandakan kedatangan pelayar baru itu.

Pelayar percuma itu, yang dipanggil ‘Chrome’ sepatutnya boleh dimuat turun semalam di kira-kira 100 negara untuk komputer yang menggunakan sistem operasi Microsoft Windows.

Google berkata, ia masih mengusahakan versi yang sesuai dengan komputer Mac keluaran Apple Inc dan sistem operasi Linux.

Pelayar Google itu dijangka menjengah pasaran seminggu selepas Microsoft memperkenalkan versi ujian kemas kini pelayar terkininya, Internet Explorer 8.

Walaupun Google menggunakan pendekatan karikatur untuk mempromosikan Chrome, pelayar baru itu menunjukkan persaingan Google dengan Microsoft dengan Internet Explorer digunakan kira-kira 75 peratus pelayar Web.

Google menerajui pasaran carian internet dengan enjin cariannya memproses hampir dua pertiga daripada permintaan dalam Web.

Sejak beberapa tahun lalu, Google mencuba mengambil kesempatan daripada populariti enjin cariannya untuk melonggarkan kekuatan Microsoft dalam cara pengguna berinteraksi dengan komputer peribadi mereka.

Google sudah mencuba menjadikan alternatifnya lebih menarik dan diterima dengan menjadikannya percuma berbanding cara Microsoft yang memerlukan penggunanya membayar yuran pelesenan untuk memasang perisian itu ke dalam komputer mereka.

Bagaimanapun, Microsoft cuba menghalang Google dengan melabur berbilion dolar untuk membangunkan enjin cariannya sendiri dan membuat cubaan yang tidak berjaya untuk membeli Yahoo Inc bernilai AS$47.5 bilion.

Ketegangan antara Microsoft dan Google kelihatan berpanjangan dengan kemasukan Google ke dalam perniagaan pelayaran Web.

Buat masa ini, ia sedang cuba untuk menjejaskan Internet Explorer dengan menyokong Firefox, pelayar Web yang dibangunkan oleh Mozilla Foundation.

Disokong kerjasama pengiklanan dengan enjin carian Google, Firefox kini menjadi pelayar web kedua paling popular dengan penguasaan pasaran kira-kira 10 peratus.

Baru-baru ini, Google melanjutkan pakatan pengiklanannya dengan Firefox sehingga 2011. - AP
==================

Anda dah cuba??? Cubalah!!!

Dapatkan Disini:

http://www.google.com/chrome






--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
2 Mukasurat V  < 1 2  
Start new topic
Susulan (20 - 25)
sHäm
kiriman Jun 27 2010, 08:51 PM
Kiriman #21


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,147
Sertai: 7-November 08
Daripada: Utara
No. Ahli: 175



Satu aje tak berkenan dengan Google Chrome ni iaitu ia guna banyak sangat system resource. Cuba lihat pada installation program (pada Add/Remove Program), besar juga la space yang dia ambil tambahan bila update, naik lagi .. ehek!

Memory pun tinggi juga ia sedut, lagi banyak tab dibuka lagi tinggi ia makan .. tu semasa versi 3 dulu, sekarang dah tak cuba, mungkin dah ada perubahan kot ..
Go to the top of the page
 
+Quote Post
♦محمد أفيق♦
kiriman Jun 27 2010, 11:13 PM
Kiriman #22


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



dia mmg laju la dari musang berapi tu...
nak update blog pon laju aje. tiada masalah....tapi...plugin tak byk...bookmark pon xmenarik
Go to the top of the page
 
+Quote Post
sHäm
kiriman Jun 29 2010, 12:46 PM
Kiriman #23


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,147
Sertai: 7-November 08
Daripada: Utara
No. Ahli: 175



QUOTE (♦محم @ Jun 27 2010, 11:13 PM) *
dia mmg laju la dari musang berapi tu...
nak update blog pon laju aje. tiada masalah....tapi...plugin tak byk...bookmark pon xmenarik

Wahaha .. memang laju la M. Afiq, saya dah try GC v5 ... senang nak main PTC, jimat banyak masa. Tapi, yang leceh dan masih tak diberi perubahan ialah tentang Bookmark. Setiap kali kita nak ke website yang ada dalam Bookmark, kita kena scroll semula (jika website tu jauh ke belakang), dia tak tetap pada last site dalam bookmark yang kita lawati seperti dalam Firefox.

Tapi entah kenapa saya tak dapat keserasian dengan Google Chrome, tidak seperti Firefox semasa saya migrated dari IE walaupun kelajuan menjadi faktor utama users berpindah Browser.

Btw, update blog laju? .. huhu, saya tak de blog cry.gif
Go to the top of the page
 
+Quote Post
♦محمد أفيق♦
kiriman Jun 29 2010, 06:12 PM
Kiriman #24


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



eh..bukan ade blog ke sebelum ni..sh@m...tgh tunggu juga...mungkin ade promosi2 yg hangat..he3
Go to the top of the page
 
+Quote Post
sHäm
kiriman Jun 29 2010, 08:58 PM
Kiriman #25


Eksekutif Senior
****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 1,147
Sertai: 7-November 08
Daripada: Utara
No. Ahli: 175



QUOTE (♦محم @ Jun 29 2010, 06:12 PM) *
eh..bukan ade blog ke sebelum ni..sh@m...tgh tunggu juga...mungkin ade promosi2 yg hangat..he3


Promosi? Hari2 ada tetapi saya hanya postkan yang lazim "orang kita" guna aje .. Website Builder, Demo Creator, Burning Software dan mcm2 lagi tu rasanya kurang sambutan. Yang saya perasan sangat dari statistics short url yang selalu saya guna semasa posting topik promo tu ialah Antivirus yang sangat diminati. Jadi saya sticked dengan apa yang laris aje lagipun banyak masa digunakan bak seperti update blog pula .. haha

Berbalik kepada Google Chrome, dari pengamatan saya, sememangnya ia dah belasah Firefox dari segi kelajuan dan penggunaan Memory. Lebih ketara apabila DNS cache telah direkod dimana pada sesetengah website tu bila kita klik aje .. zapp!!! terus buka sepenuhnya, haha, sepantas kilat!!

Satu lagi ialah bagaimana ia mengawal pop-up, tidak lagi muncul pop-up bar mengatakan pop-up telah diblocked tetapai ia cuma tunjuka icon aje kat adress/search bar, jadi kita surf lebih nyaman .. hehe .. akan tetapi "pada pop-up in new tab" masih lagi GC tak dapat handled, yang lain seperti pop-up in new windows dan pop-under amat berkesan sekali blockernya.

p/s: dulu ada blog, hari2 update, dah ramai pengikut, tetapi bila timbul isu plagiat tempohari .. hmmm, dah hilang semangat, hampir setengah tahun tak update dan nama blog pun tak de lagi (yang dulu padam terus tapi content masih simpan).
Go to the top of the page
 
+Quote Post
♦محمد أفيق♦
kiriman Jun 30 2010, 12:04 AM
Kiriman #26


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



tu la..GC boleh dikatakan lebih baik dari mozilla dari segi kelajuan. tapi ade lagi benda yg mozilla 'pegang'

dilihat pada review seluruh dunia. mozilla dan GC xde la sambutan sgt.lebih kepada opera.. dah cuba pakai opera...lambat la jugak..erm...

=>---- lepas ni dah ade name baru up blk blog tu...isu pasal plagiat tu. xleh nak kata ape la. den punye blog yg just untuk isi mase lapang ni pon di curi2 org..adoi........ dash.gif..habis cuti ni. xde la berblog.he2..
Go to the top of the page
 
+Quote Post

2 Mukasurat V  < 1 2
Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 25th May 2024 - 03:29 AM