Ujian MEdSI 28 April 2012 |
Ujian MEdSI 28 April 2012 |
Apr 24 2012, 08:17 PM
Kiriman
#1
|
|
Percubaan Kumpulan: Member Rasmi Kiriman: 4 Sertai: 24-April 12 No. Ahli: 2,382 |
Ujian MEdSI atau Ujian Inventori Pemilihan Pendidik Malaysia [Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI)] ialah suatu ujian pemilihan untuk kemasukan ke Program Pengajian Pendidikan Lepasan STPM/Setaraf di Institut Pengajian Tinggi Awam.
Soalan dalam ujian ini adalah berbentuk psikometrik. Jumlah soalan ialah sebanyak 300 soalan yang perlu dijawab dalam masa 1 jam. PANDUAN UJIAN MEdSI SEMAKAN panggilan menduduki Ujian MEdSI adalah melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia di www.mpm.edu.my mulai 20 April - 27 April 2012 Tarikh Menduduki MEdSI adalah pada 28 April 2012. NAMA PUSAT Ujian MEdSI adalah DIPILIH OLEH CALON SENDIRI semasa mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara Aplikasi Dalam Talian. TIADA BAYARAN DIKENAKAN untuk menduduki MEdSI. Ujian MEdSI hanyalah untuk calon-calon yang MEMOHON PROGRAM PENGAJIAN PENDIDIKAN DI PILIHAN 1 ATAU PILIHAN 2 SAHAJA ketika mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA secara Aplikasi Dalam Talian. Ujian MEdSI adalah ujian personaliti untuk menguji MINAT CALON TERHADAP PROFESSION KEGURUAN, INTEGRITI, KECERDASAN EMOSI dan PERSONALITI GURU. Soalan ujian MEdSI mengandungi 300 SOALAN dan perlu dijawab dalam masa 1 JAM 10 MINIT. Soalan Ujian MEdSI adalah berbentuk Inventori yang terbahagi kepada Empat (4) Bahagian. Ujian MEdSI hanya SAH untuk sekali ambilan sahaja. Ujian MEdSI adalah ujian khas kepada calon-calon yang memohon kemasukan ke Program Pendidikan seperti ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan). SPA8 Online dot com |
|
|
Versi Ringkas | Masa sekarang: 27th September 2024 - 11:48 AM |