Masih ingat mona fendi |
Masih ingat mona fendi |
Apr 17 2009, 03:50 AM
Kiriman
#1
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,951 Sertai: 19-September 08 Daripada: ۞-> In Your D®EamS ۩ <-l No. Ahli: 51 |
MONA FANDEY
AKU pernah melihat wajahnya di kaca tv pada sekitar awal 1990-an. Apa yang aku tahu dia seorang penyanyi pada masa itu. Tapi yang aku pelik mengapa orang yang tak boleh menyanyi boleh bikin album. Bukan itu saja lagunya yang hingga kini aku sendiri tak boleh ingat masuk dalam Muzik Muzik Muzik terbitan TV3. Minggu pertama masuk dah terkeluar. Iras dan raut wajahnya macam 'jantan' memang aku tak boleh lupakan. Mungkin ramai lagi yang tak perasan dia sebagai penyanyi. Tiba-tiba pada 1993 - namanya meletup dan menjadi sebutan ramai. Bukan kerana lagunya menduduki carta lagu atau menang pertandingan menyanyi - tetapi dikaitkan dengan pembunuhan ngeri. Kalau sebut kes Mona Fandey dah ramai yang tahu siapa wanita ini. Nama asalnya Maznah Ismail. Dia bersama suaminya dan pembantu mereka ditahan kerana dituduh membunuh Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang antara pukul 10 malam - tengah malam 13 Julai 1993 di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang. Mona Fandey, suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka Juraimi Hussin telah dibicara dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995. Rayuan mereka kepada Lembaga Jumaah Pengampunan Negeri Pahang telah ditolak. Mereka dihukum gantung hingga mati pada 6 hingga 6:30 pagi Jumaat 2 November 2001. Aku sebut pasal Mona Fandey kerana pernah 'bersama' mereka hampir setahun. Hari-hari tengok muka mereka. Banyak kisah mereka yang ingin aku ceritakan. Mungkin dah ramai tahu dan mungkin juga ingin tahu. Nanti aku sambung cerita lagi.................. -------------------- ~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~ ~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~ ~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~ ~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~ |
|
|
Apr 23 2009, 04:21 PM
Kiriman
#2
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,951 Sertai: 19-September 08 Daripada: ۞-> In Your D®EamS ۩ <-l No. Ahli: 51 |
-------------------UPDATE---------------------
MONA FANDEY EPISOD 4 Hari pertama (12.9.1994) Mona Fandey dibawa ke mahkamah PASANGAN bomoh, Maznah Ismail atau Mona Fandey dan suaminya, Mohd Affendy Abdul Rahman serta pembantu mereka, Juraimi Husin tenang ketika tuduhan terhadap mereka dibacakan di Mahkamah Tinggi Temerloh pada hari pertama perbicaraan - 12 September 1994. Aku dapat melihat riak wajah mereka dengan jelas dari tempat duduk media. Pada waktu tuduhan dibacakan aku mesti tengok reaksi mereka untuk dilaporkan dalam akhbar. Mereka memang 'cool' ketika itu. Lagipun, itu baru tuduhan sehingga mahkamah memutuskan mereka bersalah atau tidak. Mereka yang menghadapi tuduhan pindaan membunuh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Talam, Datuk Idros @ Mazlan Idris, Julai tahun lalu, faham dengan tuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa, M Muthualagu dan mahu dibicarakan. (Pindaan dibuat ke atas tarikh pembunuhan iaitu dari di antara jam 11 malam 2 Julai 1993 hingga 13 Julai 1993 kepada di antara jam 10 malam 2 Julai 1993 hingga 12 tengah malam 8 Julai 1993). Juraimi adalah tertuduh pertama perbicaraan itu, Affendy (tertuduh kedua) dan Mona (tertuduh ketiga). Mona dan Affendy yang berdiri bersebelahan ketika tuduhan itu dibaca bercakap sesama sendiri selepas tuduhan dibaca. Juraimi pula hanya berdiam dan memandang ke arah peguambelanya. Dalam perbicaraan itu, Mona dan Affendy diwakili oleh Gulam Mustaffa Nadar Ali Khan, sementara Juraimi pula oleh Karam Singh Bahl dengan dibantu Ikmal Hisam Idris. Affendi masuk ke mahkamah Timbalan Pendakwaraya Zakaria Sam dengan dibantu Timbalan Pendakwaraya AC Fernandis dan Saiful Edris Zainuddin pula bertindak sebagai pendakwaraya dalam perbicaraan yang didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mokhtar Sidin. Mokhtar juga menetapkan perbicaraan dijalankan terus menerus dari jam 9 pagi hingga 2 petang serta memperuntukkan waktu rehat tidak lebih 15 minit. Peraturan itu bagi memastikan kelancaran perjalanan perbicaraan. Memang mencabar membuat liputan kes ini. Aku dan seorang lagi wartawan kena buat transkrip percakapan dalam mahkamah. Kadang-kadang ada juga perkataan yang 'miss' kerana percakapan mereka kurang jelas. Dalam hal ini, kalau tak minta bantuan rakan media lain, aku merujuk pada hakim, pendakwa raya atau peguam bela. Tapi ada kalanya kena 'marah' juga dengan hakim. Ada kalanya pendakwa raya dan peguam bela pinjam nota aku. Jurami keluar dari trak polis Tapi, apapun aku cukup seronok membuat liputan kes ini. Aku tumpang bangga menjadi - part of the history. Dalam hal ini, kalau tak minta bantuan rakan media lain, aku merujuk pada hakim, pendakwa raya atau peguam bela. Tapi ada kalanya kena 'marah' juga dengan hakim. Ada kalanya pendakwa raya dan peguam bela pinjam nota aku. Macam aku kata tadi perbicaraan ini cukup mencabar pada semua pihak. Semua orang mahukan perbicaraan berjalan lancar. Hakim Datuk Mokhtar Sidin beberapa kali menegur pihak pendakwaraya dan peguambela supaya tidak membazir masa dan memastikan perbicaraan berjalan lancar. Berbalik pasal Mona Fandey ada 'member' (Multiply) bertanya cantik ke si Mona tu. Entahlah. Nanti aku ceritakan... -------------------- ~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~ ~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~ ~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~ ~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~ |
|
|
Versi Ringkas | Masa sekarang: 27th September 2024 - 10:20 AM |