Petra dedah |
Petra dedah |
May 6 2009, 07:17 AM
Kiriman
#1
|
|
Pengurus Junior Kumpulan: Moderator Kiriman: 5,259 Sertai: 12-November 08 Daripada: aku worang K.L (kg limbong daa) No. Ahli: 223 |
Petra dedah sumber info kaitkan Rosmah-Altantuya
May 5, 09 8:05pm Penulis blog popular, Raja Petra Kamaruddin dalam tulisan terbaru hari ini mendedahkan identiti sumbernya berhubung dakwaan wanita pertama negara Rosmah Mansor berada di tempat Altantuya Shaariibuu dibunuh. Menurut pengendali blog Malaysia Today, maklumat kontroversi tersebut datang daripada Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin, "orang nombor dua dalam unit khas bahagian risikan tentera" Malaysia. Beliau bertemu pegawai tentera melalui seorang rakannya, Nik Azmi Nik Daud, yang dikenalinya sejak 45 tahun lalu. Nik Azmi seorang pembantu ahli politik veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, kata penulis itu lagi. Beliau juga memohon pertolongan daripada beberapa individu antaranya termasuk pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seorang lagi pembantu Tengku Razaleigh tentang kredibiliti pegawai tentera tersebut. Dalam tulisan blognya, beliau juga mendakwa ditawarkan sebanyak RM30,000 sebulan oleh Datuk Jamaluddin Jarjis, seorang kenalan dekat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai imbuhan agar beliau berhenti menulis tentang wanita Mongolia tersebut. - Malaysiakini. -------------------- |
|
|
May 6 2009, 07:09 PM
Kiriman
#2
|
|
Eksekutif Kumpulan: Moderator Kiriman: 742 Sertai: 2-June 08 Daripada: Saujana Putra No. Ahli: 4 |
Dalam tulisan blognya, beliau juga mendakwa ditawarkan sebanyak RM30,000 sebulan oleh Datuk Jamaluddin Jarjis, seorang kenalan dekat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai imbuhan agar beliau berhenti menulis tentang wanita Mongolia tersebut. - Malaysiakini. woww 30K monthly tu... tgk kat sini kalo pk secara logik, kalaulah tak makan cili kenapalah dok risau sgt.. beliau kata tak pernah pon kenal Altantuya.. lagumano tu gu?? -------------------- matg.net
My Focal 2.0 |
|
|
Versi Ringkas | Masa sekarang: 6th June 2024 - 03:19 AM |