![]() |
![]() |
![]()
Kiriman
#1
|
|
![]() Timbalan Pengurus ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Kumpulan: Moderator Kiriman: 2,582 Sertai: 28-November 08 Daripada: FKEKK No. Ahli: 373 ![]() |
Berita Buruk Untuk Para Pengguna TMnet Streamyx
Bermula dari bulan MEI 2009, TMnet Streamyx telah menyempitkan jalur lebarnya. Semua nombor IP terlibat. Hanya nombor IP yang bermula dengan 60.48.XXX.XXX sahaja yang berkelajuan seperti biasa. Jika anda menggunakan router bagi mendail nombor ini, anda memerlukan paling kurang 10 minit (itu pun jika anda bernasib baik). Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai, TMnet Streamyx melakukan ini semua bagi menghadkan penggunaan Internet di kalangan orang biasa agar mereka kembali kepada media lama iaitulah TV dan radio (yang semua orang tahu ia dipantau oleh kerajaan). Media baru seperti SMS, MMS dan Internet dilaporkan telah menggugat keuntungan syarikat siaran televisyen besar seperti Media Prima dan juga menggugat politik Barisan Nasional. Mereka semakin kehilangan penonton dan juga para pengiklan yang menjadi tunjang syarikat mereka. Kerajaan Barisan Nasional pula semakin kehilangan para penyokong. Jika anda tidak percaya, sila rujuk video di bawah:- Lantaran dari itu, janganlah anda hairan mengapa talian 1-300 TMnet Streamyx sering sibuk. Mereka dihujani dengan aduan sama dan tiada apa yang boleh pekerja mereka lakukan. Mereka hanya menjalankan tugas. Mereka ibarat polis yang menerima arahan daripada Perdana Menteri. TMnet juga terpaksa menggaji pekerja yang bodoh dan jujur bagi menjayakan projek kotor kerajaan ini. Ini juga, telah mengakibatkan bilangan pekerja mereka menjadi sedikit sehingga membuatkan anda terpaksa menunggu lama, menanti skrip klasik yang tersusun dari kakitangan TMnet ini. Ramai kakitangan yang berpengalaman di TMnet telah berhenti dan ada yang bekerja dengan syarikat jalur lebar yang lain, di dalam dan di luar negara. Johan Jaafar selaku orang nombor satu Media Prima yang baru, jelas sekali kekurangan idea bagaimana untuk memenangi hati penonton dan pengiklan serta mengelak bersekongkol dengan kerajaan Barisan Nasional. Sekatan sistematik yang tersembunyi ke atas Internet kita ini, bukan sahaja menyusahkan para penulis blog, tetapi juga syarikat kecil dan besar yang berasaskan Internet. Jika syarikat anda selalu menggunakan Internet bagi tujuan emel atau pun sebagai alat komunikasi (Skype, MSN, YM dan lain-lain) syarikat anda juga akan turut berada di dalam masalah yang sama. Harap maklum. Sumber Info |
|
|
![]() |
![]()
Kiriman
#2
|
|
![]() Bukan Eksekutif ![]() Kumpulan: Member Rasmi Kiriman: 93 Sertai: 24-October 08 Daripada: balakong,SELANGOR No. Ahli: 136 ![]() |
semalam aku dah merasa kesannya...
gne open DNS trus ok... -------------------- |
|
|
![]()
Kiriman
#3
|
|
Eksekutif Junior ![]() ![]() Kumpulan: Member Rasmi Kiriman: 180 Sertai: 18-November 08 No. Ahli: 281 ![]() |
semalam aku dah merasa kesannya... gne open DNS trus ok... a`ah aku pun nak tau gak.. kalau aku gune 202.188.0.133 202.188.1.5 itu standard DNS kan...?? kalau nak open DNS gune 208.67.222.222 208.67.220.220 mcm nie ker yang di panggil open DNS ? aku pun tak pasti sangat lar.. apa-apa encik cargas boleh beri tunjuk ajar.. mungkin aku salah paham maksud nya.. tapi kadang-kadang yang gune DNS yang 208 itu ada setengah-setengahnya langsung tidak boleh browser.. maybe ade problem kot @ ko ade gune DNS yang lagi power ![]() |
|
|
![]() ![]() |
Versi Ringkas | Masa sekarang: 25th June 2024 - 01:47 AM |