IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

> Tambah Pelaburan ASB Melalui Maybank2u
emmalisa
kiriman May 22 2009, 09:41 AM
Kiriman #1


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 24
Sertai: 15-April 09
Daripada: putrajaya
No. Ahli: 909



Tambah Pelaburan ASB Melalui Maybank2u

Sekiranya kalian :
1) Pengguna Maybank2u;
2) Pelabur-pelabur ASB, ASN, ASN 2, ASN 3, ASM, ASW 2020, ASD dan ASG (Produk tabung amanah Permodalan Nasional Berhad);
3) Seorang yang malas nak beratur ke bank untuk menambah pelaburan anda;
4) Masih belum lagi membuat potongan gaji untuk melabur;
5) Punya 1001 alasan untuk menambah pelaburan ASB, ASN dan seproduk dengannya.

Kini dengan kemudahan online, kalian boleh melakukan transaksi wang dari akaun Maybank untuk dipindah terus ke dalam akaun ASB, ASN, ASN 2, ASN 3, ASM, ASW 2020, ASD dan ASG tanpa perlu banyak songgeh/beratur panjang kat bank lagi. Melalui kerjasama pihak PNB (Permodalan Nasional Berhad) dengan Maybank, fasiliti (kemudahan) secara talian (online) ini sekaligus akan memudahkan para pelabur produk tabung amanah PNB untuk menambahkan unit amanah saham masing-masing.

Jadi, bagaimana hendak menggunakan kemudahan ini? Berikut akan saya terangkan bagaimana kalian boleh menggunakan kemudahan Maybank2u untuk melakukan transaksi terus ke akaun ASB, ASN atau sebarang produk tabung amanah di bawah naungan PNB ini.

Langkah-langkahnya adalah :

1) Anda memiliki akaun simpanan di Maybank dan mempunyai akaun Maybank2u;
2) Layari laman web Maybank2u;
3) Login terus ke akaun Maybank2u;
4) Setelah login, pada bahagian utama klik ruangan"Investment";


5) Setelah itu, klik pada ASNB Unit Trust;


6) Kemudian masukkan, no akaun ASB (mana-mana produk tabung amanah PNB) dan nilai amaun.
7) Pastikan transaksi kalian berjaya.

Untuk makluman :
1) Hubungi pihak PNB yang berdekatan untuk keterangan lanjut;
2) Untuk transaksi kali pertama, update buku pelaburan selepas 1-2 hari pindahan dilakukan;
3) Proses pemindahan ini kebiasaannya mengambil masa selama 1-2 hari untuk dipindahkan ke dalam akaun pelaburan.



Go to the top of the page
 
+Quote Post
 
Start new topic
Susulan
padaiyappaİ
kiriman Jun 17 2009, 05:19 PM
Kiriman #2


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 392
Sertai: 8-October 08
Daripada: India
No. Ahli: 103



Majlis Fatwa tak kaur apa-apa lagi pasal hal nie


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Kirim dalam topik ini


Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 7th June 2024 - 12:18 AM