Masih ingat mona fendi |
Masih ingat mona fendi |
Apr 17 2009, 03:50 AM
Kiriman
#1
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,951 Sertai: 19-September 08 Daripada: ۞-> In Your D®EamS ۩ <-l No. Ahli: 51 |
MONA FANDEY
AKU pernah melihat wajahnya di kaca tv pada sekitar awal 1990-an. Apa yang aku tahu dia seorang penyanyi pada masa itu. Tapi yang aku pelik mengapa orang yang tak boleh menyanyi boleh bikin album. Bukan itu saja lagunya yang hingga kini aku sendiri tak boleh ingat masuk dalam Muzik Muzik Muzik terbitan TV3. Minggu pertama masuk dah terkeluar. Iras dan raut wajahnya macam 'jantan' memang aku tak boleh lupakan. Mungkin ramai lagi yang tak perasan dia sebagai penyanyi. Tiba-tiba pada 1993 - namanya meletup dan menjadi sebutan ramai. Bukan kerana lagunya menduduki carta lagu atau menang pertandingan menyanyi - tetapi dikaitkan dengan pembunuhan ngeri. Kalau sebut kes Mona Fandey dah ramai yang tahu siapa wanita ini. Nama asalnya Maznah Ismail. Dia bersama suaminya dan pembantu mereka ditahan kerana dituduh membunuh Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang antara pukul 10 malam - tengah malam 13 Julai 1993 di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang. Mona Fandey, suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka Juraimi Hussin telah dibicara dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995. Rayuan mereka kepada Lembaga Jumaah Pengampunan Negeri Pahang telah ditolak. Mereka dihukum gantung hingga mati pada 6 hingga 6:30 pagi Jumaat 2 November 2001. Aku sebut pasal Mona Fandey kerana pernah 'bersama' mereka hampir setahun. Hari-hari tengok muka mereka. Banyak kisah mereka yang ingin aku ceritakan. Mungkin dah ramai tahu dan mungkin juga ingin tahu. Nanti aku sambung cerita lagi.................. -------------------- ~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~ ~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~ ~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~ ~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~ |
|
|
Jun 25 2009, 08:57 PM
Kiriman
#2
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,951 Sertai: 19-September 08 Daripada: ۞-> In Your D®EamS ۩ <-l No. Ahli: 51 |
MONA FANDEY EPISOD 9
KISAH buah zakar Datuk Mazlan Idris hilang mendapat perhatian ramai baik di dalam atau luar mahkamah. Aku ingat lagi bagaimana orang ramai berminat dengar kisah ini. Tahu ajelah - yang hilang itu benda sulit. Pelbagai persoalan ditimbulkan. Ke mana perginya, apa hendak dibuat dengan benda tu. Dalam keterangannya di Mahkamah Tinggi Temerloh, Dr Abdul Rahman Yusof yang ketika itu Perunding Kanan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur, berkata kedua-dua buah zakar pada jasad yang ditemui dalam lubang di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub pada 22 Julai 1993, didapati hilang. Dr Abdul Rahman membuat keterangan hasil pemeriksaan dan bedah siasat terhadap jasad yang kemudian dicam sebagai bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Talam, Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris. Menurutnya, pemeriksaan terhadap jasad itu, mendapati sistem saluran kencing si mati adalah baik dan tidak mempunyai kelainan. "Semua organ dalam sistem itu diperiksa dan saya mendapati tiada kelainan. "Kelenjar prostate tidak membesar, keadaan kemaluan adalah baik dan bersunat serta kedua-dua buah zakar sudah hilang," katanya. Dr Abdul Rahman juga mendapati bahagian kulit betis kedua-dua bahagian kiri dan kanan, serta otot-otot lengan kanan si mati hilang. "Saya juga mendapati lapisan dinding lemak pada abdomen jasad itu telah tiada. "Saya juga mendapati hepar (hati), pundi hempedu, buah pinggang dan usus pada jasad itu dalam proses pembusukan," katanya. Dr Abdul Rahman juga memberitahu mahkamah bahawa jasad itu telah dicerai-ceraikan kepada 18 bahagian, termasuk lima bahagian ketulan daging. Katanya, bahagian kepala telah dipisahkan daripada bahagian badan pada leher. Sementara, bahagian badan tercerai daripada kedua-dua tangan pada bahagian ketiak, serta kedua-dua kaki pula tercerai pada pangkal paha. Menurutnya, bahagian tangan kanan terpisah kepada tiga bahagian iaitu pada pergelangan tangan dan siku, sementara tangan kiri pula terpisah kepada dua bahagian pada bahagian siku. Katanya, kaki kiri dan kanan jasad itu terputus kepada tiga bahagian iaitu pada pangkal paha, lutut dan buku lali. Aku rasa lepas habis baca cerita ni, ramai tak 'jumpa' kisah pasal buah zakar tu. Aku terangkan sikit, mana tahu ada yang 'confuse' - yang hilang tu buah zakar. Dalam bahasa mudah telurnya, batangnya masih ada. Aku pun nak tahu ke mana perginya buah zakar tu. Siapa yang mengambilnya, untuk apa. Hingga selesai keterangan dan kes ini tamat, aku sendiri tak menemui jawapannya. Akun ingat engkau orang fikirkan sendiri apa yang boleh dilakukan dengan buah zakar tu. Eh, cerita aku ni belum habis lagi. Engkau orang tunggu aku sambung lagi. Kali ini cerita macam mana jasad Datuk Mazlan disembunyikan. -------------------- ~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~ ~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~ ~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~ ~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~ |
|
|
Versi Ringkas | Masa sekarang: 27th September 2024 - 07:09 AM |