Masih ingat mona fendi |
Masih ingat mona fendi |
Apr 17 2009, 03:50 AM
Kiriman
#1
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,951 Sertai: 19-September 08 Daripada: ۞-> In Your D®EamS ۩ <-l No. Ahli: 51 |
MONA FANDEY
AKU pernah melihat wajahnya di kaca tv pada sekitar awal 1990-an. Apa yang aku tahu dia seorang penyanyi pada masa itu. Tapi yang aku pelik mengapa orang yang tak boleh menyanyi boleh bikin album. Bukan itu saja lagunya yang hingga kini aku sendiri tak boleh ingat masuk dalam Muzik Muzik Muzik terbitan TV3. Minggu pertama masuk dah terkeluar. Iras dan raut wajahnya macam 'jantan' memang aku tak boleh lupakan. Mungkin ramai lagi yang tak perasan dia sebagai penyanyi. Tiba-tiba pada 1993 - namanya meletup dan menjadi sebutan ramai. Bukan kerana lagunya menduduki carta lagu atau menang pertandingan menyanyi - tetapi dikaitkan dengan pembunuhan ngeri. Kalau sebut kes Mona Fandey dah ramai yang tahu siapa wanita ini. Nama asalnya Maznah Ismail. Dia bersama suaminya dan pembantu mereka ditahan kerana dituduh membunuh Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang antara pukul 10 malam - tengah malam 13 Julai 1993 di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang. Mona Fandey, suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka Juraimi Hussin telah dibicara dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995. Rayuan mereka kepada Lembaga Jumaah Pengampunan Negeri Pahang telah ditolak. Mereka dihukum gantung hingga mati pada 6 hingga 6:30 pagi Jumaat 2 November 2001. Aku sebut pasal Mona Fandey kerana pernah 'bersama' mereka hampir setahun. Hari-hari tengok muka mereka. Banyak kisah mereka yang ingin aku ceritakan. Mungkin dah ramai tahu dan mungkin juga ingin tahu. Nanti aku sambung cerita lagi.................. -------------------- ~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~ ~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~ ~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~ ~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~ |
|
|
Aug 22 2009, 09:52 PM
Kiriman
#2
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,951 Sertai: 19-September 08 Daripada: ۞-> In Your D®EamS ۩ <-l No. Ahli: 51 |
~UPDATE LAGI~
MONA FANDEY EPISOD 10 Kemesraan Mona Fandey dan suaminya, Affendy dalam mahkamah. KERATAN bahagian-bahagian jasad bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Batu Talam, Mohd Idros @ Mohd Mazlan Idris, ditemui dalam empat lapisan tanah selepas digali sedalam kira-kira 1.6 meter. Bahagian-bahagian itu ditemui dalam lubang seluas 1.2 kali 1.3 meter di sebuah rumah belum siap di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub pada 22 Julai 1993. Perkara itu diberitahu oleh saksi kelapan, Ketua Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Abdul Rahman Yusof, ketika memberi keterangan perbicaraan pasangan bomoh Mohd Affandi Abdul Rahman, Maznah Ismail atau Mona Fandey serta pembantu mereka Juraimi Husin di Mahkamah Tinggi pada 1993. Dr Rahman berkata ketika ke tempat kejadian, lubang itu sudah digali sedalam 1.5 meter oleh pasukan polis hutan. Menurutnya, pada kedalaman kira-kira 1.6 meter, kelihatan bahagian belakang satu jasad manusia dalam lubang itu. Katanya, di sebelah kanan hujung jasad itu pula, ada bahagian atas kepala manusia yang terpisah. "Jasad itu tidak mempunyai kedua-dua tangan dan kedua-dua kaki," katanya. Beliau berkata, jasad itu kemudian dikeluarkan dan proses menggali Lubang diteruskan. Menurutnya, pada lapisan kedua, ada bahagian-bahagian paha dan ketulan daging. Katanya, pada lapisan ketiga pula, mereka menjumpai tulang betis dan tulang paha serta tangan kiri. Dr Rahman berkata, pada lapisan keempat, mereka menjumpai bahagian tangan kanan yang terputus serta kedua-dua kaki kiri dan kanan yang terpotong di bahagian buku lali. "Saya kira ada 18 bahagian jasad yang dijumpai, termasuk bahagian kepala, dada, badan, bahagian-bahagian kaki dan tangan serta beberapa ketulan daging," katanya. Menurutnya, beliau telah menyusun jasad itu mengikut keadaan semula jadinya. Katanya, semua bahagian itu bersesuaian, berdasarkan keadaan semula jadi dan bentuk tulang itu menyamai satu tubuh atau jasad manusia. Dr Rahman berkata, jasad itu kemudian dihantar ke Hospital Raub untuk dibedah siasat. Menurutnya, jasad itu dicam sebagai (Datuk) Mazlan oleh balu Allahyarham, Datin Faridah Zainuddin, dan sepupu Mohd Mazlan, Zainal Abidin Ibrahim. "Saya bersihkan jasad itu dan susun mengikut keadaan semula jadinya serta menutupnya dengan kain putih. "Mula-mula saya buka bahagian kepala dan (Datin) Faridah berkata, ia mempunyai misai dan rambut yang dicam olehnya. Kemudian ditunjukkan pula bahagian jari tangan dan seterusnya bahagian kaki. "Pada ibu jari kaki kanan ada tanda hitam dan bentuk kaki mengikut kata (Datin) Faridah bersesuaian dengan jasad suaminya," katanya. Mayat Datuk Idros @ Mazlan Idris dicam oleh isterinya, Datin Faridah Zainuddin berdasarkan tanda-tanda pada badan Mazlan. Tanda-tanda itu adalah kaki yang penuh, jari kaki yang panjang, tanda hitam pada kuku ibu jari kaki kanan, gigi bahagian atas yang bertampal, misai nipis, dahi yang luas serta rambut yang ikal. Faridah memberitahu Mahkamah Tinggi Temerloh semua tanda-tanda membolehkannya cam mayat suaminya. Menjawab soalan Timbalan Pendakwaraya, Zakaria Sam, Faridah berkata sesi cam itu dijalankan di Hospital Daerah Raub pada awal pagi 22 Julai 1993 dengan disaksikan oleh Dr Abdul Rahman Yusof. Cerita aku selepas ini lepas suspen. Bukan apa ia lebih terperinci. -------------------- ~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~ ~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~ ~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~ ~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~ |
|
|
Versi Ringkas | Masa sekarang: 26th September 2024 - 09:18 PM |