Masih ingat mona fendi |
Masih ingat mona fendi |
Apr 17 2009, 03:50 AM
Kiriman
#1
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,951 Sertai: 19-September 08 Daripada: ۞-> In Your D®EamS ۩ <-l No. Ahli: 51 |
MONA FANDEY
AKU pernah melihat wajahnya di kaca tv pada sekitar awal 1990-an. Apa yang aku tahu dia seorang penyanyi pada masa itu. Tapi yang aku pelik mengapa orang yang tak boleh menyanyi boleh bikin album. Bukan itu saja lagunya yang hingga kini aku sendiri tak boleh ingat masuk dalam Muzik Muzik Muzik terbitan TV3. Minggu pertama masuk dah terkeluar. Iras dan raut wajahnya macam 'jantan' memang aku tak boleh lupakan. Mungkin ramai lagi yang tak perasan dia sebagai penyanyi. Tiba-tiba pada 1993 - namanya meletup dan menjadi sebutan ramai. Bukan kerana lagunya menduduki carta lagu atau menang pertandingan menyanyi - tetapi dikaitkan dengan pembunuhan ngeri. Kalau sebut kes Mona Fandey dah ramai yang tahu siapa wanita ini. Nama asalnya Maznah Ismail. Dia bersama suaminya dan pembantu mereka ditahan kerana dituduh membunuh Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang antara pukul 10 malam - tengah malam 13 Julai 1993 di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang. Mona Fandey, suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka Juraimi Hussin telah dibicara dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995. Rayuan mereka kepada Lembaga Jumaah Pengampunan Negeri Pahang telah ditolak. Mereka dihukum gantung hingga mati pada 6 hingga 6:30 pagi Jumaat 2 November 2001. Aku sebut pasal Mona Fandey kerana pernah 'bersama' mereka hampir setahun. Hari-hari tengok muka mereka. Banyak kisah mereka yang ingin aku ceritakan. Mungkin dah ramai tahu dan mungkin juga ingin tahu. Nanti aku sambung cerita lagi.................. -------------------- ~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~ ~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~ ~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~ ~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~ |
|
|
Aug 22 2009, 10:04 PM
Kiriman
#2
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,951 Sertai: 19-September 08 Daripada: ۞-> In Your D®EamS ۩ <-l No. Ahli: 51 |
MONA FANDEY EPISOD 13
AKU sambung lagi cerita bedah siasat jasad Datuk Mazlan Idris. Pada masa ini (1995/94) kaedahnya tidaklah secanggih sekarang. Macam cerita CSI dengan segala bantuan sains dan teknologi sekarang mereka dapat selesaikan semua masalah. Tapi apabila aku dengar keterangan Dr Abdul Rahman Yusof aku tabik pada dia. Orang kita pun tak kurang hebatnya. Keterangannya sukar dicabar terutama dari segi teknikal. Biasanya peguambela pandai putarbelitkan soal teknikal nak lepaskan anak guam mereka. Ke lain pula aku. Aku sambung balik keterangan Dr Abdul rahman yang disoal Timbalan Pendakwaraya Zakaria Sam. ZAKARIA: Hasil daripada pemeriksaan, apakah kesimpulan atau sebab kematian? DR RAHMAN: Hasil daripada pemeriksaan menunjukkan lelaki ini adalah dalam keadaan sihat dan tidak ada bukti-bukti yang menunjukkan dia mengalami penyakit ataupun perubahan patalogi yang boleh menyebabkan kematiannya. Hasil bedah siasat menunjukkan bahawa jasad itu telah dicerai-ceraikan kepada 18 bahagian, termasuk lima bahagian ketulan daging. Luka hiris pada bahagian leher adalah luka utama menyebabkan kematian dengan terputusnya struktur-struktur leher. Ini juga dikenali dengan istilah `decapitation of head'. Berdasarkan kepada bentuk kecederaan di mana tidak ada luka tangkisan (defensive wound). Luka di bahagian leher adalah luka hiris atau satu tetakan menggunakan senjata yang tajam dan berat. Dan luka ini menyebabkan kematian yang serta-merta, iaitu terhentinya sistem denyutan jantung atau pernafasan, terputusnya saluran saraf tunjang dan terputus saluran-saluran darah utama yang menyebabkan pendarahan. Dengan ini saya mengesahkan bahawa kematian dalam kes ini adalah disebabkan "decapitation of head due to sharp and cutting heavy weapon". (terputusnya kepala disebabkan tetakan senjata tajam dan berat). ZAKARIA: Ada lima ketulan daging, adalah ia tercerai cara semula jadi? DR RAHMAN: Bukan sebab semula jadi tetapi diceraikan. HAKIM: Bagaimana diceraikan? DR RAHMAN: Paha dipotong terlebih dahulu dan dipisahkan daripada tulang. HAKIM: Dengan senjata? ZAKARIA: Boleh doktor jelaskan kedudukan jasad ketika leher terputus, dipancung? DR RAHMAN: Kalau menurut bentuk kecederaan sebagaimana yang saya sebut tadi, saya tidak lihat luka tangkis atau defensive wound. Luka yang menyebabkan kematian ada pada leher. Tetakan ini adalah bersesuaian dengan tetakan daripada hadapan ke belakang di mana tetakan ini menyebabkan tulang dari depan ke bekalang dipotong, dalam keadaan melentang bukan terbaring atau tertunduk. ZAKARIA: Boleh doktor beritahu mahkamah jangka waktu kematian? DR RAHMAN: Ya. Masa kematian yang pasti tidak mungkin. Anggaran masa berdasarkan kepada keadaan mayat dan perubahan selepas kematian. Sebagaimana anggaran ini, mayat ini mati lebih daripada dua minggu tapi tidak melebihi empat minggu (iaitu ketika ditemui pada 22 Julai 1993). Ada orang tanya ketika dibunuh bagaimana keadaan Datuk Mazlan - dia sedar atau tidak. Berdasarkan bedah siasat Datuk Mazlan idris dipercayai tidak melawan ketika kepalanya dipancung. Dr Abdul Rahman membuat andaian itu berdasarkan ketiadaan luka tangkis pada jasad Mohd Mazlan selepas pemeriksaan dan bedah siasat. "Jika mengikut bentuk kecederaannya, saya tidak lihat luka tangkis. Saya juga dapati tiada kesan tumbukan atau tikaman pada jasad itu. "Berdasarkan pemeriksaan juga, saya percaya tidak berlaku pergaduhan sebelum kepalanya dipisahkan daripada leher," katanya. Dia juga percaya Mohd Mazlan masih hidup dan berada dalam kedudukanmenelentang dengan mukanya ke atas ketika dipancung. Dr Abdul Rahman memberitahu mahkamah bahawa Mohd Mazlan tidak mungkin berdiri atau membongkok ketika kematiannya. Selain itu, katanya, luka yang menyebabkan kematian adalah pada leher. Menurutnya, tetakan itu adalah bersesuaian daripada hadapan ke belakang menyebabkan tulang dari dagu ke belakang dipotong. Katanya, adalah jelas bahawa kepala itu terputus keseluruhannya dengan tiga kesan tetakan pada paras tulang belakang leher. "Keadaan potongan itu adalah potongan bersih dan licin merintangi bahagian hadapan terus ke belakang," katanya. Selepas ini kita dengar pula keterangan Juraimi bagaimana Datuk Mazlan ditetak. -------------------- ~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~ ~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~ ~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~ ~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~ |
|
|
Versi Ringkas | Masa sekarang: 27th September 2024 - 10:06 AM |