Masih ingat mona fendi |
Masih ingat mona fendi |
Apr 17 2009, 03:50 AM
Kiriman
#1
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,951 Sertai: 19-September 08 Daripada: ۞-> In Your D®EamS ۩ <-l No. Ahli: 51 |
MONA FANDEY
AKU pernah melihat wajahnya di kaca tv pada sekitar awal 1990-an. Apa yang aku tahu dia seorang penyanyi pada masa itu. Tapi yang aku pelik mengapa orang yang tak boleh menyanyi boleh bikin album. Bukan itu saja lagunya yang hingga kini aku sendiri tak boleh ingat masuk dalam Muzik Muzik Muzik terbitan TV3. Minggu pertama masuk dah terkeluar. Iras dan raut wajahnya macam 'jantan' memang aku tak boleh lupakan. Mungkin ramai lagi yang tak perasan dia sebagai penyanyi. Tiba-tiba pada 1993 - namanya meletup dan menjadi sebutan ramai. Bukan kerana lagunya menduduki carta lagu atau menang pertandingan menyanyi - tetapi dikaitkan dengan pembunuhan ngeri. Kalau sebut kes Mona Fandey dah ramai yang tahu siapa wanita ini. Nama asalnya Maznah Ismail. Dia bersama suaminya dan pembantu mereka ditahan kerana dituduh membunuh Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang antara pukul 10 malam - tengah malam 13 Julai 1993 di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang. Mona Fandey, suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka Juraimi Hussin telah dibicara dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995. Rayuan mereka kepada Lembaga Jumaah Pengampunan Negeri Pahang telah ditolak. Mereka dihukum gantung hingga mati pada 6 hingga 6:30 pagi Jumaat 2 November 2001. Aku sebut pasal Mona Fandey kerana pernah 'bersama' mereka hampir setahun. Hari-hari tengok muka mereka. Banyak kisah mereka yang ingin aku ceritakan. Mungkin dah ramai tahu dan mungkin juga ingin tahu. Nanti aku sambung cerita lagi.................. -------------------- ~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~ ~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~ ~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~ ~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~ |
|
|
Aug 22 2009, 10:07 PM
Kiriman
#2
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,951 Sertai: 19-September 08 Daripada: ۞-> In Your D®EamS ۩ <-l No. Ahli: 51 |
MONA FANDEY EPISOD 15
AKU nak sambung lagi keterangan Mohd Juraimi Husin, tertuduh pertama kes bunuh Datuk Mazlan Idris di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1994. Cerita ini ada aku ceritakan dalam posting yang lalu. Tetapi yang ini lebih terperinci. Aku kena buat transkrip percakapan mereka dalam mahkamah. Bayangkan berapa panjang mereka cakap. Kalau terlaju cakap terkial-kial aku nak 'figure out' apa benda dia cakap. Kalau salah catat, pembaca pun dapat maklumat salah. Tapi aku ada cara sendiri, minta rujukan catatan peguambela atau pendakwa raya. Kadang kala mereka pun kelabu asap. Pinjam nota aku. Cara terakhir minta rujukan nota hakim. Part ni selalunya berat sikit - kena tahan telinga dan tebalkan muka - dengar 'syrahan' hakim dulu. Dah kerja nak buat macam mana. Bukan itu aja perbuatan dan riak wajah mereka pun kita kena perhatikan. Dia senyum ke, menangis ke, ketawa ke, marah ke - semua kena 'dirakamkan'. Nampak macam real sebab pembaca tak tahu apa yang berlaku dalam mahkamah. Berikut adalah petikan keterangan dalam kes pembelaan diri tertuduh ketiks disoal peguambelanya, Karam Singh Bahl (dia ni tak ada kena mengena dengan Karam Singh Wariar - betul ke eja nama dia. Juraimi dalam keterangan di mahkamah menceritakan dari mula dia mengenali pasangan bomoh Mohd Affandi Abdul Rahman dan Maznah Ismail atau Mona Fandey hingga kepada pembunuhan Mazlan. KARAM: Pada Hari Raya Puasa tahun lalu (25 Mac 1993), bolehkah Juraimi beritahu apa yang berlaku? JURAIMI: Raya ke berapa? KARAM: Raya keempat. JURAIMI: Kami (termasuk Affandi, Mona dan anak mereka, Mazdiana Affandey) berpindah ke (Kampung Peruas), Ulu Dong, Raub. KARAM: Dari Tanjung Lumpur, Kuantan ke Ulu Dong? JURAIMI: Ya. KARAM: Siapa yang rancang perpindahan itu? JURAIMI: Rancangan Affandi. KARAM: Ada Affandi bincang mengenai rancangan itu dengan Juraimi? JURAIMI: Ada. KARAM: Bagaimana? JURAIMI: Affandi kata hendak pindah dari Tanjung Lumpur ke Ulu Dong. KARAM: Affandi beritahu atau berbincang dengan Juraimi? JURAIMI: Beritahu. KARAM: Apa sebab hendak pindah ke Ulu Dong? JURAIMI: Untuk beramal. KARAM: Beramal untuk siapa? JURAIMI: Arwah Datuk Mazlan. KARAM: Siapa yang cadang pindah ke Ulu Dong? JURAIMI: Affandi yang cadang untuk berpindah ke Ulu Dong. Dia hendak cari tempat sesuai untuk beramal kepada Datuk (Mazlan). KARAM: Siapa yang pilih Ulu Dong? Mengapa tidak pilih tempat lain? JURAIMI: Tempat itu sesuai. KARAM: Untuk siapa? JURAIMI: Untuk Affandi (pada jawapan ini Mona yang diam sejak Juraimi memberi keterangan mulai jam 9.54 pagi tersenyum). KARAM: Tahukah Juraimi, tanah di Ulu Dong tanah siapa? JURAIMI: Arwah Datuk Mazlan. KARAM: Bagaimana tahu? JURAIMI: Datuk Mazlan yang beritahu sendiri. KARAM: Kepada siapa? JURAIMI: Kepada Affandi. KARAM: Adakah Datuk rancang apa-apa dengan Juraimi? JURAIMI: Tiada. Saya hanya ikut saja. KARAM: Juraimi ikut siapa? JURAIMI: Saya ikut Affandi, dia kata pindah, saya pindahlah. KARAM: Ketika berpindah ke Ulu Dong, ada rumah di situ? JURAIMI: Langsung tiada rumah. KARAM: Pada mulanya, tiada rumah, hidup mana-mana? JURAIMI: Kami tinggal dalam khemah. KARAM: Semua keempat-empat orang tinggal dalam khemah? JURAIMI: Ya. KARAM: Berapa lama tinggal dalam khemah? JURAIMI: Sebulan lebih. KARAM: Selepas sebulan apa berlaku? JURAIMI: Saya buat sebiji (sebuah) rumah. KARAM: Bahan binaan untuk mendirikan rumah, siapa yang beli? JURAIMI: Affandi dan Mona. KARAM: Siapa yang keluarkan duit untuk membeli bahan-bahan itu? JURAIMI: Di antara dua, kalau tak Affandi, Monalah. KARAM: Ketika rumah itu dibina, ada Datuk Mazlan datang tengok? JURAIMI: Ada juga. KARAM: Ketika Datuk Mazlan tengok Juraimi mendirikan rumah, ada dia bercakap apa-apa dengan Juraimi? JURAIMI: Dia hanya cakap dengan Affandi dan Mona. KARAM: Setiap kali Datuk Mazlan datang ke situ, dia cakap dengan siapa? JURAIMI: Cakap dengan Mona dan Affandi. KARAM: Setiap kali Datuk datang ke situ, ada cakap dengan Juraimi? JURAIMI: Ada juga (ketika ini kedengaran Mona terbatuk). KARAM: Sila beritahu mahkamah, apa yang Datuk Mazlan cakapkan kepada Juraimi? JURAIMI: Datuk bertanya bila rumah nak siap. KARAM: Selain itu ada Datuk Mazlan merancang dan berbincang apa-apa dengan Juraimi? JURAIMI: Dia bincang dengan Mona dan Affandi. KARAM: Ada Juraimi terbabit dalam perbincangan itu? JURAIMI: Tiada, saya sibuk dengan kerja saya. KARAM: Ada Datuk Mazlan tolong Juraimi mendirikan rumah itu? JURAIMI: Tiada. KARAM: Mona dan Affandi ada tolong? JURAIMI: Tolong naikkan siling rumah. KARAM: Berapa lama bahagian dinding, lantai dan bumbung siap? JURAIMI: Satu bulan lebih. KARAM: Apabila rumah siap, ada Datuk Mazlan datang. Apabila datang dia cakap dengan siapa? JURAIMI: Ada, Datuk cakap dengan Mona dan Affandi. KARAM: Biasanya berapa kali Datuk Mazlan datang ke rumah itu? JURAIMI: Setiap minggu datang ke rumah itu. KARAM: Hari apa Datuk Mazlan datang? JURAIMI: Kadang-kadang pada hari minggu (Ahad) atau Sabtu. KARAM: Apabila Datuk Mazlan datang, dia cakap dengan Mona dan Affandi. Adakah pada bila-bila masa, Juraimi mendengar perbualan mereka? JURAIMI: Tiada. KARAM: Juraimi tahu tujuan Datuk Mazlan ke rumah itu? JURAIMI: Tujuan Datuk ke rumah itu, saya tak tahu. KARAM: Adakah Datuk Mazlan meminta ubat daripada mereka? JURAIMI: Ada juga. KARAM: Ubat apa, terangkan kepada mahkamah. JURAIMI: Ubat dia macam serbuk. KARAM: Mengapa Datuk meminta ubat itu, ada Juraimi tahu? JURAIMI: Tidak. KARAM: Berkenaan dengan pendawaian, nama dalam bil cagaran untuk mendapatkan bekalan elektrik atas nama siapa? JURAIMI: Atas nama saya. KARAM: Siapa yang bagi wang untuk membayar cagaran itu? JURAIMI: Mona bagi. KARAM: Dari mana Mona mendapat duit itu? JURAIMI: Saya sendiri tak tahu. KARAM: Ketika di rumah di Ulu Dong, ada Juraimi dengar sesiapa minta wang daripada Datuk Mazlan? JURAIMI: Ada. KARAM: Siapa? JURAIMI: Mona meminta wang daripada Datuk. KARAM: Ada dengar berapa banyak? JURAIMI: RM5,000. (Peguambela Mona dan Affandi, Ghulam Mustaffa Nadar Ali Khan, bangun untuk membuat teguran). GHULAM: Jika boleh saya berharap Encik Karam tidak membimbing saksi untuk menjawab soalan. HAKIM: Saya tidak nampak begitu. Ada soalan yang tidak difahami saksi dan perlu diterangkan oleh peguambela. KARAM: Ada Juraimi nampak sesiapa memberi wang kepada Mona? JURAIMI: Ada, arwah Datuk Mazlan. KARAM: Ada Juraimi tahu, berapa banyak? JURAIMI: Tahu, RM5,000. (Juraimi kemudian ditunjukkan bil cagaran mendapatkan bekalan elektrik). KARAM: Bil ini adalah bil Tenaga Nasional Berhad untuk bayaran cagaran mendapatkan bekalan elektrik. Nampak berapa jumlah yang dicatatkan di situ? JURAIMI: RM200. KARAM: Duit RM200 itu, adakah Juraimi minta daripada Datuk Mazlan? JURAIMI: Tiada. KARAM: Siapa yang bagi duit itu kepada Juraimi? JURAIMI: Mona. KARAM: Selepas Mona terima RM5,000, lebih kurang dua minggu selepas itu, apa yang berlaku? JURAIMI: (Juraimi terdiam seketika seolah-olah berfikir sesuatu dan menjawab)...selepas terima wang, Datuk ada datang pada 1 hari bulan malam (1 Julai 1993). KARAM: Sebelum Datuk Mazlan ke rumah itu, ada apa-apa berlaku di rumah itu. (Juraimi hanya berdiam dan tidak menjawab soalan itu, dan Karam kemudian menyoal lagi). KARAM: Lebih kurang seminggu sebelum Datuk Mazlan datang ke rumah itu, ada apa-apa persiapan dibuat di rumah itu? JURAIMI: Ada. (Ghulam bangun sekali lagi membantah cara Karam menyoal Juraimi kerana menyifatkan peguambela itu membimbing tertuduh pertama untuk memberi jawapan). HAKIM: Saya faham maksud Encik Ghulam, tapi saksi tak faham soalan itu. KARAM: Apa persiapan itu? JURAIMI: Persiapan untuk kejadian itu (pembunuhan Datuk Mazlan). (Juraimi kemudian memberitahu mahkamah bahawa Datuk Mazlan datang ke rumah pada 2 Julai 1993 bukan 1 Julai 1993 seperti yang diberitahunya sebelum ini). KARAM: Apa persiapan itu? JURAIMI: Persiapan seperti lubang, stor... KARAM: Lagi. JURAIMI: Kapak, parang, kayu, tayar. KARAM: Lagi. JURAIMI: Cukup. KARAM: Persiapan itu dibuat atas arahan siapa? JURAIMI: Atas arahan Affandi. KARAM: Persiapan itu atas cadangan siapa? JURAIMI: Cadangan Affandi dan Mona. KARAM: Ada kamu mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai persiapan itu? JURAIMI: Tiada. KARAM: Ada mereka berbincang dengan Juraimi untuk menjayakan rancangan itu? JURAIMI: Tiada. KARAM: Ada Juraimi tahu apa yang akan berlaku? JURAIMI: Saya sendiri tak tahu. KARAM: Ada Juraimi korek lubang? JURAIMI: Ada, atas arahan Mona. KARAM: Ikat batu pada dinding, arahan siapa? JURAIMI: Atas arahan Affandi. KARAM: Ada arahan lain daripada Affandi? JURAIMI: Affandi suruh saya asah kapak. KARAM: Tahu siapa asah parang? JURAIMI: Ada dua parang, satu Mona asah dan satu lagi Affandi asah. KARAM: Selepas kapak dan parang diasah, ada rancangan dibuat bersama Juraimi? JURAIMI: Tiada. Saya hanya mengikut arahan Affandi. KARAM: Apa arahannya? JURAIMI: Seperti semua tadi, korek lubang, sediakan kayu, kapak, tayar. KARAM: Berkenaan Datuk Mazlan, ada arahan untuk dia? JURAIMI: Ada. KARAM: Bagaimana? JURAIMI: Affandi suruh saya tunggu Datuk datang. KARAM: Ada Datuk Mazlan datang? JURAIMI: Ada pada 2 hari bulan tujuh (2 Julai 1993). KARAM: Apa jadi pada Datuk Mazlan pada malam itu? JURAIMI: Pada lebih kurang jam 10 malam lebih, Datuk tiba di rumah itu dengan Affandi. KARAM: Mereka datang dengan apa? JURAIMI: Dengan kereta Datuk. KARAM: Pada masa itu, di rumah ada berapa orang? JURAIMI: Ada tiga orang. HAKIM: Siapa? JURAIMI: Saya, Mona dan Mazdiana. KARAM: Sebelum Datuk Mazlan datang, ada sesiapa memberi arahan kepada Juraimi? JURAIMI: Mona arahkan saya supaya standby (siap sedia) sebelum Datuk datang. KARAM: Standby untuk apa? JURAIMI: Untuk kejadian. KARAM: Kejadian apa? JURAIMI: Satu pembunuhan (ketika Juraimi memberikan jawapan ini jam di dinding mahkamah menunjukkan jam 12.08 tengah hari). KARAM: Ketika Datuk Mazlan datang ke rumah itu dengan Affandi, siapa yang masuk dahulu ke dalam rumah? JURAIMI: Apabila mereka tiba, saya buka pintu pagar. KARAM: Siapa yang memandu kereta itu? JURAIMI: Arwah Datuk Mazlan. KARAM: Siapa yang masuk dahulu dalam rumah? JURAIMI: Affandi. KARAM: Apa berlaku selepas itu? KARAM: Apa Datuk Mazlan buat? JURAIMI: Apabila Datuk masuk, Mona kata kepadanya: "Abang (Affandi) ada menunggu dalam bilik itu" KARAM: Ada Datuk Mazlan bawa apa-apa? JURAIMI: Satu briefcase. KARAM: Ada nampak dia beri briefcase itu kepada siapa? JURAIMI: Tidak nampak. KARAM: Ada Datuk Mazlan beri briefcase itu kepada Juraimi atau Juraimi memintanya daripada Datuk Mazlan. JURAIMI: Tiada. KARAM: Juraimi tahu apa Affandi buat dalam bilik itu? JURAIMI: Sebab dia nak buat ibu duit, ilmu duit (Affandi yang duduk di kandang tertuduh dan tekun mendengar keterangan Juraimi tersenyum). KARAM: Ketika Mona berkata: "Abang ada menunggu dalam bilik," Juraimi ada dengar? JURAIMI: Dengar. KARAM: Apa berlaku selepas itu? JURAIMI: Datuk masuk dalam bilik Affandi. KARAM: Adakah Datuk Mazlan pernah masuk bilik itu? JURAIMI: Tak pernah. KARAM: Ketika Datuk Mazlan masuk bilik itu, Juraimi ada di mana? JURAIMI: Di bahagian dapur. KARAM: Berapa jauh dapur dengan bilik air? JURAIMI: Tidak jauh. KARAM: Boleh Juraimi dengar perbualan dalam bilik itu (Affandi dan Mazlan berada)? JURAIMI: Tak boleh dengar. KARAM: Dari tempat Juraimi berdiri, boleh nampak mereka? JURAIMI: Tak nampak sebab ada pintu. KARAM: Ada nampak mereka berdua keluar? JURAIMI: Affandi keluar dahulu, kemudian Datuk. KARAM: Selepas itu apa berlaku? JURAIMI: Mona ada bertanya kepada Datuk sama ada dia ada membawa kain atau tidak. Datuk jawab, ada bawa kain, ada dalam kereta. KARAM: Ada Datuk Mazlan keluar selepas itu? JURAIMI: Datuk Mazlan kemudian keluar untuk mengambil kain. KARAM: Apa jadi kemudian? JURAIMI: Selepas itu Affandi membuka baju dan terus pakai kain. KARAM: Selepas itu? JURAIMI: Affandi terus mengambil satu blanket (selimut) terus masuk bilik air dan membawa dua biji bantal (Affandi sekali lagi kelihatan tersenyum mendengar keterangan ini). KARAM: Apabila Datuk Mazlan datang ke rumah, apa dia buat? JURAIMI: Sebelum Datuk masuk, dia memetik bunga orkid di luar rumah. KARAM: Datuk Mazlan bagi pada siapa? JURAIMI: Datuk pegang dan kemudian beri pada Mona. KARAM: Apa berlaku seterusnya? JURAIMI: Sebelum Datuk masuk bilik air, Mona suruh buka baju dan seluar dan pakai kain saja...kecuali seluar dalam. (Mereka yang berada dalam mahkamah ketawa berderai). KARAM: Ada sesiapa yang suruh Datuk Mazlan masuk bilik air? JURAIMI: Mona suruh. KARAM: Selepas itu? JURAIMI: Saya bangun ke dapur. KARAM: Ada Datuk Mazlan keluar dari bilik air? JURAIMI: Tidak. HAKIM: Bilik air mana? JURAIMI: Bilik air yang Datuk masuk. HAKIM: Ketika itu Affandi di mana? JURAIMI: Dalam bilik air. KARAM: Selepas itu? JURAIMI: Selepas itu, Mona, Affandi dan Datuk ada dalam bilik air. KARAM: Ada dengar apa-apa? JURAIMI: Saya mendengar Affandi berkata kepada Datuk... (terdiam). KARAM: Cerita depan Yang Arif. JURAIMI: (Affandi kata) Datuk baring, nanti ada suara ghaib berkata, duit sebanyak ini jatuh. (Mona tersenyum mendengar cerita Juraimi). KARAM: Apa jadi. JURAIMI: Sebelum baring, Datuk ada cakap: "Saya tidak boleh tahan dongak lama-lama." KARAM: Datuk cakap kepada siapa? JURAIMI: Kepada Affandi dan Affandi menjawab: "Sekejap aje." KARAM: Jadi Datuk Mazlan terus baring? JURAIMI: Datuk terus baring. KARAM: Ada lampu pada masa itu? JURAIMI: Lampu elektrik dipasang di bilik air. Ada lilin. KARAM: Selepas itu apa berlaku? JURAIMI: Datuk sudah baring, Mona ada meletakkan bunga pada dahi Datuk. Affandi duduk sebelah Mona dan ketika duduk Affandi menutup mata Datuk dengan tangannya. Selepas ditutup, Affandi nampak lampu cerah dan tutup. Kemudian nyalakan lilin. Setelah lampu padam dan lilin dinyalakan, Affandi duduk balik di sebelah Mona. Setelah itu, Affandi menutup semula mata Datuk dengan tangan dan memanggil saya dengan isyarat tangan. Ketika saya masuk, anaknya, Mazdiana terjaga dari tidur. Selepas itu, saya keluar balik. Affandi terus bangun mendapatkan anaknya dan selepas anaknya tidur, Affandi berjumpa saya. Ketika berjumpa saya, Affandi berkata: "Rong (singkatan panggilan Gondrong), kalau tetak biar kena tepat, jangan salah tempat. Kalau tidak habis kita." KARAM: Ketika Affandi keluar untuk menjaga anaknya, Mona di mana? JURAIMI: Ada di situ bersama Datuk. KARAM: Apabila Affandi balik ke bilik air itu apa dia buat? JURAIMI: Affandi terus duduk di tempat asal dan menutup semula mata Datuk. Affandi panggil saya dengan isyarat tangan dan saya terus masuk ke bilik itu dan tetak bahagian leher. KARAM: Dengan apa (menetak kepala Datuk Mazlan)? JURAIMI: Kapak. (Pada masa ini, jurubahasa mahkamah mengeluarkan kapak yang dikemukakan di mahkamah selepas mendapat arahan Karam. Ghulam kemudian bangun). HAKIM: Saya tahu Encik Ghulam. Tak perlu keluarkan (kapak) dahulu, tunggu arahan peguambela. Jangan tunjukkan dulu pada saksi. Takut juga Encik Ghulam, juri pun takut juga. (Bilik mahkamah sekali lagi berderai dengan ketawa). KARAM: Ini kapak yang digunakan? (menunjukkan kapak itu yang diletakkan di atas meja peguambela dan pendakwaraya). JURAIMI: Ya, ini kapak yang digunakan. KARAM: Siapa yang memiliki kapak ini? JURAIMI: Ini kira, Affandi yang beli. KARAM: Selepas tetak bahagian leher, apa jadi kepada Affandi dan Mona? JURAIMI: Saya tetak tiga kali, selepas itu baru kepala putus. HAKIM: Kepala siapa? JURAIMI: Kepala Datuk (jawapan itu membuatkan mereka yang berada dalam mahkamah sekali lagi ketawa kerana jawapan itu mungkin juga merujuk kepada Hakim Datuk Mokhtar Sidin. Menyedari itu Juraimi terus menjawab Datuk Mazlan). JURAIMI: Affandi dan Mona pun bangun. Affandi terus mengarahkan saya potong bahagian sendi-sendi. Affandi suruh lapah sekali dan selepas lapah, Affandi terus keluar ke bilik air lain. KARAM: Ada sesiapa masuk bilik air itu? JURAIMI: Selepas itu tiada. Selepas itu Affandi terus masuk bilik amal dia. Affandi kemudian keluar dan membawa keluar satu sampul surat. Dia kepit sampul surat itu. KARAM: Apa ada dalam sampul surat itu? JURAIMI: Saya tidak nampak. KARAM: Ada Juraimi terima apa-apa arahan selepas itu? JURAIMI: Saya ada bertanya kepada Affandi: "Macam mana dengan mayat itu?" Affandi jawab: "Tanya ibu (Mona) dulu." Affandi kemudian bertemu Mona dan datang balik serta berkata: "Ibu (Mona) kata suruh tanam saja." KARAM: Ada beri apa-apa? JURAIMI: Affandi beri duit sebanyak RM180 dan berkata: "Bapak (Affandi) hendak ke KL (Kuala Lumpur). Seminggu lagi bapak akan balik." KARAM: Dia pergi dengan siapa? JURAIMI: Affandi pergi dengan Mona dan anak mereka. Apabila mereka keluar dari rumah, saya keluar dari bilik itu dan kunci pintu depan. KARAM: Mereka pergi dengan apa? JURAIMI: Kereta Datuk, nombornya CAA 5115. KARAM: Juraimi terus tinggal di rumah itu? JURAIMI: Ya, seorang diri. KARAM: Ceritakan apa yang berlaku selepas itu? Nak tahu kena tunggu lagi.. -------------------- ~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~ ~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~ ~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~ ~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~ |
|
|
Versi Ringkas | Masa sekarang: 25th September 2024 - 10:44 PM |