Masih ingat mona fendi |
Masih ingat mona fendi |
Apr 17 2009, 03:50 AM
Kiriman
#1
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,951 Sertai: 19-September 08 Daripada: ۞-> In Your D®EamS ۩ <-l No. Ahli: 51 |
MONA FANDEY
AKU pernah melihat wajahnya di kaca tv pada sekitar awal 1990-an. Apa yang aku tahu dia seorang penyanyi pada masa itu. Tapi yang aku pelik mengapa orang yang tak boleh menyanyi boleh bikin album. Bukan itu saja lagunya yang hingga kini aku sendiri tak boleh ingat masuk dalam Muzik Muzik Muzik terbitan TV3. Minggu pertama masuk dah terkeluar. Iras dan raut wajahnya macam 'jantan' memang aku tak boleh lupakan. Mungkin ramai lagi yang tak perasan dia sebagai penyanyi. Tiba-tiba pada 1993 - namanya meletup dan menjadi sebutan ramai. Bukan kerana lagunya menduduki carta lagu atau menang pertandingan menyanyi - tetapi dikaitkan dengan pembunuhan ngeri. Kalau sebut kes Mona Fandey dah ramai yang tahu siapa wanita ini. Nama asalnya Maznah Ismail. Dia bersama suaminya dan pembantu mereka ditahan kerana dituduh membunuh Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang antara pukul 10 malam - tengah malam 13 Julai 1993 di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang. Mona Fandey, suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka Juraimi Hussin telah dibicara dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995. Rayuan mereka kepada Lembaga Jumaah Pengampunan Negeri Pahang telah ditolak. Mereka dihukum gantung hingga mati pada 6 hingga 6:30 pagi Jumaat 2 November 2001. Aku sebut pasal Mona Fandey kerana pernah 'bersama' mereka hampir setahun. Hari-hari tengok muka mereka. Banyak kisah mereka yang ingin aku ceritakan. Mungkin dah ramai tahu dan mungkin juga ingin tahu. Nanti aku sambung cerita lagi.................. -------------------- ~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~ ~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~ ~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~ ~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~ |
|
|
Aug 22 2009, 10:13 PM
Kiriman
#2
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,951 Sertai: 19-September 08 Daripada: ۞-> In Your D®EamS ۩ <-l No. Ahli: 51 |
MONA FANDEY EPISOD 18
AKU sambung lagi keterangan membela diri Mohd Juraimi Husin di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1994. Dia disoal peguambelanya Karam Singh Bahl dalam perbicaraan kes membunuh Datuk Mazlan Idris. Salam keterangan kali ini dia menceritakan perasaannya ketika melakukan pembunuhan terhadap Mazlan Pendekkan cerita kau orang bacalah keterangannya. KARAM: Sepanjang tinggal dengan Mona selama satu tahun lapan bulan, adakah Juraimi tidak teringat untuk pulang ke kampung? JURAIMI: Tidak. KARAM: Tolong cerita dengan mahkamah, mengapa tak balik? JURAIMI: Ikut hati nak balik, tapi tak berdaya hendak balik kerana Affandi control (kawal) semua. Dia tak kasi (beri) saya balik, saya nak telefon kampung pun tak kasi. Saya ikut arahan dia, dia tak kasi balik, saya tak baliklah. KARAM: Apakah hubungan Datuk Mazlan dengan Mona dan Affandi. Apa istimewanya mereka hingga Datuk Mazlan sanggup berjumpa mereka? JURAIMI: Datuk jumpa Affandi supaya dia (Mazlan) dijadikan Menteri. KARAM: Mengapa hendak jumpa Affandi jadi Menteri, dia bukan orang politik? JURAIMI: Affandi dan Mona memang bukan orang politik, tapi dia seorang bomoh. KARAM: Bagaimana Juraimi tahu? JURAIMI: Saya tahu, Affandi ada satu bilik. Dalam bilik itu ada banyak barang pemujaan. KARAM: Di mana bilik itu? JURAIMI: Di setiap rumah yang Affandi dan Mona tinggal, ada bilik pemujaan. KARAM: Bagaimana, Juraimi tahu? JURAIMI: Masa itu di Kijal, Terengganu, dia ada ubatkan orang sakit. KARAM: Adakah Juraimi seorang bomoh. JURAIMI: Saya tidak. KARAM: Ada belajar jadi bomoh? JURAIMI: Ada juga dia ajar sikit-sikit jadi bomoh. KARAM: Cara macam mana? JURAIMI: Macam pemujaan. Ada ayat yang mesti dihafal. KARAM: Ada Juraimi tahu cara mandi bunga? JURAIMI: Cara mandi bunga dan bacaannya saya tak tahu. KARAM: Cara mandi ubat? JURAIMI: Itu pun saya tak tahu. KARAM: Ada Mona dan Affandi berbincang dengan Juraimi apa yang hendak dibuat terhadap Datuk Mazlan? JURAIMI: Ada. KARAM: Bincang atau beritahu? JURAIMI: Beritahu. KARAM: Apa niat mereka terhadap Datuk Mazlan? JURAIMI: Mereka beritahu: Tunggu Datuk datang bawa duit, baru kita bunuh. KARAM: Ada niat untuk tarik daripada terbabit dengan rancangan itu? JURAIMI: Ada, tapi tak berdaya. (Mona yang duduk bersebelahan Affandi di kandang tertuduh ketawa dan berbisik sesuatu kepada suaminya). KARAM: Ada niat nak bunuh Datuk Mazlan? JURAIMI: Saya memang tiada niat nak bunuh Datuk kerana saya dengan Datuk biasa saja. KARAM: Jika pada hari kejadian, kamu seorang diri tanpa Mona dan Affandi ada di situ, adakah kamu akan bunuh Datuk Mazlan? JURAIMI: Kemungkinan besar tidak. KARAM: Apa yang menyebabkan Juraimi lakukan pembunuhan itu? JURAIMI: Saya kira, tidak ada perasaan, hilang akal. (Mona dan Affandi sekali lagi tersenyum mendengar ayat yang terkeluar dari mulut Juraimi itu. Ikmal Hisham (seorang lagi peguambela Juraimi) kemudian bangun dan menyoal Juraimi). IKMAL: Kamu kata tadi, sejak ikut Mona dan Affandi ada niat untuk melarikan diri, tapi tak berdaya. Mengapa? JURAIMI: Ada terfikir untuk balik ke kampung, tapi tak terdaya. Affandi halang saya. IKMAL: Halang macam mana? JURAIMI: Affandi bagi tahu, tak boleh balik, sebab takut semua rahsia terbongkar. Semua rahsia ada dalam tangan saya. IKMAL: Ada peluang untuk lari? JURAIMI: Memang ada. IKMAL: Mengapa tak lari? JURAIMI: Apabila nak lari, nak melangkah, macam ada orang halang. (Mona dan Affandi yang berdiam diri kelihatan berbisik-bisik dan kemudian kedua-duanya ketawa). IKMAL: Ketika ditahan di Balai Polis Raub, Juraimi ada disoal-siasat. JURAIMI: Memang saya tak tahu apa yang berlaku. Mereka (polis) pukul macam mana pun saya tak tahu. IKMAL: Adakah Juraimi mahu melindungi Mona dan Affandi atau tak tahu? JURAIMI: Memang benar saya tak tahu, bukan untuk melindungi mereka. IKMAL: Juraimi ada kata pada malam menjelang 22 Julai 1993 selepas Affandi memegang bahu baru teringat semua. Mengapa? JURAIMI: Selepas malam menjelang 22 Julai 1993 dan selepas Affandi pegang bahu, baru saya boleh ceritakan segalanya. Baru saya tersedar dan boleh ceritakan. Perasaan saya dah seperti biasa, dah normal seperti apa yang saya ceritakan di mahkamah sekarang. IKMAL: Juraimi tak menyesal dengan perbuatan itu (pembunuhan)? JURAIMI: Menyesal memang ada. IKMAL: Menyesal macam mana? JURAIMI: Menyesal bunuh orang. Dalam siri ke-19 aku akan ceritakan kehandalan pasangan bomoh ini buat tangkal, azimat dan tongkat sakti. Apa yang aku hairan ada orang percaya dan beli dengan harga mahal. Isyk isyk isyk.... susah nak percaya. -------------------- ~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~ ~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~ ~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~ ~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~ |
|
|
Versi Ringkas | Masa sekarang: 27th September 2024 - 01:02 PM |