Masih ingat mona fendi |
Masih ingat mona fendi |
Apr 17 2009, 03:50 AM
Kiriman
#1
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,951 Sertai: 19-September 08 Daripada: ۞-> In Your D®EamS ۩ <-l No. Ahli: 51 |
MONA FANDEY
AKU pernah melihat wajahnya di kaca tv pada sekitar awal 1990-an. Apa yang aku tahu dia seorang penyanyi pada masa itu. Tapi yang aku pelik mengapa orang yang tak boleh menyanyi boleh bikin album. Bukan itu saja lagunya yang hingga kini aku sendiri tak boleh ingat masuk dalam Muzik Muzik Muzik terbitan TV3. Minggu pertama masuk dah terkeluar. Iras dan raut wajahnya macam 'jantan' memang aku tak boleh lupakan. Mungkin ramai lagi yang tak perasan dia sebagai penyanyi. Tiba-tiba pada 1993 - namanya meletup dan menjadi sebutan ramai. Bukan kerana lagunya menduduki carta lagu atau menang pertandingan menyanyi - tetapi dikaitkan dengan pembunuhan ngeri. Kalau sebut kes Mona Fandey dah ramai yang tahu siapa wanita ini. Nama asalnya Maznah Ismail. Dia bersama suaminya dan pembantu mereka ditahan kerana dituduh membunuh Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang antara pukul 10 malam - tengah malam 13 Julai 1993 di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang. Mona Fandey, suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka Juraimi Hussin telah dibicara dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995. Rayuan mereka kepada Lembaga Jumaah Pengampunan Negeri Pahang telah ditolak. Mereka dihukum gantung hingga mati pada 6 hingga 6:30 pagi Jumaat 2 November 2001. Aku sebut pasal Mona Fandey kerana pernah 'bersama' mereka hampir setahun. Hari-hari tengok muka mereka. Banyak kisah mereka yang ingin aku ceritakan. Mungkin dah ramai tahu dan mungkin juga ingin tahu. Nanti aku sambung cerita lagi.................. -------------------- ~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~ ~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~ ~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~ ~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~ |
|
|
Jan 25 2010, 04:43 PM
Kiriman
#2
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,951 Sertai: 19-September 08 Daripada: ۞-> In Your D®EamS ۩ <-l No. Ahli: 51 |
~UPDATE LAGI~ 25januar 2010
AJAL dan maut semuanya ketentuan-Nya. Hal ini tiada siapa yang boleh melawannya. Betapa kuat atau kebalnya kita di dunia ini, Allah lebih daripada segala-galanya. Kalau Allah katakan jadi, maka jadilah seperti kehendak-Nya. Intro semacam aje. Bukan apa, ada kaitan dengan cerita seterusnya. Bekas Adun Batu Talam, Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris memiliki tongkat, songkok dan azimat yang dikatakan dapat menjadikannya kebal,kalis kaca dan peluru, tapi dia mati kerana hanya ditetak dengan kapak. Mengapa boleh jadi begitu. Ketentuan Illahi. Tapi, bomoh Mohd Affandi Abdul Rahman ada jawapannya ketika disoal mengenai perkara itu di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995. Dia mengakui bahawa Mazlan yang memiliki tongkat, songkok dan azimat mempunyai kekuatan itu. Tapi, dia mati selepas lehernya ditetak oleh Juraimi Husin kerana barang-barang berkenaan tidakada padanya (Mazlan) ketika itu. Menurutnya, pada malam pembunuhan 2 Julai 1993, Mazlan hilang kekebalannya kerana tidak memegang tongkat serta tidak memakai songkok dan azimat. "Songkok, tongkat dan azimiat itu perlu dipakai bersama setiap masa untuk memastikan kesaktiannya," katanya ketika menjawab soalan balas Timbalan Pendakwaraya Zakaria Sam. Selain itu, Affandi berkata, hikmat lain barang itu ialah dapat membuatkan pemiliknya makan kaca dan menundukkan seorang. Katanya, jika tongkat itu dihalakan kepada wanita hamil sambil membacakan perkataan tertentu, kandungannya akan gugur. Menurutnya, Mazlan tahu segala hikmat tongkat, songkok dan azimat yang dikatakan dibeli dengan harga RM2.5 juta. Menjawab soalan Zakaria bahawa Mazlan tidak perlu ilmu itu kerana diabukan hendak berperang ke Somalia, Affandi menjawab: "Soal perang atau tidak itu soal orang yang memilikinya. Dia hendak pergi berperang itu hak dia. Ini kerana tongkat ini ibarat ikhtiar, bagaimana Nabi Musa menggunakan tongkat untuk membelah laut." ZAKARIA: Itu nabi. AFFANDI: Ya, tapi melalui doa. Hakim Datuk Mokhtar Sidin kemudian berkata, apa yang ada pada Nabi Musa adalah mukjizat dan bukan doa saja. Ini adalah perkara yang berbeza. Affandi juga berkata, Mazlan memerlukan tongkat, songkok dan azimat itu untuk keselamatannya dalam bidang politik. Memanglah sukar nak percaya benda macam ini. Tapi, ia memang tidak dinafikan berlaku. Kalau tidak, takkan timbul perkara macam ni. Entah betul ke tidak, hanya Allah dan tuan punya diri yang tahu. EMPAT keris yang ditemui di rumah Affandi. Bercerita pasal benda ini, ramai yang bertanya betul ke Affandi tu bomoh hebat. Kalau pandai main bomoh kenapa kena tangkap. Kenapa tak pukau aje semua orang supaya ikut cakap dia. Nak tahu apa dia cakap ketika soalan itu ditanya dalam mahkamah. Affandi berkata dia sudah tentu memukau peguambela Ikmal Hisam Idris di mahkamah jika mempunyai pengetahuan mengenai ilmu hitam itu. Menurutnya, dia tidak mengetahui ilmu pukau seperti yang dikatakan oleh peguambela Juraimi Husin itu. Katanya, kenyataan Ikmal bahawa dia (Affandi) telah memukau Juraimi sehingga tertuduh pertama tidak boleh berbuat apa-apa dan mengikut sajaarahannya, adalah tidak benar. "Saya tidak pukau Juraimi dan saya tak tahu ilmu pukau. Kalau saya ada ilmu pukau, sudah tentu Encik Ikmal saya pukau," katanya disambut gelak mereka yang berada di mahkamah, termasuk Juraimi dan Maznah Ismail atau Mona Fandey. Affandi, Mona dan Juraimi menghadapi tuduhan dengan niat bersama membunuh Datuk Mazlan Idris di rumah tak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub pada Julai 1993. Affandi juga menolak kenyataan Ikmal bahawa dia memberi air jampi kepada Juraimi sehingga tertuduh pertama hilang pendoman dan menurut saja arahannya. Menurutnya, air jampi itu diberikan kepada sesiapa saja yang belajar silat dengannya. Katanya, dia juga pada bila-bila masa tidak mempunyai rancangan untuk menganiaya Juraimi yang dianggapnya sebagai anak sendiri. Dalam keterangan lain pula. Mazlan mengakui ada menyimpan patung Cina, India dan Siam di setiap rumah yang dia tinggal kerana keunikan dan seni ukirnya. Affandi berkata patung-patung itu ditinggalkan oleh orang yang berubat dengannya. Menurutnya, pertanyaan mengenai patung itu pernah dikemukakan oleh Juraimi Husin, ketika mereka tinggal di Teluk Gong pada 1991. "Saya beritahu Juraimi, saya selalu mengubat orang. Kadangkala ada orang India, Cina dan Siam datang. "Mereka (orang yang datang berubat) mempercayai jika patung itu ada di rumah, mereka akan sakit dan tidak boleh tidur. "Mereka bawa patung itu untuk saya melihat dan menawari jika ada sesuatu yang ada pada patung itu," katanya ketika disoal peguambelanya, Ghulam Mustaffa Nadar Ali Khan. Affandi berkata, mereka meninggalkan patung itu di rumahnya dan ada yang tidak mengambilnya semula. Katanya, dia bimbang untuk membuang patung itu kerana mungkin pemiliknya mahu patung itu semula. "Saya juga beritahu Juraimi, saya tidak anggap patung itu sebagai patung. Jika patung itu dibuat daripada besi, saya anggap besi. Kalau tanah, tanahlah dan kalau kaca, kacalah. Bukan istilah patung kepada saya," katanya. Affandi juga mengakui dia mempunyai bilik memuja di setiap rumah yang mereka tinggal, tapi menurutnya, bilik itu adalah bilik untuk memuja kalimah Allah. Aku berhenti - Cukup Sampai Di sini - ikut lagu Malek Ridzuan. -------------------- ~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~ ~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~ ~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~ ~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~ |
|
|
Versi Ringkas | Masa sekarang: 27th September 2024 - 08:37 AM |