Masih ingat mona fendi |
Masih ingat mona fendi |
Apr 17 2009, 03:50 AM
Kiriman
#1
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,951 Sertai: 19-September 08 Daripada: ۞-> In Your D®EamS ۩ <-l No. Ahli: 51 |
MONA FANDEY
AKU pernah melihat wajahnya di kaca tv pada sekitar awal 1990-an. Apa yang aku tahu dia seorang penyanyi pada masa itu. Tapi yang aku pelik mengapa orang yang tak boleh menyanyi boleh bikin album. Bukan itu saja lagunya yang hingga kini aku sendiri tak boleh ingat masuk dalam Muzik Muzik Muzik terbitan TV3. Minggu pertama masuk dah terkeluar. Iras dan raut wajahnya macam 'jantan' memang aku tak boleh lupakan. Mungkin ramai lagi yang tak perasan dia sebagai penyanyi. Tiba-tiba pada 1993 - namanya meletup dan menjadi sebutan ramai. Bukan kerana lagunya menduduki carta lagu atau menang pertandingan menyanyi - tetapi dikaitkan dengan pembunuhan ngeri. Kalau sebut kes Mona Fandey dah ramai yang tahu siapa wanita ini. Nama asalnya Maznah Ismail. Dia bersama suaminya dan pembantu mereka ditahan kerana dituduh membunuh Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang antara pukul 10 malam - tengah malam 13 Julai 1993 di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang. Mona Fandey, suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka Juraimi Hussin telah dibicara dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995. Rayuan mereka kepada Lembaga Jumaah Pengampunan Negeri Pahang telah ditolak. Mereka dihukum gantung hingga mati pada 6 hingga 6:30 pagi Jumaat 2 November 2001. Aku sebut pasal Mona Fandey kerana pernah 'bersama' mereka hampir setahun. Hari-hari tengok muka mereka. Banyak kisah mereka yang ingin aku ceritakan. Mungkin dah ramai tahu dan mungkin juga ingin tahu. Nanti aku sambung cerita lagi.................. -------------------- ~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~ ~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~ ~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~ ~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~ |
|
|
Jan 25 2010, 04:47 PM
Kiriman
#2
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,951 Sertai: 19-September 08 Daripada: ۞-> In Your D®EamS ۩ <-l No. Ahli: 51 |
MONA FANDEY EPISOD 24
TENTU ada yang bertanya mengapa soal tongkat sakti dan songkok hikmat menjadi perkara penting dalam keterangan pembelaan tertuduh kedua dan ketiga kes pembunuhan Datuk Mazlan Idris. Dua barang itu dikatakan sanggup dibeli Mazlan dengan harga RM2.5 juta. Jumlah itu yang didakwa Mohd Affandi Abdul Rahman dan Maznah Ismail atau Mona Fandey hutang Mazlan kepada mereka. Itu dakwa Affandi dan Mona. Tapi berlainan pula dengan tertuduh pertama, Juraimi Husin. Dia mendakwa pasangan bomoh itu membunuh bekas Adun Batu Talam itu kerana harta, duit dan kereta. Juraimi berkata, Mona dan Affandi berniat membunuh Mazlan dan merancang pembunuhan itu sejak Jun 1993. "Mona dan Affandi ada niat membunuh Datuk Mazlan kerana harta, duit dan kereta. "Apa yang saya katakan ini bukanlah rekaan semata-mata untuk melepaskan diri daripada tuduhan membunuh Datuk Mazlan, tetapi adalah kenyataannya. "Saya tidak bohong," katanya menjawab soalan peguambela Ghulam Mustaffa Nadar Ali Khan di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995. Affandi dalam keterangannya pula menafikan tuduhan itu dan mendakwa pembunuhan itu dilakukan tanpa pengetahuan mereka oleh Juraimi seorang diri. Jadi kalau bukan kerana harta, mengapa geran tanah, wang dan kereta Mazlan bertukar tangan kepada pasangan bomoh itu. Aku tak mahu cerita panjang. kau orang baca aje keterangan Affandi. Datuk Mazlan menyerahkan geran tanahnya kepada bomoh Affandi sebagai cagaran RM2 juta iaitu baki bayaran bagi azimat, songkok dan tongkat yang dikatakan boleh menjadikan Mazlan sebagai Menteri Besar. Affandi berkata, Mazlan akan melunaskan bayaran RM2 juta itu selepas beliau berjaya dalam pemilihan bahagian Umno pada 1993. Menurutnya, Mazlan menjelaskan RM500,000 sebagai cengkeram mendapatkan azimat, tongkat dan songkok yang semuanya bernilai RM2.5 juta kepadanya di Tanjung Lumpur pada 1993. "Datuk Mazlan membawa duit itu dalam briefcase ke rumah saya di Tanjung Lumpur pada 1993. "Dia membuka briefcase itu dan kemudian menyerahkan wang RM500,000 dan saya kemudian memberinya azimat, songkok dan tongkat itu," katanya. Menurutnya, dia kemudian memberikan RM400,000 yang kebanyakannya dalam not RM1,000 kepada isterinya, ketika mereka berpindah dari Tanjung Lumpur ke Ulu Dong. Affandi juga memberitahu mahkmah, Mazlan ada memberinya surat mengenai penjualan sebahagian tanahnya di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub kepada pasangan bomoh itu. Menurutnya, dia membeli tanah itu dengan harga RM7,000, iaitu RM4,000 dibayar di Tanjung Lumpur dan RM3,000 lagi dijelaskan di Ulu Dong pada 1993. Katanya, surat itu pernah ditunjukkan kepada saudara mara Mazlan, termasuk anak saudaranya, Noraini Abdul Rahman dan Tarmizi Abdul Rahman, selepas mereka kerap kali bertanya sama ada Mazlan sudah menjual tanah itu kepada Mona dan Affandi. Dalam keterangannya, Mohd Affandi juga mengaku memalsukan tandatangan Datuk Mazlan dalam surat perjanjian jual beli tanah dan banglo milik bekas Adun Batu Talam itu di Jalan Semarak (dulu JalanGurney), Kuala Lumpur, Julai 1993. Affandi meniru tandatangan Mazlan berdasarkan sekeping surat Mazlan mengenai pembayaran RM250,000 bagi pembelian tanah dan rumah di Jalan Gurney. "Saya telah meniru tandatangan Datuk Mazlan berdasarkan surat itu dan menurunkannya dalam surat perjanjian jula beli itu," katanya. Menurutnya, urusan penyediaan surat perjanjian itu dilakukan oleh abangnya, Azmi dengan peguam Mohd Nashir Hussein dari syarikat guaman, Nashir Johal & Company. Nashir dalam keterangannya memberitahu mahkamah bahawa surat perjanjian itu bertarikh 6 Julai 1993. Menurutnya, dia juga tidak melihat Mazlan menandatangani surat perjanjian itu. Affandi ketika ditanya peguambelanya, Gulam Mustaffa Nadar Ali Khan, berkata surat Mazlan mengenai pembayaran RM250,000 itu disimpan dalam beg hitamnya. Bagaimanapun, surat itu tidak ada dikemukakan di mahkama -------------------- ~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~ ~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~ ~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~ ~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~ |
|
|
Versi Ringkas | Masa sekarang: 26th September 2024 - 05:52 PM |