Masih ingat mona fendi |
Masih ingat mona fendi |
Apr 17 2009, 03:50 AM
Kiriman
#1
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,951 Sertai: 19-September 08 Daripada: ۞-> In Your D®EamS ۩ <-l No. Ahli: 51 |
MONA FANDEY
AKU pernah melihat wajahnya di kaca tv pada sekitar awal 1990-an. Apa yang aku tahu dia seorang penyanyi pada masa itu. Tapi yang aku pelik mengapa orang yang tak boleh menyanyi boleh bikin album. Bukan itu saja lagunya yang hingga kini aku sendiri tak boleh ingat masuk dalam Muzik Muzik Muzik terbitan TV3. Minggu pertama masuk dah terkeluar. Iras dan raut wajahnya macam 'jantan' memang aku tak boleh lupakan. Mungkin ramai lagi yang tak perasan dia sebagai penyanyi. Tiba-tiba pada 1993 - namanya meletup dan menjadi sebutan ramai. Bukan kerana lagunya menduduki carta lagu atau menang pertandingan menyanyi - tetapi dikaitkan dengan pembunuhan ngeri. Kalau sebut kes Mona Fandey dah ramai yang tahu siapa wanita ini. Nama asalnya Maznah Ismail. Dia bersama suaminya dan pembantu mereka ditahan kerana dituduh membunuh Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang antara pukul 10 malam - tengah malam 13 Julai 1993 di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang. Mona Fandey, suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka Juraimi Hussin telah dibicara dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995. Rayuan mereka kepada Lembaga Jumaah Pengampunan Negeri Pahang telah ditolak. Mereka dihukum gantung hingga mati pada 6 hingga 6:30 pagi Jumaat 2 November 2001. Aku sebut pasal Mona Fandey kerana pernah 'bersama' mereka hampir setahun. Hari-hari tengok muka mereka. Banyak kisah mereka yang ingin aku ceritakan. Mungkin dah ramai tahu dan mungkin juga ingin tahu. Nanti aku sambung cerita lagi.................. -------------------- ~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~ ~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~ ~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~ ~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~ |
|
|
Jan 25 2010, 04:52 PM
Kiriman
#2
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,951 Sertai: 19-September 08 Daripada: ۞-> In Your D®EamS ۩ <-l No. Ahli: 51 |
MONA FANDEY EPISOD 25
KITA telah mendengar keterangan pembelaan diri tertuduh pertama, Juraimi Husin dan tertuduh kedua, Mohd Affandi Abdul Rahman dalam perbicaran kes bunuh Datuk Mazlan Idris di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1994. Juraimi sudah mengaku menetak leher Datuk Mazlan dengan kapak yang menyebabkan kematian bekas Adun Batu Talam itu. Affandi pula memberitahu mahkamah Juraimi melakukan perbuatan itu sendiri tanpa arahannya. Dia dan isterinya, Maznah Ismail atau Mona Fandey tidak merancang atau terbabit dalam pembunuhan Datuk Mazlan. Bagaimana dengan Maznah Ismail atau Mona Fandey? Mengikut rakaman percakapan beramarannya dia mengaku terbabit dalam pembunuhan Datuk Mazlan. Rakaman percakapan beramaran itu diterima masuk sebagai barang kes pada 21 November 1994. Timbalan Pendakwaraya, Zakaria Sam, berkata bukan Juraimi Husin saja terbabit dalam pembunuhan Mazlan di rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong, pada malam 2 Julai 1993, malah Mona juga terbabit. "Mona juga terbabit dalam pembunuhan itu melalui pengakuannya dalam rakaman percakapannya. "Itulah yang saya katakan ada rancangan bersama untuk melakukan pembunuhan Datuk Mazlan pada malam itu," katanya. Apakah keterangan pembelaan Mona atas tuduhan itu. Berbeza dengan Juraimi dan Affandi, Mona memilih untuk memberi kenyataan dari kandang orang kena tuduh tanpa boleh dicabar oleh sesiapa di Mahkamah Tinggi Temerloh pada awal 1995. Kes ini berlarutan hingga 1995. Mona memilih untuk memberi kenyataan dalam kandang orang kena tuduh selepas jurubahasa mahkamah membacakan tiga pilihan untuk membuat pembelaan kepadanya. Mona berdiri di kandang tertuduh untuk memberi kenyataan. HAKIM: Nama. MONA: Nama saya Maznah Ismail atau Tengku Rohani Tengku Abdullah dan satu lagi Mona Fandey. GULAM: Cakap kuat-kuat sikit kerana hakim hendak mencatat. MONA: Selamat berbahagia kepada juri-juri, Timbalan Pendawaraya. Saya tertuduh ketiga, Mona atau Mona Fandey dan suami saya, Encik Affandi (Mohd Affandi Abdul Rahman), tertuduh ketiga. HAKIM: Apa ceritanya. MONA: Saya dan suami saya tidak merancang dan tidak langsung berniat atau apa-apa sekalipun mengakibatkan Datuk Mazlan (Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris) dibunuh. Saya dan suami saya, hidup mewah, apa dikatakan dalam rumah tangga bahagia, yang mana saya dan suami saya bagaikan orang politik yang sanggup bersusah payah, tanpa pentingkan puji dan puja. Saya katakan dalam politik kami suami isteri, bertanggungjawab sebagai warga negara Malaysia. Kami sedia membantu negara. Apa dikatakan rukun dan damai dalam masyarakat berbilang kaum, tak kira warna kulit atau bangsa. Itulah perjuangan saya dan suami saya, hingga titisan terakhir sekalipun, penuh jiwa dan semangat. MONA: Bacakan semula Yang Arif (Hakim Datuk Mokhtar Sidin kemudian membacakan peranggan terakhir kenyataan Mona). MONA: Di mana-mana saya dan suami saya hidup, kami membantu dan apa juga sekalipun terpaksa bersusah payah siang dan malam, seperti yang suami saya terangkan (dalam mahkamah). Yang mana kami duduk di Taman Sri Andalas, Klang dan buat gelanggang silat serta kumpul anak-anak muda untuk kebaikan kepada negara. Semasa saya tinggal di Sri Andalas bersama suami dan anak saya, kami membuka satu cawangan baru Umno di Jalan Kebun Kelapa, Klang iaitu Umno cawangan Kebun Kelapa. Sebelum itu belum wujud lagi, Allamdulliah telah berjaya. Selepas itu datang Ketua Pemuda, Sanip namanya di Kampung Teluk Gong suruh kami pindah ke Teluk Gong seperti mana apa yang dicakapkan oleh Encik Affandi, begitulah seterusnya. Saya berpindah ke Teluk Gong dan duduk di Kampung Perajurit. Mula-mula sekali kami buka gelanggang di situlah kami kenal dengan Juraimi Husin (Mona beberapa kali menyebut Juraimi sebagai Julaimi). Saya katakan Yang Arif, di mana-mana anak murid seperti suami saya kata, tiada pilih kasih semua adalah sama, tiada anak emas atau anak perak. Pada malam itulah saya kenal Juriami yang mana dia panggil suami saya bapak dan saya ini ibu. GULAM: Cakap perlahan-perlahan, tunggu Yang Arif habis catat baru sambung. MONA: Ya, Yang Arif, saya anggap semua yang panggil saya ibu adalah seperti anak saya, saya ikhlas, tak tahulah anak itu anggap saya sebaliknya. Selepas Kampung Perajurit, kami pindah ke Kampung Nelayan. Bagaimana suami saya terangkan itu adalah benar. Juriami bukan duduk dengan kita orang, dia pergi balik, pergi balik ke rumahnya, seperti guru dan anak murid, semua orang datang. Saya ada seorang anak perempuan bernama Mazdiana Affendy binti Mohd Affandi. Anak saya memang susah nak sayang orang atau dengan sesiapa anak murid saya, kerana saya sebagai seorang ibu mendidik dia dengan penuh tanggungjawab. Anak saya menghormati sesiapa sekadar senyuman dan tegur, tapi dia tidak mahu dekat walaupun dengan saudara kami, abang dia, dia tetap dengan saya dan suami saya. Saya juga hairan mengapa anak saya suka kepada Juriami. Yang buat saya hairan, bila dia tidur selalu sebut nama Juriami, tapi sebagai ibu yang menyayangi anak, kata orang kalau dah suka, terpaksa ikut kemahuan anak saya. Anak saya memang boleh dikatakan kanak-kanak nakal, masa itu umurnya enam tahun, kalau tidak silap, enam tahun lebih, belum sekolah. Anak saya sudah biasa hidup mewah, shopping pilih tempat, tapi sejak kenal dengan Gondrong (Juraimi) ais krim tepi jalan pun dia makan. Saya hairan anak saya, suka naik motor, tak pernah dalam hidup dia, baik bapak, mahu pun saya sendiri naik motor. Motor tu pulak dengan lampu tak ada. HAKIM: Motor mana? MONA: Motor dia (Juraimi), motor di tempat Juraimi tinggal. MONA: Lesen pun tak ada, nombor plat pun tak ada. Bukan saya pandang hina, tidak sekali-kali mahu menjatuhkan anak angkat saya. Itu adalah kenyataan benar. Sepatutnya dia (Juriami) kena fikir, macam Juraimi, apakah itu tidak menyusahkan budak itu yang masih kecil dan tidak ingat kepada ibu bapa dia. Saya sendiri dan suami saya, sudah tentu bimbang dan risau, yang mana saya sendiri tidak tahu bagaimana Juraimi layan anak saya, maklumlah keadaan kanak-kanak. Itulah kanak-kanak menyusahkan kita orang tua dan sebagainya. Juraimi juga tahu, Mazdiana adalah buah hati pengarang jiwa saya kerana dia yang bongsu. Saya anggap anak saya seperti pelita hidup saya. (Jam dinding mahkamah menunjukkan jam 10.55, air mata Mona bercucuran ketika menceritakan kisah anaknya itu). Ya sebagai ibu, Yang Arif dan sebagai bapak, dapat fahami perasaan seorang ibu. (sambil mengesat air matanya dengan sapu tangan). Bagaimanapun, saya tetap tersenyum menerima apa yang terjadi kepada anak saya. Saya tetap terima apa yang terjadi pada saya. Anak saya tidak pernah cakap bohong ketika dengan saya. Kalau pergi shopping, saya dan bapaknya, bayar duit. Tapi bila rapat dengan Gondrong, dia sanggup curi duit beri kepada Gondrong. Cuba Yang Arif fikir, budak itu bodoh, enam tahun, tiap-tiap hari nak ke kedai, tak kira malam. Yang Gondrong pun tak boleh fikir ke, kalau tak siang, malam, walaupun kedai itu tak jauh, dalam kampung. Begitulah, anak saya sikapnya telah berubah. Oleh kerana itu, di situlah Gondrong mengikut saya pergi dengan alasan untuk menuntut konon. Selepas itu saya pindah di PJ (Petaling Jaya) di situlah Gondong tinggal di rumah saya dan Affandi. Dia juga selalu menelefon, Encik Affandi selalu bekerja, kadang-kadang nak cakap dengan suami saya pun susah. Encik Affandi seperti apa yang kita tengok dalam mahkamah, dia cakap lemah lembut, dia tak banyak cakap. Sepatah cakap, kata orang kalau tanya itu, itulah jawabnya. Saya dah kahwin dengan dia 10, 11 tahun. Suami saya, semasa di PJ, seperti apa yang suami saya terangkan di mahkamah adalah benar, kami ada RM400,000. Kami sentiasa ada RM200,000 hingga RM300,000, hanya orang mewah saja yang tahu (kehidupan kami). Suami saya rajin bekerja seperti bomoh, masuk susuk dan (jual) azimat seperti yang diterangkan di mahkamah. Saya dan suami saya suka pergi hotel besar seperti Shangri-La, Merlin (sekarang Concorde) dan Park Royal, Kuala Lumpur. Walaupun kami ada rumah di mana-mana kami tinggal di KL, kami tidak balik ke rumah, duduk di hotel bila-bila suka. Kami cakap dengan orang yang berjaya, macam kami yang banyak duit. Seperti suami saya katakan, kami memiliki kereta mewah seperti Jaguar (bernombor pendaftaran) BCP 98 warna kelabu milik saya, Mercedes Benz 280 WBL 2556 berwarna hijau, Trooper WBN 900 warna biru, BMW 5 siri dan 3 siri serta Station Wagon dan banyak kereta lagi. Saya tidak hairan siapa nak pinjam, siapa nak pakai, macam Lawyer Latiff (saksi pendakwa ke-33 Abdul Latiff Ahmad) yang kata hendak pinjam BMW tiga siri saya. Kata nak pinjam sehari, tapi sampai sebulan hingga putus coil. Coil BMW bukannya murah, tapi saya tiak kisah, boleh beli baru. Walaupun yang pakai itu saudara saya, yang beli adalah suami saya. Dia tidak boleh ceduk saya, saya bukan nak buruk-burukkan saudara sendiri. Saya maksudkan Lawyer Latiff yang beri keterangan dalam mahkamah. Suami saya Encik Affandi murah hati, tak kisah duit ringgit. Begitu juga dengan kawan, rakannya, tapi saya selalu jaga suami saya. Kalau ada orang nak ajak Encik Affandi keluar, bukan saya tak beri. Saya beri, tapi tengok tengok keadaan, kalau sakit, demam, kematian jemput ke majlis politik ke. Itupun saya pergi sama. Di sinilah dikatakan Encik Affandi berlagak, dikatakan sombong. Di sini saya katakan, ada yang kenal dia dan lebih faham dan kenal dia (Affandi). Siapa tak kenal Encik Affandi, good couple in the town (pasangan bahagia), kami hidup begitulah. Yang Arif, saya katakan apa-apa juga keterangan suami saya dari mula hingga hari ini (di mahkamah) benar belaka. Pada 2 Julai 1993, hari itu adalah hari Jumaat, anak saya sekolah. YB (Yang Berhormat) Datuk Mazlan datang menjemput dan ambil Encik Affandi ke KL. Pergi meeting (mesyuarat), buat kerja-kerja politik dan sebagainya. Yang Berhormat Datuk dan suami saya, apabila habis meeting suruh saya siap. Datuk kata, nanti balik ambil kakak (Mona) pergi KL, nak pergi rumah (Menteri Pertahanan) Datuk Seri Najib (Tun Abdul Razak). Sebelah pagi, saya menunggu kepulangan suami saya dan Datuk. Mereka balik ke rumah saya (di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub) pada jam 11 malam. Sampai di rumah, Juraimi buka pintu gate (pagar). Datuk parking (letak) kereta di rumah yang belum siap lagi. Saya menunggu ketibaan suami dan Datuk di muka pintu. Saya bertanya Datuk, awat lambat balik, macam mana meeting. Datuk jawab, dah selesai, dah beres. Mereka pun masuk dan terus duduk. Saya tanya lagi, jadi ke KL kita ni. Jadi, kata Datuk. Datuk dan suami saya duduk dan sembang-sembang. Dalam sembang-sembang, Datuk kata, mengapa saya rasa lemah lemah semangat. Saya rasa nak mandilah abang haji (Affandi). Selepas itu kata suami saya kepada Datuk, ada bawa kain. Biasanya bawa, Datuk kata lagi. Abang haji, tolong perasap tongkat, songkok dan azimat ni, kata Datuk. Yalah, kata suami saya. Suami saya kata, kepada saya, yang pergi ambil bunga orkid. Suami saya panggil saya, sayang, yang. Datuk keluar dari kereta dan saya besama Datuk masuk ke rumah. Tempat saya ambil orkid dekat dengan tempat Datuk letak kereta, pasal pokok itu banyak dekat rumah saya. Datuk masuk dan serahkan tongkat, songkok dan azimat itu kepada Affandi untuk diperasapkan. Datuk juga bawa briefcasenya sekali. Kemudian Affandi suruh saya masuk dalam bilik dengan Datuk. Datuk membuka jamnya dan beri kepada saya. Pakailah, kata Datuk. Saya gelak, pasal tangan saya kecil (sambil menunjukkan pergelangan tangannya dan tergelak kecil). Gondrong pun ada pada masa itu, keluar masuk dari dapur. Datuk kemudian buka baju, pistol dia cabut keluar dan letak di depannya. Atas carpet (permaidani). Baju Datuk warna putih, lengan pendek dan Datuk kemudian tukar kain. Saya keluar (dari bilik) dan serahkan tongkat, songkok dan azimat kepada Datuk. Kemudian Datuk ambil dan letakkan atas organ. Datuk kemudian ambil pistol dan azimat, masukkan dalam briefcase dan tutup. Datuk kemudian ambil songkok dan tongkat atas organ dan letakkan pula atas briefcase itu. Macam ini Yang Arif. (Mona mengambil sapu tangan yang digunakan mengesat air matanya tadi dan diletakkan di atas pagar kandang tertuduh. Dia kemudian membuka sapu tangan itu, seolah-olah Mazlan membuka briefcase dan tutup semula. (Kemudian Mona menunjukkan tongkat dan songkok yang diletakkan oleh Mazlan di atas briefcasenya, di atas sapu tangan itu.) Ketika itu anak saya tidur. Suami saya kemudian suruh Juraimi ambil besen. Kami bertiga ada menunggu dalam bilik, tempat kejadian. HAKIM: Kami bertiga itu siapa? MONA: Saya, suami saya dan Datuk Mazlan. MONA: Juraimi kemudian membawa masuk besen yang mana barang-barang seperti sintuk, bunga orkid, keris, kapak biasa dan parang diletakkan dalam besen itu. Selepas itu Datuk Mazlan tidur mengiring, saya memasang lilin 21 batang, apabila telah siap lilin dipasang, suami saya tutup lampu. Habis itu, suami saya suruh saya jirus kepala Datuk. Kali pertama jirusan, suami saya kata, Rong ambil air, buang. Ketika itu suami saya tunduk dan saya pun tunduk. Gondrong ambil besen dan buang air. Barang-barang seperti keris, kapak dan parang tidak buang, suami saya keluarkan dulu, air saja dibuang. MONA: Yang Arif baca balik. MONA: Selepas itu Datuk tidur melentang semula. Encik Affandi menguap-guap muka Datuk (sambil menggayakan dengan tangan, cara Affandi meratakan air ke muka Mazlan), sambil mukanya tunduk sikit. Pintu keluar masuk bilik itu terbuka. Maaf tadi terlupa nak cakap. Selepas itu, dengan tibatiba ada satu bunyi, macam rupp. Benda apa, saya tak pasti. Tiba-tiba kapak besar itu, dengan cepat dan laju ke halkum Datuk dua kali. Tetakan pertama, percikan darahnya terkena baju saya sebelah kanan. Saya tengok gigi Juraimi terkancing. Begini Yang Arif, begini. (Mona menunjukkan cara gigi Juraimi terkancing dengan badannya ke belakang). Juraimi macam orang hilang pedoman. Matanya macam ini (sambil membeliakkan matanya dan gigi diketap rapat. Aksi Mona ini menyebabkan mereka yang berada di mahkamah ketawa). Nak kata dia gila, tidak gila. Suami saya terundur ke belakang. Saya tergamam. Saya terketar-ketar, maklumlah saya orang perempuan. Suami saya tanya kepada Jurami, awat jadi jadi macam ini. Macam mana jadi macam ini. Orang macam ini biar mampus, kata Juraimi. Selepas itu, saya dengar suara anak saya menangis dan panggil saya, mama, mama. Juraim kata kepada saya, ibu, bapak bawa adik lari ke mana-mana. Biar Rong yang tanggung. Saya dan Encik Affandi keluar (dari bilik tempat kejadian) dan Juraimi tutup pintu. Sebenarnya saya hendak ambil terus anak saya, tetapi memandangkan baju saya terkena darah, saya takut anak saya nampak, saya tanggalkan dan biarkan atas lantai. Kelam kabut malam itu, Tuhan saja mengetahuinya. Saya cakap benar, demi Allah, jika saya cakap tak benar, saya terkeluar dari umat Nabi Muhammad. (Mona berhenti seketika, air matanya mula mengalir dan dia mengesatnya dengan sapu tangan. Tiba-tiba Mona bersuara tinggi dan memandang ke arah tempat duduk peguambela Juraimi, Karam Singh Bhal dan Ikmal Hisam Idris di depan tempatnya memberi kenyataan). MONA: Jangan ada yang cakap saya tak cakap benar. Apa hek, hek, hek (dirujuk kepada bunyi menyindir). Macam tak percaya saya cakap. Encik Ikmal pun sama, terhegeh-hegeh apa cakap macam itu. Saya cakap betul, saya sedih. (Peguambelanya, Gulam Mustaffa Nadar Ali Khan kemudian menghampiri Mona dan menenangkannya). MONA: Begitulah, kelam kabutnya kami pada malam itu. Encik Affandi tidak salin (pakaian). Mana-mana yang boleh ambil masa itu kami ambil, briefcase dia (Affandi). Kami masuk ke kereta Datuk. Sebelum keluar, kami terdengar bunyi dari jauh, sayup sayup, tup, tup, tup. Tak tahulah apa dia (Juraimi) buat, ketuk bantal ke? Saya tak tahulah. Kami masuk ke kereta, tak toleh kiri kanan dan terus ke Hotel Plaza (Kuala Lumpur). Tak cakap apapun, ketakutan. HAKIM: Puan Mona, kita berhenti di Hotel Plaza dan sambung semula Isnin ini. Perbicaraan berhenti tepat jam 11.50 pagi dan akan disambung. -------------------- ~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~ ~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~ ~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~ ~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~ |
|
|
Versi Ringkas | Masa sekarang: 27th September 2024 - 11:48 AM |