Masih ingat mona fendi |
Masih ingat mona fendi |
Apr 17 2009, 03:50 AM
Kiriman
#1
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,951 Sertai: 19-September 08 Daripada: ۞-> In Your DŽEamS ۩ <-l No. Ahli: 51 |
MONA FANDEY
AKU pernah melihat wajahnya di kaca tv pada sekitar awal 1990-an. Apa yang aku tahu dia seorang penyanyi pada masa itu. Tapi yang aku pelik mengapa orang yang tak boleh menyanyi boleh bikin album. Bukan itu saja lagunya yang hingga kini aku sendiri tak boleh ingat masuk dalam Muzik Muzik Muzik terbitan TV3. Minggu pertama masuk dah terkeluar. Iras dan raut wajahnya macam 'jantan' memang aku tak boleh lupakan. Mungkin ramai lagi yang tak perasan dia sebagai penyanyi. Tiba-tiba pada 1993 - namanya meletup dan menjadi sebutan ramai. Bukan kerana lagunya menduduki carta lagu atau menang pertandingan menyanyi - tetapi dikaitkan dengan pembunuhan ngeri. Kalau sebut kes Mona Fandey dah ramai yang tahu siapa wanita ini. Nama asalnya Maznah Ismail. Dia bersama suaminya dan pembantu mereka ditahan kerana dituduh membunuh Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang antara pukul 10 malam - tengah malam 13 Julai 1993 di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang. Mona Fandey, suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka Juraimi Hussin telah dibicara dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995. Rayuan mereka kepada Lembaga Jumaah Pengampunan Negeri Pahang telah ditolak. Mereka dihukum gantung hingga mati pada 6 hingga 6:30 pagi Jumaat 2 November 2001. Aku sebut pasal Mona Fandey kerana pernah 'bersama' mereka hampir setahun. Hari-hari tengok muka mereka. Banyak kisah mereka yang ingin aku ceritakan. Mungkin dah ramai tahu dan mungkin juga ingin tahu. Nanti aku sambung cerita lagi.................. -------------------- ~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~ ~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~ ~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~ ~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~ |
|
|
Jan 25 2010, 04:56 PM
Kiriman
#2
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,951 Sertai: 19-September 08 Daripada: ۞-> In Your DŽEamS ۩ <-l No. Ahli: 51 |
MONA FANDEY EPISOD 26
MAZNAH Ismail atau Mona Fandey memilih untuk memberi kenyataan dari kandang orang kena tuduh tanpa boleh dicabar oleh sesiapa di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995. Dalam keterangannya sebelum ini, Mona berkata dia dan suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman kelam kabut pada malam pembunuhan Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris, 2 Julai 1993. Menurutnya, mereka masuk ke kereta Mazlan bernombor pendaftaran CAA 5115 dan terus ke Hotel Plaza, Kuala Lumpur Mona meneruskan kenyataannya. MONA: Sampai di Hotel Plaza, kami telefon abang Ku Yahya (Tengku Yahya Tengku Abdullah). Seperti mana suami saya (Mohd Affandi Abdul Rahman) telah terangkan (di mahkamah), dari Hotel Plaza kami ke Pudu pada keesokannya. Selepas ke Pudu kami ke Melaka, seperti mana suami saya terangkan. Selepas itu kami bawa kereta (Mercedes Benz) MU 280 dari Melaka ke Park Royal. Selepas itu, kereta itu dibawa repair (baiki), tukar tayar baru, dibersihkan. Kami berada di Park Royal seperti mana suami saya terangkan di mahkamah ini. Selepas itu, Tengku Yahya datang ke Park Royal. Seperti yang suami saya katakan memang niat nak cerita, tak jadi nak cerita. Selepas itu saya bersama abang dan anak saya (Mazdiana Affendy) pergi shopping (membeli-belah) di Lot 10 (Kuala Lumpur). Selepas itu saya pun balik (ke hotel). Seperti mana suami saya terangkan pada 8 hari bulan (8 Julai 1993) kami ke (Kampng Peruas), Ulu Dong ambil surat beranak, surat nikah dan surat peribadi saya. Kami balik sekejap, lebih kurang 20 minit. Kami dengan Tengku Yahya, semua. Di Park Royal ke Hospital Tung Shin. Selepas itu kami sewa di SUJ, USJ yang suami saya sebutkan. Sewa sebuah rumah. Pada 20 dan 21 Julai 1993, saya ditangkap di rumah saudara saya, Tuan Ibrahim, Komando Bukit Aman. Saya, suami saya, anak saya Mazdiana Affendy, bekas Mejar Azmi, abang ipar saya. Di mana suami saya telah terangkan di mahkamah ini. Kami dibawa ke Balai Polis Jalan Hang Tuah (Kuala Lumpur) pada 21, 22 (Julai 1993). Di situ seperti mana suami saya terangkan kami berpisah. Pada malam itu, saya dibawa balik ke rumah saya (di USJ, Subang Jaya) merampas segala barang saya. Saya cakap pada Tuan Mahpop beg itu banyak barang penting. Tuan Mahpop dan anggota lain membawa dua lori tayar besar. Saya dibawa ke rumah saya, mula-mula saya tak tahu tujuan dibawa saya ke situ. Saya tidak tahu tujuan dibawa saya ke situ. Polis arahkan saya duduk diam, suruh tengok-tengok saja, jangan cakap-cakap. Saya kata, Tuan kalau nak ambil beg itu pergilah beritahu suami saya, tangkap sama-sama kerana beg ini suami saya punya. Malam itu dia ambil semua barang-barang, langsir, walau apapun. Saya pun ada melawak, kenapa tak kopak simen dan bubuh dalam lori. Dia orang diam aje. Selepas itu saya pergi ke Bukit Aman, baru jumpa suami saya dan anak saya, Mazdiana. Saya dibawa ke (Balai Polis) Jalan Travers (Kuala Lumpur) pada 23 Julai 1993. Saya memberi caution statement (percakapan beramaran) kepada Idros Ayob, ASP (Penolong Penguasa) pada jam 4.15 petang. Empat suku, empat lima belas minit, serupakan. Pada 24 Julai 1993, saya diambil lagi oleh orang yang sama. Saya katakan Yang Arif, pada 13 Ogos 1993, saya tak bagi caution statement kepada Tuan Takbir (Timbalan Penguasa Takbir Ahmad Nazir Mohd). Pada 13 dan 14 Ogos 1993 saya tidak memberi apa-apa percakapan, walau apa juga. Hanya saya hendak mengadu pada Tuan Takbir. Saya mengadu bagai bapak dan anak. Saya mengadu, jangan seksa saya dalam bilik gelap, bilik itu kecil, tak ada tingkap, tak ada masuk angin, torture (dera) saya, jika tidak silap ingatan saya dari 25, 26, 27, 28, 29, 30 (Julai 1993) sampai 10 Ogos (1993). Tak tahu berapa lama, Yang Arif, tapi dia tak kesian dengan saya. Makan tak tentu arah, tidur di (Balai Polis) Jalan Travers. Dengan sakit saya, saya berkali-kali cakap dan saya dibawa ke Bukit Aman setiap hari. Tiada off, penat macam mana, merangkak pun pergi. Saya tak minta simpati dari tuan-tuan. Saya katakan Tuan Takbir menganiaya saya. Takkanlah saya nak sua leher saya ke tali gantung. Saya tidak beri apa-apa pun percakapan kepada Takbir. Ini libatkan semua tiga ekor. (Mona, Affandi dan Juraimi Husin). Mentang-mentang dia ada besi atas bahu (pangkat). Dia tidak ingat kita ini manusia, akan mati. Tiada orang tongkat langit, Yang Arif. Ada suatu ketika, saya tidak ingat hari bulan dan jam. Tuan Takbir ambil kayu tiga kaki setengah. Tuan Takbir ambil kayu itu dan tunjukkan kepada saya dan kata aku tahu kau dan laki kau bunuh Mazlan. Dia tengking saya, sampai saya terketar-ketar. Adakah dia tahu kesopanan dan kesusilaan apa dikatakan Rukun Negara tadi. Saya kata, sebagai OKT seperti saya sudah tentulah Orang Kena Tuduh, OKT, sama ada salah atau tidak itu bukan hak dia. Saya kata inilah tempatnya (mahkamah), saya bercakap benar. Saya rujuk keterangan saya, yang mana kata-kata kotor yang dilemparkan atas muka saya. Saya rasa tak payah sebut, masa saya angkat sumpah... Yang Arif. Affandi mana..., dia kata saya macam itu. Hoi Mona, berapa banyak Menteri dan VIP dah kau...Dengarkah? Saya terdiam, jangan cakap tengking-tengking dengan saya. (Kali ini Mona dapat mengawal perasaannya daripada menitiskan air mata, ketika sesi perbicaraan dalam perbicaraan Mona menangis). Dalam bilik itu, ada empat lelaki dan hanya seorang saja perempuan, perempuan pun perempuan polis juga, termasuk Tuan Takbir, enam orang semuanya. (Mona berhenti seketika. Dia kemudian membuka cekak rambutnya berwarna hitam, kemudian menyisih rambut di bahagian hadapan kepalanya. Kemudian dia membongkokkan kepalanya sambil menunjukkan parut di bahagian itu). Inilah masa saya sakit, ketua juri boleh tengok, dicucuk macam kuih. Dah setahun maklumlah, tinggal parut. Yang Arif sesungguhnya seikhlas hati saya memberi keterangan ini. Saya mengakhiri saya tidak langsung rancang atau pakat apa-apa sekalipun. Oleh kerana gara-gara Juraimi, terima kasih. Mona bukan saksi pembela, dia hanya memberi keterangan. Jadi tiada soalan balas untuknya Selepas itu, pendakwa serta penguambela tertuduh membuat penggulungan kes. Tamat penggulungan kes - tujuh juri bersidang untuk memutuskan sama ada Juraimi, Affandi dan Mona didapati bwesalah atau tidak membunuh Datuk Mazlan. -------------------- ~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~ ~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~ ~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~ ~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~ |
|
|
Versi Ringkas | Masa sekarang: 26th September 2024 - 07:17 PM |