Masih ingat mona fendi |
Masih ingat mona fendi |
Apr 17 2009, 03:50 AM
Kiriman
#1
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,951 Sertai: 19-September 08 Daripada: ۞-> In Your D®EamS ۩ <-l No. Ahli: 51 |
MONA FANDEY
AKU pernah melihat wajahnya di kaca tv pada sekitar awal 1990-an. Apa yang aku tahu dia seorang penyanyi pada masa itu. Tapi yang aku pelik mengapa orang yang tak boleh menyanyi boleh bikin album. Bukan itu saja lagunya yang hingga kini aku sendiri tak boleh ingat masuk dalam Muzik Muzik Muzik terbitan TV3. Minggu pertama masuk dah terkeluar. Iras dan raut wajahnya macam 'jantan' memang aku tak boleh lupakan. Mungkin ramai lagi yang tak perasan dia sebagai penyanyi. Tiba-tiba pada 1993 - namanya meletup dan menjadi sebutan ramai. Bukan kerana lagunya menduduki carta lagu atau menang pertandingan menyanyi - tetapi dikaitkan dengan pembunuhan ngeri. Kalau sebut kes Mona Fandey dah ramai yang tahu siapa wanita ini. Nama asalnya Maznah Ismail. Dia bersama suaminya dan pembantu mereka ditahan kerana dituduh membunuh Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang antara pukul 10 malam - tengah malam 13 Julai 1993 di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang. Mona Fandey, suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka Juraimi Hussin telah dibicara dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995. Rayuan mereka kepada Lembaga Jumaah Pengampunan Negeri Pahang telah ditolak. Mereka dihukum gantung hingga mati pada 6 hingga 6:30 pagi Jumaat 2 November 2001. Aku sebut pasal Mona Fandey kerana pernah 'bersama' mereka hampir setahun. Hari-hari tengok muka mereka. Banyak kisah mereka yang ingin aku ceritakan. Mungkin dah ramai tahu dan mungkin juga ingin tahu. Nanti aku sambung cerita lagi.................. -------------------- ~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~ ~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~ ~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~ ~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~ |
|
|
Jan 25 2010, 05:03 PM
Kiriman
#2
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,951 Sertai: 19-September 08 Daripada: ۞-> In Your D®EamS ۩ <-l No. Ahli: 51 |
MONA FANDEY EPISOD 27
AKU dah bawakan keterangan saksi dan ketiga-tiga kes bunuh Datuk Mazlan idris di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1994 dan 1995. Perbicaran yang pada awalnya boleh diselesaikan dua bulan berlarutan sampai enam bulan. Kali ini aku bawakan dulu hujah penggulungan peguambela tertuduh pertama, Juraimi Husin. Bekas Adun Batu Talam, Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris, menjadi korban pembunuhan untuk ilmu hitam berdasarkan kematiannya yang luar biasa. Peguambela Karam Singh Bhal berkata, saksi pendakwa kelapan , Perunding Kanan Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Abdul Rahman Yusof telah memberi keterangan terperinci bagaimana jasad Mazlan dipotong 18 bahagian. "Selepas meneliti cara jasad itu ditemui serta keadaan potongan bahagian itu, satu manifestasi menarik timbul, di mana kematiannya adalah satu pembunuhan untuk korban ilmu hitam, orang bomoh. "Di sini, kami hendak menyoal siapakah bomoh dalam kejadian itu? "Tertuduh kedua (Mohd Affandi Abdul Rahman) mengaku dia dan isterinya (Maznah Ismail atau Mona Fandey) adalah bomoh, sedangkan Juraimi tidak mengaku dia seorang bomoh," katanya. Katanya, pembunuhan Mazlan di rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong dipercayai berlaku tengah malam menjelang 3 Julai 1993. "Ini bermakna pembunuhan itu berlaku sekitar tengah malam, masa sesuai untuk membuat korban bagi syaitan mengikut cerita dongeng, misteri dan kebanyakan kitab suci," katanya. Seorang peguambela Juraimi, Ikmal Hisam Idris pula berhujah, tiga tetakan pada tulang keempat dengan potongan bersih dan licin; luka hirisan bersih; daging dicerai daripada tulang, abdomen dihiris serta zakar hilang, bukanlah perbuatan yang datang sendiri daripada Juraimi. Menurutnya, perkara itu dilakukan untuk pembomohan, yang datang sendiri daripada Juraimi. Menurutnya, perkara itu dilakukan untuk pembomohan, yang mana Affandi dan Mona sendiri mengaku mereka adalah bomoh. "Jika Juraimi berniat membunuh Mazlan kerana dendam seperti yang dicadangkan oleh Gulam (Mustaffa Nadar Ali Khan), adalah tidak munasabah Juraimi melakukan ini semua, cukup dengan memenggal kepala Mazlan," katanya. Ikmal Hisam berkata, perbuatan seperti ini tidak akan datang daripada Juraimi sendiri kecuali fikiran tertuduh pertama tidak stabi. Ikmal Hisham dan Karam singh juga berhujah pembunuhan Datuk Mazlan mempunyai kaitan dengan niat untuk membolot harta dan wang ringgit bekas Adun Batu Talam itu. Menurut mereka, Juraimi Husin tidak mempunyai sebarang niat atau motif untuk membunuh Mazlan. Malah, kata mereka, tertuduh pertama tidak mendapat sebarang imbuhan lumayan daripada tindakannya membunuh Mazlan pada malam 2 Julai 1993. Ikmal Hisham berkata, keterangan saksi menunjukkan, Juraimi tidak terbabit dalam sebarang kegiatan yang dilakukan oleh tertuduh kedua, Mohd Affandi Abdul Rahman dan Maznah Ismail atau Mona Fandey. Katanya, Juraimi tidak terbabit dalam penubuhan syarikat Diana Dignity Sdn Bhd, pembelian barang kemas, perabot dan perkakas elektrik serta rancangan menukar milik tanah dan kereta Mazlan yang membabitkan pasangan itu. "Semua ini dilakukan tanpa kehadiran atau pengetahuan tertuduh pertama," katanya. Karam pula berkata, Juraimi tidak mendapat apa-apa ganjaran daripada pembunuhan yang dirancang oleh Affandi dan Mona. Menurutnya, tertuduh ketiga hanya diberi RM1,680, termasuk RM1,000 untuk makanan itik selepas malam pembunuhan. "Di sini terbukti, Juraimi tidak mempunyai sebarang motif atau niat untuk membunuh Mazlan," katanya Baca hujah penuh dalam siri ke-28. -------------------- ~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~ ~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~ ~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~ ~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~ |
|
|
Versi Ringkas | Masa sekarang: 26th September 2024 - 09:30 PM |