Masih ingat mona fendi |
Masih ingat mona fendi |
Apr 17 2009, 03:50 AM
Kiriman
#1
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,951 Sertai: 19-September 08 Daripada: ۞-> In Your D®EamS ۩ <-l No. Ahli: 51 |
MONA FANDEY
AKU pernah melihat wajahnya di kaca tv pada sekitar awal 1990-an. Apa yang aku tahu dia seorang penyanyi pada masa itu. Tapi yang aku pelik mengapa orang yang tak boleh menyanyi boleh bikin album. Bukan itu saja lagunya yang hingga kini aku sendiri tak boleh ingat masuk dalam Muzik Muzik Muzik terbitan TV3. Minggu pertama masuk dah terkeluar. Iras dan raut wajahnya macam 'jantan' memang aku tak boleh lupakan. Mungkin ramai lagi yang tak perasan dia sebagai penyanyi. Tiba-tiba pada 1993 - namanya meletup dan menjadi sebutan ramai. Bukan kerana lagunya menduduki carta lagu atau menang pertandingan menyanyi - tetapi dikaitkan dengan pembunuhan ngeri. Kalau sebut kes Mona Fandey dah ramai yang tahu siapa wanita ini. Nama asalnya Maznah Ismail. Dia bersama suaminya dan pembantu mereka ditahan kerana dituduh membunuh Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang antara pukul 10 malam - tengah malam 13 Julai 1993 di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang. Mona Fandey, suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka Juraimi Hussin telah dibicara dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995. Rayuan mereka kepada Lembaga Jumaah Pengampunan Negeri Pahang telah ditolak. Mereka dihukum gantung hingga mati pada 6 hingga 6:30 pagi Jumaat 2 November 2001. Aku sebut pasal Mona Fandey kerana pernah 'bersama' mereka hampir setahun. Hari-hari tengok muka mereka. Banyak kisah mereka yang ingin aku ceritakan. Mungkin dah ramai tahu dan mungkin juga ingin tahu. Nanti aku sambung cerita lagi.................. -------------------- ~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~ ~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~ ~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~ ~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~ |
|
|
Jan 25 2010, 05:07 PM
Kiriman
#2
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,951 Sertai: 19-September 08 Daripada: ۞-> In Your D®EamS ۩ <-l No. Ahli: 51 |
MONA FANDEY EPISOD 28
PEGUAMBELA Ikmal Hisam Idris yang membela tertuduh pertama dalam perbicaraan kes bunuh bekas Adun Batu Talam, Juraimi Husin, menggulung hujahnya di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995 : Di dalam kes yang berada di depan kita ada dua isu yang perlu penjelasan dan keterangan lanjut. Isu pertama dalam kes ini adalah sama ada Orang Kena Tuduh (OKT) pertama (Juraimi) mempunyai niat bersama seperti yang diterangkan dalam Seksyen 34 Kanun Keseksaan untuk melakukan pembunuhan ke atas bekas Adun Batu Talam, Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris bersama-sama dengan OKT kedua (Mohd Affandi Abdul Rahman) dan OKT ketiga (Maznah Ismail atau Mona Fandey). Isu kedua ialah adakah pembunuhan itu yang dilakukan oleh Juraimi menyebabkan OKT pertama dijatuhi hukuman di bawah Seksyen 302 kanun yang sama jika sabit kesalahan. Kata kunci di sini adalah niat yang membawa maksud hajat atau tujuan. Apabila kita mengatakan hajat atau tujuan ianya membawa erti pula kepada sesuatu yang akan diperolehi atau didapati sebagai imbuhan niat itu. Ia mestilah mempunyai rantaian penyebab atau 'chain of causationer'. Sebagai contoh, dalam kes ini niat membunuh Mazlan mempunyai rantaian iaitu untuk membolot harta serta wang ringgitnya. 1. Persoalannya apakah niat Juraimi membunuh Mazlan? 2. Adakah Juraimi mendapat keuntungan daripada pembunuhan itu? 3. Apakah natijah pembunuhan itu terhadap Juraimi? Persoalan ini telah pun dijawab oleh saksi pendakwa dan pembela. Juraimi tidak mempunyai sebarang niat jahat untuk membunuh Mazlan. Niat jahat hanya ada pada Affandi dan Mona saja. Ini jelas kerana daripada keterangan saksi pendakwa ke-20, Azmi Abdul Rahman yang mengatakan dia diminta menubuhkan syarikat dan memindahkan geran tanah milik Mazlan. Segala transaksi itu langsung tidak membabitkan Juraimi. Saksi pendakwa ke-21, Mohd Nashir Hussein dan saksi ke-22, Kong Foo Mun serta saksi ke-33, Abdul Latiff Ahmad mengesahkan nama Juraimi tiada dalam apa-apa transaksi yang diuruskan oleh mereka. Saksi pendakwa ke-24, pakar bedah plastik, Dr Wong Kang Seng mengatakan Mona ada menjalankan pembedahan plastik untuk kecantikan. Perbelanjaan ini adalah hasil dari wang yang diperolehi daripada Mazlan, sedangkan OKT pertama ditinggalkan di (Kampung Peruas) Ulu Dong, dalam keadaan yang serba kekurangan dan daif. Saksi ke-28, Tengku Yahya Tengku Abdullah juga mendapat nikmat daripada Affandi dan Mona. Di sini jelas menunjukkan individu yang tidak ada kena mengena mendapat keuntungan seperti Azmi dan Tengku Yahya. Jika OKT pertama mempunyai kepentingan bersama OKT kedua dan ketiga, sudah tentu Juraimi tidak ditinggalkan dalam serba kekurangan. Ini jelas bahawa Juraimi telah digunakan oleh OKT kedua dan ketiga. Saksi ke-39, Tan Teck Seng, seorang pemandu yang baru dikenali juga mendapat nikmat. Dia telah dijemput untuk menjadi rakan kongsi untuk perniagaan kereta terpakai oleh Affandi, sedangkan OKT pertama langsung tidak dipedulikan. Demikian juga dengan saksi pendakwa lain yang mengatakan bahawa Affandi dan Mona membelanjakan banyak wang ringgit untuk kepentingan mereka berdua serta bermewah-mewah. Sedangkan Juraimi hanya diberi pada mula RM180 dan kemudian RM1,500, yang mana RM1,000 untuk beli makanan itik dan RM500 untuk makannya. Di sini jelas dilihat taraf permakanan itik adalah lebih tinggi dan baik daripada taraf Juraimi sendiri. Oleh yang demikian apakah niat Juraimi membunuh Mazlan? Saya berhujah OKT pertama membunuh Mazlan tanpa sebarang niat kerana Maxim `Actus non facit reum nisi men sit rea' tidak ada pada OKT pertama. `Men rea, guilty mind' atau suatu pemikiran jahat adalah penting dalam kes jenayah, tetapi ini tiada pada Juraimi. Walaupun dalam kes bunuh, motif tidak penting, tetapi motif adalah penting untuk menentukan sama ada OKT pertama bersalah mengikut Seksyen 302 atau Seksyen 304 Kanun Keseksaan. Juraimi ketika melakukan pembunuhan itu berada dalam keadaan yang dia sendiri tidak dapat mengawal perbuatannya. Juraimi telah mengatakan dia tidak sedar apa yang dilakukannya sebelum kejadian (malam pembunuhan pada 2 Julai 1993) dan hanya sedar semula setelah Affandi berjumpa dan menyentuhnya dia di Balai Polis Raub pada 22 Julai 1993. Di mana OKT pertama secara spontan dan sukarela memberi kerjasamasepenuhnya kepada polis seperti keterangan saksi ke-56, Penolong Penguasa Mahpop Jaafar. Keterangan yang mengatakan Affandi menyentuh Juraimi disokong oleh saksi pendakwa ke-57, Timbalan Penguasa Takbir Ahmad Nazir Mohd. Keterangan ini nampak mudah, tetapi penting untuk menunjukkan bahawa OKT pertama adalah di bawah kuasa OKT kedua kerana ini dibuktikan sendiri oleh Affandi dalam keterangannya. Affandi dengan bangga mengatakan bahawa dia telah memberi air jampi kepada OKT pertama, lalu Juraimi boleh bersilat. OKT kedua berkata lagi, dengan minum air jampi seseorang itu tidak boleh membuka langkahnya sendiri ikut sesuka hati. Affandi juga berkata bahawa dengan sekali sentuh OKT pertama boleh menidurkan ayam. Apabila ditanya dalam pemeriksaan balas, adakah untuk memulihkan semula ayam ini juga perlu disentuh Affandi menjawab, ya. Untuk itu, mahkamah mestilah melihat perkara ini dalam skop yang lebih luas iaitu adalah dipercayai sebelum kejadian OKT kedua telah memberi air jampi kepada OKT pertama, supaya Juraimi menurut saja apa yang diarahkan kepadanya. Affandi turut menyentuhnya supaya lupa apa yang berlaku sehinggalah disentuh sekali lagi pada 22 Julai 1993, yang mana OKT pertama sedar semula. Menurut Mahpop, pada 19 Julai 1993, dia ke tempat kejadian bersama OKT pertama, tetapi Juraimi sendiri tidak tahu apa tujuan dibawa ke sana. Pada hari itu, Mahpop mengambil pita video dan sijil-sijil saham yang disimpan dalam laci almari besi kepunyaan Affandi, tanpa ditunjuk Juraimi. Mahpop apabila ditanya Gulam, berkata Juraimi tidak memberi kerjasama seperti 22 Julai 1993. Apabila saya menyoal balas Mahpop sama ada OKT pertama patuh kepada OKT kedua, saksi ke-56 itu bersetuju. Ini membuktikan bahawa OKT pertama adalah di bawah kuasa OKT kedua. Saksi ke-39, Tan Teck Seng juga mengatakan Juraimi patuh kepada Affandi. Keterangan OKT pertama adalah apa yang sebenarnya berlaku dan dia adalah seorang saksi jujur berbanding keterangan OKT kedua. -------------------- ~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~ ~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~ ~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~ ~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~ |
|
|
Versi Ringkas | Masa sekarang: 26th September 2024 - 06:21 PM |