Masih ingat mona fendi |
Masih ingat mona fendi |
Apr 17 2009, 03:50 AM
Kiriman
#1
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,951 Sertai: 19-September 08 Daripada: ۞-> In Your D®EamS ۩ <-l No. Ahli: 51 |
MONA FANDEY
AKU pernah melihat wajahnya di kaca tv pada sekitar awal 1990-an. Apa yang aku tahu dia seorang penyanyi pada masa itu. Tapi yang aku pelik mengapa orang yang tak boleh menyanyi boleh bikin album. Bukan itu saja lagunya yang hingga kini aku sendiri tak boleh ingat masuk dalam Muzik Muzik Muzik terbitan TV3. Minggu pertama masuk dah terkeluar. Iras dan raut wajahnya macam 'jantan' memang aku tak boleh lupakan. Mungkin ramai lagi yang tak perasan dia sebagai penyanyi. Tiba-tiba pada 1993 - namanya meletup dan menjadi sebutan ramai. Bukan kerana lagunya menduduki carta lagu atau menang pertandingan menyanyi - tetapi dikaitkan dengan pembunuhan ngeri. Kalau sebut kes Mona Fandey dah ramai yang tahu siapa wanita ini. Nama asalnya Maznah Ismail. Dia bersama suaminya dan pembantu mereka ditahan kerana dituduh membunuh Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang antara pukul 10 malam - tengah malam 13 Julai 1993 di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang. Mona Fandey, suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka Juraimi Hussin telah dibicara dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995. Rayuan mereka kepada Lembaga Jumaah Pengampunan Negeri Pahang telah ditolak. Mereka dihukum gantung hingga mati pada 6 hingga 6:30 pagi Jumaat 2 November 2001. Aku sebut pasal Mona Fandey kerana pernah 'bersama' mereka hampir setahun. Hari-hari tengok muka mereka. Banyak kisah mereka yang ingin aku ceritakan. Mungkin dah ramai tahu dan mungkin juga ingin tahu. Nanti aku sambung cerita lagi.................. -------------------- ~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~ ~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~ ~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~ ~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~ |
|
|
Jan 25 2010, 05:07 PM
Kiriman
#2
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,951 Sertai: 19-September 08 Daripada: ۞-> In Your D®EamS ۩ <-l No. Ahli: 51 |
MONA FANDEY EPISOD 29
PEGUAMBELA Ikmal Hisam Idris yang membela tertuduh pertama dalam perbicaraan kes bunuh bekas Adun Batu Talam, Juraimi Husin, meneruskan hujah penggulungan di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995. Keterangan OKT pertama adalah apa yang sebenarnya berlaku dan dia adalah seorang saksi jujur berbanding keterangan OKT kedua, Mohd Afandi Abdul rahman. OKT kedua mempunyai trend yang bahaya dan perlu penapisan yang cukup teliti kerana sentiasa cuba mengelak serta menangkis kebanyakan soalan yang dikemukakan kepadanya, dengan melemparkan beban kepada OKT ketiga dan pertama. Malah beban itu juga dilemparkan kepada peguamnya sendiri. Hampir keseluruhan keterangan Affandi adalah satu pembohongan dan OKT kedua mahu mahkamah mempercayai keterangannya. OKT kedua juga mengakui mahu menjual kereta milik Mazlan bernombor pendaftaran CAA 5115, tetapi berkenaan songkok, tongkat dan azimat tidak dijual kerana bukan haknya, tapi hak mangsa (Mazlan). Keterangan ini bercanggah di antara satu sama lain. OKT kedua juga berkata, pada 6 atau 7 Julai 1993, dia bersama OKT ketiga, anak mereka (Mazdiana Affendy), Tengku Yahya dan Simon (Tan Teck Seng) ke tempat kejadian semula untuk mengambil dokumen Mona. Pemergian sebenar OKT kedua dan ketiga ke sana untuk memastikan semua arahan Affandi dan Mona kepada Juraimi telah dipatuhi sepenuhnya. Ini kerana telah menjadi satu trend kepada semua penjenayah untuk melawat kembali tempat kejadian bagi memastikan semua bukti yang boleh mengaitkan si penjenayah itu dihilangkan atau dikenali sebagai `Doctrine of Lapse'. Ini dapat dilihat pada barang kes P22 (rakaman percakapan beramaran Mona) pada muka 31 para 50, di mana OKT ketiga mengatakan "Kami berada di Ulu Dong kira-kira satu jam sahaja. Sebenarnya tujuan kami balik untuk periksa keadaan rumah dan Gondrong (Juraimi) tentang kematian Datuk Mazlan". Pada muka 28, para 43 baris lima, OKT ketiga mengatakan "Ketika itu saya nampak Affandi berpaling kepada Gondrong sambil memberi isyarat kepadanya dengan mengarahkan matanya supaya Gondrong jalankan kerjanya. Saya nampak Gondrong memegang kapak dan terus `dum' ke leher Datuk Mazlan." Keterangan OKT ketiga dari kandang orang kena tuduh juga tidak patut diambil kira oleh mahkamah, sebaliknya rakaman percakapan beramaran Mona mestilah diterima. Sebelum 22 Julai 1993, Juraimi adalah dalam keadaan tidak boleh berfikir dengan waras dan tidak boleh mengetahui sebab serta akibat daripada perbuatannya serta tidak boleh mengawal pergerakan dirinya sendiri. Dia telah menjadi seperti robot kepada OKT kedua dan ketiga. OKT pertama juga dijadikan tempat untuk membuang segala bebanan kerja jahat OKT kedua dan ketiga. Perancangan ini dapat dilihat daripada mereka masih di Kuantan lagi yang mana semua bil diletak atas nama Juraimi, setelah dia tidak lagi diperlukan, OKT pertama ditinggalkan untuk menghadapi apa-apa saja yang bakal menimpa dirinya. Menurut keterangan saksi pembela ke-4, Sarjan Masara Yuasuap keadaan OKT pertama ketika ditahan adalah seperti seorang penagih dadah kerana berada dalam keadaan khayal, mata merah berair, bercakap tak tentu arah, rambut panjang paras bahu, muka cengkung, badan kurus dan pakaian lusuh dan kotor. Ketika disoal balas oleh Timbalan Pendakwaraya Zakaria Sam, Masara mengatakan OKT pertama kurang normal dan ada masa kita bercakap dengan dia, dia diam dan ada masa dia tak faham apa kita cakap. Masara juga memberi keterangan pada masa ini Juraimi nampak gemuk, rambut pendek, muka dia cerah dan pakaian kemas. Keterangan saksi pembela ke-6, Sarjan Mejar Mashood Yaacob juga sama dengan keterangan saksi pembela ke-4, yang mana saksi ke-6 berkata, OKT pertama bermata kuyu, badan kurus, berambut panjang serta berpakaian lusuh dan kotor. Mahpop juga berpuas hati OKT pertama ditangkap atas alasan dadah kerana keadaan Juraimi ketika itu seperti penagih dadah. Menurut keterangan Masara dan OKT pertama, OKT pertama ke Balai Polis Dong sebanyak dua kali (pada 13 Julai 1993). Juraimi berkata, pada kali pertama beliau dibawa ke Balai Polis Dong dengan sebuah landrover polis dan kemudian dilepaskan kerana OKT pertama hendak beri makan burung dan itik, serta pegawai juga tiada. OKT pertama disuruh datang pada jam 7 malam. Juraimi agak terlewat dan menelefon Balai Polis Dong dari Kampung Pamah Kulat mengatakan dia terlewat sedikit. Kedatangan kali kedua ini bolehlah dikatakan sebagai serah diri dan OKT pertama tidak gentar atau takut ke Balai Polis Dong kerana ini jelas menunjukkan dia tidak tahu apa sebenarnya berlaku. Sekiranya OKT pertama tahu apa yang telah dilakukannya itu menyalahi undang-undang, ketika dilepaskan kali pertama itulah peluang yang sehabis baik untuk dia melarikan diri. Jelas bahawa Juraimi, tidak mempunyai sebarang motif, niat dan tujuan berkaitan dengan tragedi kejadian itu. Memandangkan kepada keterangan yang ada, OKT pertama tidak boleh disabitkan kesalahan membunuh dengan niat bersama yang mana boleh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, tetapi Juraimi mestilah dihukum mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan. Dari segi perlakuan, OKT pertama adalah seorang pendiam, sabar, tidak pernah menyakiti hati orang, tidak pernah didakwa di mana-mana mahkamah sebelum ini dan orang kampung tidak pernah mengadu apa-apa hal yang tidakbaik terhadapnya. Demikian yang diterangkan oleh saksi ke-3 pembela, Husin Jamaluddin. Saksi pendakwa ke-58, Noraini Abdul Rahman juga menyokong pandangan ini dengan mengatakan Juraimi adalah seorang yang baik dan pendiam. Kebenaran ini juga disokong oleh Affandi sendiri yang berkata, OKT pertama tidak banyak cakap, rajin serta tekun dan taat kepadanya. Dengan keadaan inilah OKT kedua mengambil kesempatan untuk mempergunakan OKT pertama. OKT pertama juga mengatakan dia tidak mempunyai apa-apa dendam terhadap Mazlan. Dia juga tidak pernah bergaduh, bermasam muka atau menyinggung perasaan mana-mana pihak. Malah, hubungan OKT pertama dengan Mazlan macam biasa saja. Juraimi juga tidak mempunyai apa-apa urusan dengan Mazlan, baik dari segi perbadi mahupun perniagaan. OKT kedua juga mengatakan setahunya OKT pertama tidak ada apa-apa perselisihan faham dengan Mazlan. Oleh demikian dengan bukti serta autoriti yang telah dijelaskan, adalah dengan ini dihujahkan bahawa OKT pertama tidak ada langsung niat bersama untuk membunuh Mazlan dan ketika Juraimi menetak leher Mazlan, dia melakukannya dalam keadaan tidak sedar yang menyebabkannya tidak tahu akibat serta natijah daripada perbuatannya dan oleh itu dia patut dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan. Sekian Kita akan baca hujah penggulungan Affandi dan Mona selepas ini. -------------------- ~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~ ~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~ ~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~ ~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~ |
|
|
Versi Ringkas | Masa sekarang: 27th September 2024 - 01:36 PM |