Masih ingat mona fendi |
Masih ingat mona fendi |
Apr 17 2009, 03:50 AM
Kiriman
#1
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,951 Sertai: 19-September 08 Daripada: ۞-> In Your D®EamS ۩ <-l No. Ahli: 51 |
MONA FANDEY
AKU pernah melihat wajahnya di kaca tv pada sekitar awal 1990-an. Apa yang aku tahu dia seorang penyanyi pada masa itu. Tapi yang aku pelik mengapa orang yang tak boleh menyanyi boleh bikin album. Bukan itu saja lagunya yang hingga kini aku sendiri tak boleh ingat masuk dalam Muzik Muzik Muzik terbitan TV3. Minggu pertama masuk dah terkeluar. Iras dan raut wajahnya macam 'jantan' memang aku tak boleh lupakan. Mungkin ramai lagi yang tak perasan dia sebagai penyanyi. Tiba-tiba pada 1993 - namanya meletup dan menjadi sebutan ramai. Bukan kerana lagunya menduduki carta lagu atau menang pertandingan menyanyi - tetapi dikaitkan dengan pembunuhan ngeri. Kalau sebut kes Mona Fandey dah ramai yang tahu siapa wanita ini. Nama asalnya Maznah Ismail. Dia bersama suaminya dan pembantu mereka ditahan kerana dituduh membunuh Datuk Mazlan Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang antara pukul 10 malam - tengah malam 13 Julai 1993 di sebuah rumah di Kampung Peruas Ulu Dong, Raub, Pahang. Mona Fandey, suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman, dan pembantu mereka Juraimi Hussin telah dibicara dan didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995. Rayuan mereka kepada Lembaga Jumaah Pengampunan Negeri Pahang telah ditolak. Mereka dihukum gantung hingga mati pada 6 hingga 6:30 pagi Jumaat 2 November 2001. Aku sebut pasal Mona Fandey kerana pernah 'bersama' mereka hampir setahun. Hari-hari tengok muka mereka. Banyak kisah mereka yang ingin aku ceritakan. Mungkin dah ramai tahu dan mungkin juga ingin tahu. Nanti aku sambung cerita lagi.................. -------------------- ~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~ ~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~ ~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~ ~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~ |
|
|
Jan 30 2010, 12:41 AM
Kiriman
#2
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,951 Sertai: 19-September 08 Daripada: ۞-> In Your D®EamS ۩ <-l No. Ahli: 51 |
MONA FANDEY EPISOD (SIRI AKHIR)
TANGGAL 10 Februari 1995, itulah kali terakhir aku bertemu muka dengan Maznah Ismail atau Mona Fandey dan suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka, Juraimi Husin. Pada hari itu, aku bertemu Monad dan Affandi di Balai Polis Temerloh, Pahang. Di sini mereka ditahan sehari selepas didapati bersalah di Mahkamah Tinggi Temerloh kerana dengan niat bersama membunuh bekas Adun Batu Talam, Datuk Mazlan Idris. Juraimi pula ditahan di Balai Polis Raub. Dari sini Mona dibawa ke Penjara Kajang, sementara Affandi dan Juraimi ke Penjara Sungai Buloh sementara menunggu rayuan masing-masing. MONA berjalan ke trak untuk ke Penjara Kajang Memang rezeki aku dapat bertemu Mona. Apa tidaknya, aku mendapat tips bahawa Mona dan Affandi akan dibawa ke penjara pada awal pagi itu. Aku bergegas ke balai polis dari hotel, tempat menginap dengan hanya memakai kemej-T. Pakai apa saja yang ringkas, takut tidak dapat bertemu mereka. Nasib baik, Mona baru dibawa keluar dari lokap. Tapi pada waktu itu, aku tidak sempat bercakap dengannya kerana diiringi polis. Namun, sebagai wartawan, aku tidak mengalah dan buat apa saja asalkan Mona buka mulut. Apabila peluang tiba, soalan pertama yang keluar dari mulut aku adalah :"Wah glamourlah Kak Mona." Itu kata orang soalan pemanis mulut - pembuka bicara - untuk memancing dia bercakap. Nak tahu apa Mona jawab : "Saya tak mahu glamour. Dari dulu pun saya tak glamour." GAYA ketika menghadiri perbicaraan. Mona sering berpakaian cantik dan seksi serta berdandan sepanjang perbicaraan kes bunuh Datuk Mazlan Idris. Ditanya jika tidak mahu glamour mengapa pula berpakaian cantik. Jawapanny agak laser, katanya dalam sinis : "Yalah, takkan hendak telanjang pulak." (Ambil kau, kena sebiji). Menurutnya lagi, dia mahu tersenyum ketika dalam tahanan sementara menanti rayuannya dan hukuman selepas itu. "Saya mahu tersenyum kepada semua orang. Senyum bagi orang tengok," katanya dari trak polis yang membawanya ke Penjara Kajang. Pada hari itu, Mona seperti pada hari dijatuhkan hukuman, kelihatan riang dan ketawa dengan anggota polis yang berada di situ. Bomoh itu sempat juga bergurau dan mengucapkan selamat tinggal kepada anggota polis di balai itu. Mona dan suaminya, Affandi serta Juraimi, didapati bersalah mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan dihukum gantung sampai mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama. Mereka didapati bersalah membunuh Datuk Mazlan di rumah tak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub pada Julai 1993. MONA sentiasa kelihatan bergaya Mona sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua orang sambil berkata: "Saya sayang orang Malaysia. Terima kasih." Ditanya perasaannya yang menjadi pesalah dan bukan lagi tertuduh katanya: "Saya sama saja dari dulu. Orang tengok pun macam itu." Sebelum trak polis meninggalkan perkarangan Balai Polis di sini untuk ke Balai Polis Raub mengambil Juraimi, Mona sempat berpesan: "Jangan tulis bukan-bukan. Saya tidak suka apa saya katakan ditokok tambah. Jangan tulis sebarangan, jangan buat cerita." (Kena sebiji lagi) Apa yang dibawa Mona ke penjara? Aku nampak lima bungkusan plastik mengandungi pakaian dan alat solek Mona dan suaminya Affandi. Itu cerita Mona, lain pula cerita Affandi. Aku ingat peluang untuk bercakap dengannya buat kali terakhir tidak kesampaian. Apa tidaknya, ketika sibuk 'memburu' Mona, Affandi sudah masuk ke dalam trak untuk ke Penjara Sungai Buloh. Tapi, kata orang kalau ada rezeki, tak ke mana. Ketika trak itu hendak beredar dari balai polis, Affandi berteriak dan memanggil aku. Dia tahu aku wartawan, mana tidaknya, aku duduk di depan dia setiap hari perbicaraan. Tapi, dia tak tahu nama aku. JENAZAH Mona dan Affandi dikebumikan di Tanah Perkuburan Ahli-Ahli Kariah Masjid Kajang di Kampung Sungai Kantan, Kajang. Pada Subuh 2 November 2001, Mona, Affandi dan Jurami menjalani hukuman gantung sampai mati di Penjara Kajang selepas rayuan mereka ditolak Mahkamah Rayuan. Jenazah mereka selamat disempurna dan dikebumikan pada hari sama. Jenazah Modan dan Affandi dikebumikan sebelah menyebelah di Tanah Perkuburan Ahli-ahli Kariah Masjid Kajang di Kampung Sungai Kantan, Kajang. Jenazah Juraimi pula dikebumikan di kampungnya, Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor. Al-Fatihah- Amin.... -------------------- ~If LiFe iS A gaMe, I Wish U Will Always WiN~ ~If Life Is A journey, I Wish U Will WalK On RoseS~ ~If LiFe Is A JoY, I Wish U AlwaYs Smile~ ~MaY EverY DaY BrinG U HappinesS & PeacE In YouR HearT~ |
|
|
Versi Ringkas | Masa sekarang: 26th September 2024 - 09:40 PM |