Peniaga pukul penguat kuasa, Kosmo! online |
Peniaga pukul penguat kuasa, Kosmo! online |
Aug 17 2010, 08:52 AM
Kiriman
#1
|
|
Timbalan Pengurus Kumpulan: Moderator Kiriman: 2,582 Sertai: 28-November 08 Daripada: FKEKK No. Ahli: 373 |
ALOR SETAR – Tindakan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menyita dan merampas barang jualan peniaga yang berniaga sebelum pukul 3 petang sepanjang bulan Ramadan telah menyebabkan seorang wanita naik angin lalu memukul anggota penguat kuasa yang datang ke kedainya semalam. Wanita berusia 50-an itu bertindak demikian apabila sekumpulan penguat kuasa MBAS datang ke kedainya di Kota Sarang Semut yang menjual makanan seawal 11 pagi. Wanita itu bagaimanapun berjaya ditenteramkan sebelum MBAS merampas kesemua barangan dan peralatan perniagaannya termasuk lauk-pauk dalam operasi Ramadan bermula pukul 9 pagi itu. Penolong Pegawai Tadbir MBAS, Azizah Hamid memberitahu, rampasan makanan tersebut dibuat kerana peniaga melanggar arahan yang dikeluarkan pihaknya melarang menjual makanan pada bulan Ramadan sebelum pukul 3 petang. |
|
|
Aug 17 2010, 10:23 AM
Kiriman
#2
|
|
Eksekutif Kumpulan: Moderator Kiriman: 742 Sertai: 2-June 08 Daripada: Saujana Putra No. Ahli: 4 |
Kalau dah bukak warong pukol 11 pagi, terang2 lah dok jual kpd org yg tidak berpuasa.
-------------------- matg.net
My Focal 2.0 |
|
|
Versi Ringkas | Masa sekarang: 26th September 2024 - 02:09 AM |