IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

> Pulau Perhentian punyai pantai antara tercantik di Malaysia
wanmus
kiriman Sep 10 2008, 11:04 PM
Kiriman #1


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 394
Sertai: 8-September 08
Daripada: Johor dan terengganu
No. Ahli: 16



Salam sahabat semua..berfikir untuk bercuti dan berehat jauh dari kesibukan kota dan kebisingan leteran boss anda smile.gif ?..jom bercuti ke Pulau Perhentian, Besut, Terengganu yang mana merupakan antara pulau tercantik di pantai timur. Pantai yang putih bersih mengangkat pulau ini sebagai pulau yang punyai pantai antara tercantik di Malaysia yang jauh dari pencemaran. Cantik sangat2. Air pun jernih tak yah nak cakap, nampak ikan bermain di dalam air. Pulau perhentian terbahagi kepada dua iaitu Perhentian Kecil dan Perhentian Besar.Kalau nak pergi, anda boleh mengambil bos laju atau bot pelancong di Jeti Kuala Besut, Besut. Best..Jom tinjau gambar2 sekitar pulau perhentian di bawah. Kalau nak info lebih lanjut, lawati www.pulauperhentian.com.my













--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
 
Start new topic
Susulan
Razif
kiriman Sep 12 2008, 02:42 AM
Kiriman #2


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 42
Sertai: 8-September 08
Daripada: Penang
No. Ahli: 14



Antara Mitos Di Pulau Perhentian,

Risau gak aku dengar... rolleyes.gif

Pada zaman dahulu, di Pulau Perhentian tinggal seekor naga yang sangat besar. Naga itu dikenali dengan panggilan Naga Pulau Berjuang. Ia tinggal di satu tempat yang sekarang ini dikenali dengan Tanjung Basi, Pulau Perhentian Besar. Pada satu ketika, Naga Pulau Berjuang turun ke laut kerana berjuang menentang seekor naga lain yang cuba mengganas dan menenggelamkan Pulau Perhentian. Tempat naga itu turun meninggalkan kesan di atas bukit Pulau Perhentian. Jalan yang dilalui oleh naga itu sekarang ini dikenali dengan nama Jalan Naga. Satu perkara lagi yang menarik di Pulau Perhentian ialah tentang ular yang ada di atas pulau ini. Tidak ada ular bisa tinggal di atas pulau ini. Semua ular yang tinggal di pulau ini tidak mempunyai bisa. Dari apa yang diperkatakan, yang ada di atas pulau ini hanyalah ular sawa sahaja. Mengikut cerita, ular bisa tidak boleh tinggal di atas pulau ini kerana terdapatnya keladi lekir dan akar cina putih yang mujarab sebagai penawar bisa ular. Walau ular itu bisa semacam manapun, ianya akan menjadi tawar kerana adanya dua jenis tumbuhan itu. Oleh kerana itulah, semua ular bisa tidak berani tinggal di atas Pulau Perhentian. Akar cina putih mendapat nama kerana, ianya digunakan oleh kelasi-kelasi kapal dagang Cina untuk membuat tali sauh dan tali kapal. Akar cina putih ini adalah sejenis tumbuhan yang menjalar dan kukuh sebagai tali. Oleh kerana ianya sering digunakan oleh tongkang-tongkang dan kapal-kapal dagang cina, lalu ianya diberi nama sebagai akar cina putih. Sebagaimana yang telah diceritakan, Pulau Perhentian memang bebas dari ular yang berbisa. Apa yang dimaksudkan di sini ialah di atas pulau itu. Mengikut cerita, memang tidak ada ular bisa di atas pulau itu melainkan ular laut saja. Cuma yang ada sejenis ular sahaja iaitu ular sawa.

Kuatkan la diri... Sekarang dah moden....


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Kirim dalam topik ini


Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 24th June 2024 - 11:22 PM