IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

> Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik PTD
php
kiriman Sep 10 2014, 09:40 PM
Kiriman #1


Percubaan


Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 1
Sertai: 5-July 10
No. Ahli: 2,061



Rujukan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik PTD

SEKSYEN A - PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING.

Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 60
Markah : 30

Di dalam kertas peperiksaan ini calon dikehendaki mengetahui secara umum perkara-perkara berkaitan dengan pemerintahan di Malaysia dan perkaraperkara lain berkenaan dengan politik, ekonomi, sosial, sains, teknologi, sastera, kebudayaan, kesenian, muzik, sukan dan lain-lain perkembangan di seluruh dunia pada amnya dan khususnya yang ada kena mengena dengan Malaysia.
Perkara ini terlalu umum dan tidak ada buku-buku teks yang tertentu untuk dibaca dan soalan-soalan akan disediakan begitu meluas. Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda di dalam aneka lapangan akademik. Siswazah-siswazah yang selama ini mengikuti perkembanganperkembangan dunia melalui surat khabar, majalah dan buku-buku akan mudah menjawab soalan-soalan ini. Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya
kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia sekelilingnya pada amnya dan Malaysia khasnya.

Contoh Soalan:

1. Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai :
A. Penubuhan ASEAN.
B. Penubuhan kawasan aman, bebas dan berkecuali di Asia Tenggara.
C. Penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN.
D. Keputusan Filipina berkenaan dengan pengguguran tuntutan Kerajaan
mereka ke atas Sabah.
E. Penubuhan pakatan Ketenteraan di antara negara-negara ASEAN.
Jawapan - B

2. Apabila Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri, baginda hendaklah
memilih seorang Ahli Dewan Rakyat yang boleh mendapat sokongan majoriti
dan ia mestilah seorang yang
A. Beragama Islam.
B. Pernah menjadi Menteri Kabinet.
C. Keturunan Melayu.
D. Menjadi warganegara mengikut operasi undang-undang.
E. Menjadi warganegara secara masukan.
Jawapan - D


Lagi Info, Sila Ke:

==> http://tinyurl.com/RujukanPTD2014



Terima kasih


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Kirim dalam topik ini


Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 17th September 2025 - 02:25 PM