Belajar Pelaburan Emas (SpotGold & Public Gold) |
Belajar Pelaburan Emas (SpotGold & Public Gold) |
Nov 7 2014, 04:09 PM
Kiriman
#1
|
|
Eksekutif Kumpulan: Member Rasmi Kiriman: 820 Sertai: 2-October 14 No. Ahli: 2,529 |
Belajar Strategi Pelaburan Emas (SpotGold & Jongkong Emas) :
Sesi Beginner: Asas Pelaburan Emas · Pelaburan Emas Simpanan Tetap di Bank melalui Buku Akaun · Asas Spot Gold · Transaksi Jual Beli Emas & Rate emas Sesi Intermediate: Analisa Teknikal & Fundamental · Asas Chart MT4 & Automatik Trading · Analisa Teknikal & Fundamental (mengunakan berita ekonomi) . Strategy Trading SpotGold Sesi Advance: Teknik Pelaburan Emas sebagai Aset Jangka Panjang · Pelaburan emas melalui barang kemas / perhiasan · Mengenali Gold Bar / Jongkong emas & Syiling emas , karat etc · Analisa Teknikal Pelaburan Jangka Panjang ZON A: 1. Kuala Lumpur : Aras 3 Perpustakaan Negara ( Peta ) 2. Klang-Shah Alam : Hotel Comfort ( Peta ) 3. Negeri Sembilan : Hotel Senawang / Chorus Port Dickson. ( Peta ) 4. Puchong-Putrajaya : Alpha Arena Taman Putra Perdana ( Bersebelahan Cyberjaya / Putrajaya ) ( Peta ) Jadual : Setiap Ahad, 12.00 tgh - 5.00 ptg ATAU Rabu, 6.00 ptg - 11.00 mlm ZON B: 1. Perak : Hotel Bunga Raya UPSI Tanjung Malim . ( Peta ) 2. Melaka : Hotel 906 AirPort. ( Peta ) 3. Pahang : Lake Chini Resort (Peta) Jadual : Setiap Ahad, 3.00 ptg - 8.00 mlm ATAU Rabu, 6.00 ptg - 11.00 mlm ZON C: 1. Kedah / Perlis : GHotel Shahab Perdana Alor Star. ( Peta ) 2. Terengganu : Scouts Inn Kuala Terengganu Airport. ( Peta ) 3. Johor : Rose Cottage Hotel Senai Airport. ( Peta ) 4. Sarawak : RH Plaza Hotel, Kuching. ( Peta ) 5. Sabah : AirPort View Hotel, Kota Kinabalu. ( Peta ) 6. Pahang : Exclusive LA Hotel, Kuantan. ( Peta ) 7. Pulau Pinang : Hotel EST Bayan Lepas. ( Peta ) 8. Kelantan : Milton Hotel AirPort Kg. Parang Puting. ( Peta ) 9. Langkawi / Perlis : One Hotel Helang Airport Langkawi. ( Peta ) 10. Sarawak : Miri Trail GuestHouse Airport. ( Peta ) 11. Sabah : Hotel Pulau Labuan 2. ( Peta ) 12. Terengganu : Kerteh Damansara Inn, Airport. ( Peta ) 13. Sarawak : Grand Faber Inn, Bintulu. ( Peta ) 14. Sabah : Park View Hotel, Sandakan. ( Peta ) Jadual : Setiap Ahad, 3.00 ptg - 8.00 mlm ATAU Rabu, 6.00 ptg - 11.00 mlm *Untuk pelajar Negeri-negeri lain, Brunei, Singapore dan Indonesia boleh mendaftar untuk Kelas Online jika tidak dapat hadir kelas bersemuka. Pendaftaran boleh dibuat di : http://klgoldshop.2ya.com/ Maklumat lanjut di : http://www.klfx.blogspot.com . -------------------- KLFX.blogspot.MY - Kelas Saham / Forex / FCPO - RM69
|
|
|
Sep 16 2015, 04:14 PM
Kiriman
#2
|
|
Eksekutif Kumpulan: Member Rasmi Kiriman: 820 Sertai: 2-October 14 No. Ahli: 2,529 |
Tukarkan Untung ASB Anda Kepada Dinar Emas Sering kali kita melihat rakan-rakan dan saudara-mara kelam kabut dan tidak sabar menunggu datangnya tarikh keramat iaitu pembahagian keuntungan ASB. Menyimpan dan melabur itu bagus tetapi sering kali dividen ASB tersebut tersasar dan dibazirkan pada benda yang tidak penting dan merugikan. Amat jarang daripada kita menggunakan duit tersebut untuk menambahkan pendapatan dan mengandakan keuntungan. Ramai daripada kita terjerat dengan keinginan dan nafsu tanpa berfikir tentang matlamat kewangan jangka masa panjang. Di sini saya ingin memberikan anda 2 pilihan, 2 keadaan di mana kita biasa melenyapkan dividen ASB begitu saja. Satu cara akan merugikan anda dimana keuntungan dan bonus dibelanjakan tanpa disandarkan kepada apa-apa dan satu lagi cara yang akan menambahkan kekayaan dalam jangka masa panjang (aset). Cara pertama. Belanjakan berapa sahaja yang anda mahu keuntungan ASB anda tanpa ada apa-apa sandaran dan berbaki. Percaya atau tidak anda akan merasakan nikmat yang tidak terhingga selepas memiliki barang idaman anda itu..tetapi seminggu kemudian perasaan menyesal akan mula menguasai anda. Dalam sesetengah kes, barang baru pakai seminggu dah nak jual balik (biasanya barangan elektronik) alasannya sebab bosan. Ruginya memang nyata disitu, setiap barang 2nd hand akan jatuh harga sehingga 50% walaupun barang tersebut baru. Kejatuhan yang begitu banyak semestinya membawa kerugian kepada pembeli pertama. Kejatuhan sebegitu disebabkan barang tersebut telah diistiharkan barang terpakai walaupun baru digunakan satu hari. Bolehkah anda semua bayangkan senario di bawah, si Amin menerima dividen ASB beliau sebanyak Rm3000. Rm2500 telah digunakan oleh Amin untuk membeli model iphone terbaru beserta dengan pakej-pakej manarik yang ditawarkan. Setelah beberapa hari menggunakan telefon terbaru tersebut Amin merasa menyesal dan bosan. Amin bercadang untuk menjual semula telefon tersebut separuh dari harga asal. Amin kini menyesal tak sudah atas keputusan yang diambilnya tersebut. Jika anda perasan Amin telah melakukan perbelanjaan tanpa strategi atau lebih senang dipanggil perbelanjaan hangus. Ruginya disini adalah Amin membelanjakan keuntungan ASB beliau sekelip mata sedangkan tempoh untuk melabur mengambil masa setahun sebelum menerima keuntungan dan bonus. Cara Kedua Hasil daripada keuntungan dividen dan Bonus ASB tahunan anda belikan emas. Emas tersebut anda boleh simpan untuk perlaburan dan kecemasan. Anda tidak akan kerugian apa-apa disini. Sekiranya anda terdesak sangat inginkan sesuatu contohnya seperti keinginan Amin untuk memiliki iphone tadi apa yang anda boleh lakukan adalah pajakkan emas anda tadi di Ar-rahnu. Hasil daripada pajakkan anda tersebut bolehlah digunakan untuk membeli telefon iphone anda tadi. Jangan silap saya sebenarnya bukan mengajar anda untuk melakukan pajakan tetapi saya inginkan anda membuat perbandingan berikut :- Dapat duit keuntungan ASB berlanjakan terus dan hangus.. Dapat duit keuntungan ASB beli emas, pajakan emas tersebut di Ar-rahnu dan beli telefon kegemaran anda. Cukup masa tebus balik emas anda dengan secepatnya. Perbelanjaan yang disandarkan biasanya lebih berkat dan mengurangkan kerugian dalam jangka masa panjang. Maksudnya segala duit yang kita belanjakan kalau disandarkan tak akan hilang begitu saja kerana ada sandaran yang dibuat. Dalam kes ini Kita sandarkan emas sebagai alat untuk mendapatkan cash (duit). Lumrah manusia memang sayang akan emas, pengalaman saya sendiri, saya susah nak tidur lena selagi emas yang saya pajakan tidak ditebus balik..akhirnya paling lama boleh saya tunggu untuk tebus balik emas yang saya pajak adalah sebulan ke dua bulan sahaja. Lagi cepat anda tebus lagi sedikit upah simpan yang perlu anda bayar. Jika anda ulangi kaedah di atas..makin lama nilai emas anda makin bertambah secara tidak langsung anda akan bertambah kaya denga emas. Kesimpulan Jika anda sayang akan duit untung daripada dividen dan bonus ASB anda saya sarankan agar anda tukarkan duit tersebut kepada emas. Emas merupakan aset kekal sama seperti rumah dan tanah. Emas adalah terhad dan mahal. Beli emas bermaksud anda menabung untung keuntungan dan perlaburan. -------------------- KLFX.blogspot.MY - Kelas Saham / Forex / FCPO - RM69
|
|
|
Versi Ringkas | Masa sekarang: 23rd September 2024 - 05:05 AM |