IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

> Ani Tak Kisah Bercerai Lagi
ijamidayu
kiriman Sep 13 2008, 10:21 PM
Kiriman #1


Bukan Eksekutif
*

Kumpulan: Member Rasmi
Kiriman: 56
Sertai: 10-September 08
No. Ahli: 23



SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini, kehidupan pejuang irama tradisional dan etnik Malaysia, Noraniza Idris sentiasa diintai masyarakat.

Semuanya bermula dengan konflik peribadi iaitu rumah tangganya dengan penyanyi Fareez yang berhadapan dengan keretakan sehingga membawa kepada kehancuran.

Berlarutan daripada kegagalan mempertahankan mahligainya bersama Fareez yang terbina selama 18 tahun, mereka akhirnya berpisah pada Mei 2006.

Sejak itu hidup penyanyi yang popular dengan lagu Awallah Dondang ini terus diburu kontroversi.

Terbaru, Noraniza sekali lagi menjadi perhatian dan buruan media selepas tersebar berita perceraian kali keduanya dengan seorang ahli perniagaan dari utara berusia awal 50-an.

Pada peringkat awalnya, Noraniza dan suami keduanya itu merahsiakan perkahwinan mereka daripada pengetahuan umum.

Namun, kalau sudah namanya selebriti, Noraniza atau mesra di kalangan wartawan dengan panggilan Ani tidak mampu menyembunyikan berita gembira itu.

Bagaikan tiada kesudahan, kisah rumah tangganya terus diperkatakan kerana enggan mendedahkan identiti sebenar suami yang dinikahinya pada awal Februari lalu.

Sehinggalah Ahad lalu, perkahwinan kedua Noraniza itu dilaporkan musnah.

Pada satu pertemuan dengan media pada Majlis Perjanjian Persefahaman antara syarikat miliknya, Noraniza Idris Production (NIP) dan Pro Sinar Event Management Sdn. Bhd. (Pro Sinar), Selasa lalu (9 September), penyanyi itu menjawab panjang lebar tentang kisah perceraiannya.

Memulakan bicara, Noraniza berkata, sebelum keputusan bercerai diambil, dia melakukan solat hajat memohon bantuan daripada Allah agar diberikan petunjuk terbaik terhadap sebarang keputusan yang bakal diambilnya.

“Saya melakukan solat hajat terlebih dahulu memohon petunjuk, kalau baik ditunjukkan keikhlasan dan kalau tidak ditunjukkan keputusan sebaliknya.

“Setelah sembilan hari sembahyang hajat untuk mendapatkan kata putus, akhirnya pada malam Jumaat pukul 9.15 malam, saya mendapat keputusannya,” katanya.

Enggan bercerita lanjut berhubung petunjuk yang diterimanya, kata Noraniza, perceraian kali kedua itu sedikit sebanyak menjadikan dirinya lebih tabah dan kuat mengharungi kehidupannya kelak.

“Kalau dahulu, perceraian kali pertama memang saya rasa sedih sangat, lama nak hilangkan kesedihan itu tetapi kali ini tidak terasa sangat, mungkin sebab saya sudah mendapat kekuatan daripada pengalaman lalu,” kata penyanyi berusia 40 tahun itu.

Ditanya tentang tarikh sebenar berakhirnya perkahwinan itu, kata Noraniza: “Cukuplah jika saya kata, saya sudah habis tempoh idah.

“Sekarang ini, saya dan bekas suami masih berkawan dan berurusan secara baik. Walaupun berat, saya rasa ini adalah keputusan yang terbaik untuk kami.

“Lagipun, pada peringkat awalnya memang saya tidak mahu berkongsi (bermadu), tapi nak buat macam mana terjadi juga.

“Mungkin, Tuhan nak tengok sejauh mana tahap kesabaran dan kekuatan saya. Tak apalah, asalkan dia bahagia,” luah Noraniza jujur dari hatinya.

Menjalani kehidupan solo, kata Noraniza kini dia mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap syarikat dan kedua-dua anaknya iaitu Mohd. Aliff Haiqal, 19, dan Mohd. Alfeeq Haiqal, 15 serta kerjaya nyanyiannya.


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Kirim dalam topik ini


Closed TopicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 4th June 2024 - 08:05 AM