IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

> Malaysia yg Tidak Menerima Hakikat MUTU LIga M mmg mcm taik
padaiyappaİ
kiriman Jan 23 2009, 12:03 PM
Kiriman #1


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 392
Sertai: 8-October 08
Daripada: India
No. Ahli: 103



FAM bergolak, presiden naik angin

AIB tumbang 0-5 di tangan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bukan 'cerita sebenar' harus jadi tumpuan. 'Pergolakan' di antara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan ketua jurulatih negara, B Sathianathan, yang sepatutnya wajar jadi perhatian.

Hanya itu tafsiran paling tepat ekoran kenyataan berani Sathianathan mengecam tahap aksi Liga Malaysia - medan pertandingan sentiasa jadi kebanggaan majikannya - sebaik tamat aksi kelayakan Piala Asia 2011 itu, kelmarin.

"Saya tetap berpegang dengan apa saya katakan mengenai Liga Malaysia. Ia kerana semuanya bermula dengannya. Saya hanya nyatakan hakikat, supaya ia akan mendorong pasukan berusaha meningkatkan lagi tahap permainan," kata Sathianathan, semalam.

Sathianathan melabel Liga Malaysia sebagai 'bukan bola sepak sebenarnya' selepas menyaksikan anak buahnya serba ketinggalan daripada segi kecergasan diperlukan aksi pada tahap tertinggi.

Tetapi pendirian itu tampak menghimpit Sathianathan, tambahan pula selepas kenyataan sama turut mengundang reaksi kurang senang Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah.

Lantas, kata putus akan diketahui 31 Januari ini - apabila nasib Sathianathan dan skuad kebangsaan bimbingannya akan ditentukan Jawatankuasa Eksekutif FAM.

"Saya boleh sahkan Jawatankuasa Eksekutif FAM akan bermesyuarat pada 31 Januari nanti dan akan ada perbincangan mengenai semua aspek membabitkan skuad kebangsaan," kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.

Semua petanda kini menuding kepada Sathianathan melepaskan jawatannya - sama ada secara sukarela mahupun terpaksa. Tetapi itu sesuatu yang berani untuk dihadapinya.

"Ketika bertemu Datuk Azzuddin sebentar tadi (semalam), saya ada katakan jika FAM mahu saya berundur sebagai jawapan untuk bola sepak negara kembali meningkat, saya sedia lakukannya.

"Tetapi dengar dahulu apa mahu saya katakan. Saya akan sediakan laporan dan saya harap apa akan saya katakan, akan dapat dinilai dengan teliti," katanya.

Sama teliti, mungkin, penilaian tiga ahli jawatankuasa kecil skuad kebangsaan - Datuk M Kuppan, Wan Jamak Wan Hassan dan Profesor Madya Dr Mohd Sofian Omar - terhadap Sathianathan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam kelmarin.


Alahai pasukan bola malaysia....Sepatutnya bubar ajer bola sepak kebangsaan menghabiskan duit rakyat aje tumpukan kpd sukan berpotensi yg lain.....Malaysia nie layak bermain dalam negara sahaja. Bile org tegur pasukan and pengurusan bola mcm taik semua melenting tp itulah hakikatnyer yg tidak dpt disangkal lg..... bruce.gif


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
 
Start new topic
Susulan
♦محمد أفيق♦
kiriman Jan 23 2009, 12:32 PM
Kiriman #2


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



sy sokong 100%..
bubar aje..main benda lain..bowling ke..sepak takraw ke...
kalau nak main jugak..tingkatkan mutu bola sepak bermula dari liga lagi.
liga pon entah ape2..
lagi 1...titus tu mane ha??xnak main tok malaysia ke?
pastu dak soccer star yg g main kat fulham dulu..
senyap aje...
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Kirim dalam topik ini


Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 26th June 2024 - 02:19 AM