IPB

Selamat datang Tetamu ( Masuk | Daftar )

> Malaysia yg Tidak Menerima Hakikat MUTU LIga M mmg mcm taik
padaiyappa©
kiriman Jan 23 2009, 12:03 PM
Kiriman #1


Eksekutif Junior
**

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 392
Sertai: 8-October 08
Daripada: India
No. Ahli: 103



FAM bergolak, presiden naik angin

AIB tumbang 0-5 di tangan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bukan 'cerita sebenar' harus jadi tumpuan. 'Pergolakan' di antara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan ketua jurulatih negara, B Sathianathan, yang sepatutnya wajar jadi perhatian.

Hanya itu tafsiran paling tepat ekoran kenyataan berani Sathianathan mengecam tahap aksi Liga Malaysia - medan pertandingan sentiasa jadi kebanggaan majikannya - sebaik tamat aksi kelayakan Piala Asia 2011 itu, kelmarin.

"Saya tetap berpegang dengan apa saya katakan mengenai Liga Malaysia. Ia kerana semuanya bermula dengannya. Saya hanya nyatakan hakikat, supaya ia akan mendorong pasukan berusaha meningkatkan lagi tahap permainan," kata Sathianathan, semalam.

Sathianathan melabel Liga Malaysia sebagai 'bukan bola sepak sebenarnya' selepas menyaksikan anak buahnya serba ketinggalan daripada segi kecergasan diperlukan aksi pada tahap tertinggi.

Tetapi pendirian itu tampak menghimpit Sathianathan, tambahan pula selepas kenyataan sama turut mengundang reaksi kurang senang Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah.

Lantas, kata putus akan diketahui 31 Januari ini - apabila nasib Sathianathan dan skuad kebangsaan bimbingannya akan ditentukan Jawatankuasa Eksekutif FAM.

"Saya boleh sahkan Jawatankuasa Eksekutif FAM akan bermesyuarat pada 31 Januari nanti dan akan ada perbincangan mengenai semua aspek membabitkan skuad kebangsaan," kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.

Semua petanda kini menuding kepada Sathianathan melepaskan jawatannya - sama ada secara sukarela mahupun terpaksa. Tetapi itu sesuatu yang berani untuk dihadapinya.

"Ketika bertemu Datuk Azzuddin sebentar tadi (semalam), saya ada katakan jika FAM mahu saya berundur sebagai jawapan untuk bola sepak negara kembali meningkat, saya sedia lakukannya.

"Tetapi dengar dahulu apa mahu saya katakan. Saya akan sediakan laporan dan saya harap apa akan saya katakan, akan dapat dinilai dengan teliti," katanya.

Sama teliti, mungkin, penilaian tiga ahli jawatankuasa kecil skuad kebangsaan - Datuk M Kuppan, Wan Jamak Wan Hassan dan Profesor Madya Dr Mohd Sofian Omar - terhadap Sathianathan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam kelmarin.


Alahai pasukan bola malaysia....Sepatutnya bubar ajer bola sepak kebangsaan menghabiskan duit rakyat aje tumpukan kpd sukan berpotensi yg lain.....Malaysia nie layak bermain dalam negara sahaja. Bile org tegur pasukan and pengurusan bola mcm taik semua melenting tp itulah hakikatnyer yg tidak dpt disangkal lg..... bruce.gif


--------------------
Go to the top of the page
 
+Quote Post
 
Start new topic
Susulan
mat.g™
kiriman Jan 23 2009, 03:43 PM
Kiriman #2


Eksekutif
***

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 742
Sertai: 2-June 08
Daripada: Saujana Putra
No. Ahli: 4



Mmg saya heran dgn player Malaysia sakng ni... kenapa zaman Allahyarham Mokhtar Dahari, Abd Ghani Minhat dulu taraf suka bolasepak kita boleh pergi tahap world class, depa ni makan nasik jugak.. malahan sakng disediakan dgn fasiliti dan ganjaran yg lebih jauh baik drp zaman mereka dulu.

tp player kita sakng nak panggil jaguh kampung pon sudah tidak layak, sebab main tempat sendiri pon kena ganyam jadi belacan.. apatah lagi kalau main tempat org..

yg saya nampak player Malaysia ni kurang disiplin dan kurang semangat nasionalisme cintakan negara.. depa main bola skang semata2 nak dapat gaji bulan2 dan dapat ganjaran wang, tanah, anugerah dan kebendaan2 yg lain.

ditambah pulak politik bodoh yg hampes dlm pentadbiran FAM yg ntah apa2..... thumbdown.gif


--------------------
matg.net
My Focal 2.0
Go to the top of the page
 
+Quote Post
♦محمد أفيق♦
kiriman Jan 23 2009, 09:12 PM
Kiriman #3


Timbalan Pengurus
*****

Kumpulan: Moderator
Kiriman: 2,582
Sertai: 28-November 08
Daripada: FKEKK
No. Ahli: 373



QUOTE (mat.g @ Jan 23 2009, 03:43 PM) *
yg saya nampak player Malaysia ni kurang disiplin dan kurang semangat nasionalisme cintakan negara.. depa main bola skang semata2 nak dapat gaji bulan2 dan dapat ganjaran wang, tanah, anugerah dan kebendaan2 yg lain.

kurang gaya permainan..
bermain tidak menggunakan otak..
skill pon xde..
kalau ade pon..shoot pulak fail..
kerjasama antara pemain tiada.
rambut aje panjang cam rustu recber...botak cam roberto..
kasut cam c.ronaldo.. no jersi cam gerard..
main???sikit pon xde..
aku ni pon xde la berapa pandai main. tapi kalau dah asyik tgk EPL aje..
tgk liga M cam malas..
Go to the top of the page
 
+Quote Post

Kirim dalam topik ini


Reply to this topicStart new topic
1 pengguna membaca topik ini (1 Tetamu dan 0 Pengguna tidak dikenali)
0 Ahli:

 



Versi Ringkas Masa sekarang: 31st May 2024 - 05:08 AM