Cerpen, tunjukkan bakat anda bercerpen |
Cerpen, tunjukkan bakat anda bercerpen |
Jan 21 2009, 12:47 PM
Kiriman
#1
|
|
Timbalan Pengurus Kumpulan: Moderator Kiriman: 2,582 Sertai: 28-November 08 Daripada: FKEKK No. Ahli: 373 |
salam..sekali lagi sy akan mulakan cerpen.tidak kira ape tajuknya..
anda2 boleh la menyambung cerita.. ia akan disambung oleh sy.setiap hari.. meh tunjukkan bakat anda.. Berat langkah ku untuk melangkah pergi ke pejabat pada pagi ini. Pagi ini mesti jalan raya agak sesak. Maklumlah. Hari isnin. hhmm. Dengan ringkas sahaja aku mengikat tali leherku. Dihadapan cermin aku sisir rambut. Dengan perasan hensem aku sikat dengan rapi. Bergaya jugak aku. Tidak ku sangka. Aku melangkah ke pintu. Tiba-tiba telefon bimbit ku berbunyi.................... |
|
|
Jan 29 2009, 04:14 PM
Kiriman
#2
|
|
Eksekutif Junior Kumpulan: Member Rasmi Kiriman: 439 Sertai: 18-November 08 Daripada: Petaling Jaya, Selangor No. Ahli: 269 |
Aku masih lagi membisu, selepas pertanyaan itu diajukan kepadaku.
"Apa yang harus ku jawab?" persoalan itu bermain di benakku. Setelah beberapa ketika menanti jawapan dariku, Ina (panggilan manja kepada teman wanitaku itu) bertanya lagi, "Apa yang U diam aje ni? U kat mana ni? Baik U berterus terang dengan I, kalau tidak.... !!" Ina mula menunjukkan sikap ketidaksabarannya. Seperti biasa, aku menarik nafas panjang, untuk menenangkan keadaan yang mula tegang. "Ina, dengar sini... I kat rumah lagi ni." Aku memberi penjelasan. "Kalau U kat rumah, kenapa U diam jer bila I tanya tadi?" Nada Ina semakin tinggi. Aku terkedu dengan persoalan itu, haruskan ku terangkan apa yang terjadi tadi, yang disebabkan oleh lintah2 peliharaanku. Mahukah Ina percaya atau dia akan terus membebel seperti biasa. Aku buntu. |
|
|
Versi Ringkas | Masa sekarang: 21st September 2024 - 11:40 AM |