LOMPAT LAGI, perak oh perak |
LOMPAT LAGI, perak oh perak |
Feb 7 2009, 01:22 PM
Kiriman
#1
|
|
Timbalan Pengurus Kumpulan: Moderator Kiriman: 2,582 Sertai: 28-November 08 Daripada: FKEKK No. Ahli: 373 |
1. Sandiwara di Perak masih menggelikan hati. Ada lompat keluar kandang, ada lompat masuk kandang. 2. Duli Yang Maha Mulia Sultan sudah bertitah. 3. Tetapi Menteri Besar Pakatan tidak hendak berhenti jadi MB. Pejabatnya sudah dikosongkan oleh Polis. 4. Apakah Polis akan usung MB dan campak dia keluar? Tentu tidak kerana tiada peruntukan undang-undang yang mengizinkannya. 5. Pakatan boleh adakan Kerajaan minoriti. Demokrasi mengizinkan. 6. Tetapi kerajaan minoriti lemah. Dia boleh ditumbang dengan undi tidak percaya oleh majoriti ahli Dewan Undangan Negeri, kalau Dewan bersidang. Mungkin Pakatan tak mahu ada persidangan. 7. Siapakah yang berhak mengadakan persidangan? Bolehkah puak majoriti paksa Kerajaan minoriti adakan persidangan khas untuk undi tak percaya? 8. Jika tidak dapat paksa Kerajaan minoriti mengadakan persidangan mereka boleh ambil bermacam-macam tindakan untuk merosakkan negeri Perak. Apakah yang boleh dibuat kepada kerajaan minoriti jika ia kekalkan dirinya dan terus merosakkan negeri? Keadaan seperti ini masih kelabu; tak ada peruntukan undang-undang setakat yang saya tahu. 9. Mungkin pegawai tidak akan patuh kepada kerajaan minoriti ini. Tetapi pegawai profesional perlu akur akan perintah Kerajaan yang halal. 10. Kita hanya boleh pandang dan lihat sandiwara yang sedang berterusan. Anwar akan dapat banyak pengajaran daripada sandiwara ini kerana dialah yang beria-ia sangat untuk ada lompat katak yang terbesar pada September 16. Oh! Silap, September 24. Oh! Silap lagi. 11. Amat menggelikan hati mendengar telatah Anwar berkenaan Nasarudin Hashim (ADUN Bota) masuk PKR dan keluar daripada PKR. 12. Lompat masuk (perangkap) boleh tapi lompat keluar tak sah!! He, he, he! credit : chedet.co.cc |
|
|
Feb 7 2009, 02:40 PM
Kiriman
#2
|
|
Pengurus Junior Kumpulan: Moderator Kiriman: 5,329 Sertai: 12-November 08 Daripada: aku worang K.L (kg limbong daa) No. Ahli: 223 |
lompat pertama masuk PR tu bukan per saja nak bagi isyarat PR nak kena POW. biasala ameno, wat keje mesti testing karan dulu...
Nizar... bley bukak opis lam khemah! tak de hal nak sidang mana2. dewan bley masuk cam biasa.... -------------------- |
|
|
Feb 7 2009, 03:37 PM
Kiriman
#3
|
|
Timbalan Pengurus Kumpulan: Moderator Kiriman: 2,582 Sertai: 28-November 08 Daripada: FKEKK No. Ahli: 373 |
lompat pertama masuk PR tu bukan per saja nak bagi isyarat PR nak kena POW. biasala ameno, wat keje mesti testing karan dulu... Nizar... bley bukak opis lam khemah! tak de hal nak sidang mana2. dewan bley masuk cam biasa.... dia enggan letak jawatan sebab dah xde keje lagi kot.. itu yang dia fikirkan...dah sultan yg surh..nape xnak dgr ckp.. cam ni ke sikap bekas menteri... |
|
|
Feb 7 2009, 03:45 PM
Kiriman
#4
|
|
Timbalan Pengurus Kumpulan: Moderator Kiriman: 2,582 Sertai: 28-November 08 Daripada: FKEKK No. Ahli: 373 |
Prinsip Rukun Negara
Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. |
|
|
Versi Ringkas | Masa sekarang: 23rd September 2024 - 09:03 AM |