|  Adab-adab, dalam islam | 
|  Adab-adab, dalam islam | 
|  Mar 8 2009, 10:37 PM 
				 Kiriman
					#1
					
				
			 | |
|  Timbalan Pengurus      Kumpulan: Moderator Kiriman: 2,582 Sertai: 28-November 08 Daripada: FKEKK No. Ahli: 373  | 
				Adab-adab menguap dalam islam 1. Kita hendaklah berusaha menahan diri daripada menguap sekadar kemampuan kita terutama ketika solat kerana Syaitan begitu suka kepada orang yang menguap serta menghindari daripada gangguan di dalam solat. 2. Hendaklah meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat supaya terhindar daripada dimasuki oleh syaitan melalui mulut yang terbuka terutama ketika menguap tersebut. 3. Adalah Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin. Ini kerana syaitan akan mentertawakan orang yang mengeluarkan bunyi apabila ketika menguap serta perkara itu dibenci oleh Allah S.W.T 4. Disunatkan ketika bersin mengucapkan “Alhamdulillah” dan kepada orang yang mendengarnya pula mengucapkan “Yarhamukallah”sebagai mendoakan kebaikan untuknya.. Sesungguhnya Allah S.W.T suka kepada hamba-Nya yang selalu berzikir dan ingat kepada Allah S.W.T pada setiap perbuatannya dan pekerjaannya. 5. Disunatkan juga untuk mengucapkan “Astaghfirullah”selepas menguap sebagai tanda untuk menghindarkan diri sendiri daripada syaitan. CODE Nabi Muhammad S.A.W bersabda melalui Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., maksudnya: “Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu.” CODE Hadith Riwayat Imam Muslim, daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). | 
|  | |
|  | 
|  Mar 8 2009, 10:44 PM 
				 Kiriman
					#2
					
				
			 | |
|  Timbalan Pengurus      Kumpulan: Moderator Kiriman: 2,582 Sertai: 28-November 08 Daripada: FKEKK No. Ahli: 373  | 
				Adab bercakap Rasulullah S.A.W bersabda, " Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah". 
 | 
|  | |
|  Mar 8 2009, 10:56 PM 
				 Kiriman
					#3
					
				
			 | |
|  Timbalan Pengurus      Kumpulan: Moderator Kiriman: 2,582 Sertai: 28-November 08 Daripada: FKEKK No. Ahli: 373  | 
				Adab Sebelum Tidur Daripada Aisyah r.a, Nabi saw bersabda : "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk , hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk . Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri”. ( HR Bukhari & Muslim ) HURAIAN Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adab-adab dalam Islam antaranya 1. Berwuduk Sebaik–baik gosok gigi anda sebelum masuk tidur. Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati. Insya Allah tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis. 2. Perut Tidak Terlalu Kenyang Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam. Bukan sahaja tidak elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu. Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun. 3. Mengingati Kesilapan Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal, cuba anda ingat semula perkara yang telah anda lakukan sepanjang harian. Sekiranya anda melakukan perkara– perkara yang baik, tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik. Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar, berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T. 4. Membaca Doa dan Surah Tertentu Ketika ingin melelapkan mata, amalkan membaca doa atau surah–surah tertentu terlebih dahulu. Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat. Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah Al– Ikhlas, Al–Falaq dan Al–Nas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di kedua–dua belah tangannya lalu digosok ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai. Bacaan dan perbuatan baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut–turut. 5. Berazam Untuk Bangun Awal Anda juga digalakkan untuk membaca surah Al–Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam hati mahu bangun awal. Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri dan menunaikan solat subuh. 6. Bangun Pagi Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya, ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telah memanjangkan usia lalu berdoa : “ Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah mematikan kami. KepadaNya kami akan dibangkitkan” Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan otot–otot badan. | 
|  | |
 qifa_87   Adab-adab   Mar 8 2009, 10:37 PM
 qifa_87   Adab-adab   Mar 8 2009, 10:37 PM

 
  qifa_87   Adab membaca Al-Quran
  
Membaca Quran adalah ibad...   Mar 8 2009, 11:09 PM
 qifa_87   Adab membaca Al-Quran
  
Membaca Quran adalah ibad...   Mar 8 2009, 11:09 PM


 
  qifa_87   Adab Masuk dan Keluar Tandas
  
1. Tandas adalah t...   Mar 8 2009, 11:20 PM
 qifa_87   Adab Masuk dan Keluar Tandas
  
1. Tandas adalah t...   Mar 8 2009, 11:20 PM



 
  qifa_87   Adab-Adab ketika berdoa
Doa hendaklah dilakukan da...   Mar 8 2009, 11:34 PM
 qifa_87   Adab-Adab ketika berdoa
Doa hendaklah dilakukan da...   Mar 8 2009, 11:34 PM




 
  qifa_87   Dalam menjalani kehidupan seharian, kita dipenuhi ...   Mar 8 2009, 11:44 PM
 qifa_87   Dalam menjalani kehidupan seharian, kita dipenuhi ...   Mar 8 2009, 11:44 PM 
  bizonedrop   bagusnya thread nih!   Apr 15 2009, 01:26 AM
 bizonedrop   bagusnya thread nih!   Apr 15 2009, 01:26 AM|   | 
| Versi Ringkas | Masa sekarang: 31st October 2025 - 12:44 PM |