Perihal saman, Jom kongsi cerita |
Perihal saman, Jom kongsi cerita |
Mar 5 2009, 09:50 AM
Kiriman
#1
|
|
Eksekutif Junior Kumpulan: Member Rasmi Kiriman: 439 Sertai: 18-November 08 Daripada: Petaling Jaya, Selangor No. Ahli: 269 |
Rasa nak bukak topik baru lak pagi ni, kat kedai kopi ni, biar ramai sikit duk lama2 kat kedai Cik Mek Molek nih.
Korang pernah kena saman? Tak kisah la saman apa pun. Ada yg tak puas hati? Meh kita bercerita, untung2 ada yg bagi idea, pandangan... atau pe pe je la... untuk setelkan keserabutan yg melanda (itu pun kalo ada berlaku ). Jom... Aku pernah kena saman parking sebab parking bukan kat dalam kotak parking (mmg takde kotak parking pon) berdekatan dengan Jabatan Pediatrik, HKL. Yang aku tak puas hatinya pasal: dah la kat dalam hospital tu semua tempat parking percuma dah penuh. Adat la kat Hospital kan, mmg ramai orang datang dan pergi punye. Dah tu nak parking kat mana lagi... Nak block keta orang lain pun dah takde tempat la. Jadi aku parking la kat kawasan luar HKL ni, bersebelahan dengan jalan utama, sebelah jalan ke Kampung baru. Kat sini, mmg takde kotak parking, bukan jalan utama, tidak menghalang lalu lintas. Ramai jugak yg parking kat sini, aku pun dah berkali-kali parking kat sini sebab dekat jugak nak ke Jabatan Pediatrik ni. Masa tu, mmg ramai yg dah parking dan aku pun cam biasa parking jer... dan kemudian jalan sikit masuk ke Jabatan Pediatrik. Tup2, balik jer tengok satu saman trafik dah ada kat bawah wiper keta, RM100 denda. Ciss... Tak puas hati betul, kalo ada la polis trafik tu kat situ masa tu, nak jer aku tanya: nak parking kat mana lagi? Kat rumah Incik? Korang lak, ada cerita lain? |
|
|
Mar 10 2009, 10:57 AM
Kiriman
#2
|
|
Eksekutif Junior Kumpulan: Member Rasmi Kiriman: 439 Sertai: 18-November 08 Daripada: Petaling Jaya, Selangor No. Ahli: 269 |
betul tu, yang polis dan penguatkuasa lain buat roadblock tu atas nama kerja, mereka jalankan tugas jer. Jadi, kalo kita ada semua, lengkap, tak payah takut, lalu jer... pada mereka yg tak lengkap itu ini tu ler yg gelabah. ada jugak yg lari, sudahnya dia kemana kenderaan ke mana. haruu...
setuju dengan pendapat mereka yg pak2 haji yg nak ke masjid naik moto, lalu jalan utama... kena pakai helmet, bukan setakat pakai kopiah atau serban jer. kalau dah nak tereksiden, kena jugak, tak kisah la pakai helmet ker, kopiah ker. eksiden bukan kira itu semua, kalo nak jadi, jadik gak. moral: patuhi lah undang2 jalan raya. |
|
|
Versi Ringkas | Masa sekarang: 23rd September 2024 - 05:47 AM |