Anak Nelayan Dapat 20A (19A1 1A2) |
Anak Nelayan Dapat 20A (19A1 1A2) |
Mar 13 2009, 02:48 PM
Kiriman
#1
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,830 Sertai: 19-September 08 Daripada: New Castle No. Ahli: 54 |
KOTA BHARU - Dua tahun lalu Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal kagum melihat pencapaian pelajar senior sekolah mereka, Siti Nur Fatimah Mukhtar mengejutkan banyak pihak dengan pencapaian 17 A1 dan 1 A2 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Nik Nur Madihah, 18, sendiri pada waktu itu pulang dengan 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Semalam, giliran dia pula mencipta rekod baru Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) dengan keputusan 19 A1 dan 1 A2. Nik Nur Madihah tidak menganggap dia genius, malah waktu belajarnya juga tidak menentu. "Saya tak ikut kelas tambahan, belajar juga tak ada jadual. "Saya belajar bila terasa nak belajar tanpa terpaksa atau dipaksa,'' katanya. Anak sulung daripada empat beradik dari Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa ini bercita-cita meneruskan pengajian ke Timur Tengah dengan mendalami ilmu fizik. Bapanya, Nik Mohd. Kamal Husin, 41, ialah seorang nelayan manakala ibu, Mariani Omar, 42, bekerja sebagai pencuci di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). SOURCE -------------------- |
|
|
Mar 16 2009, 11:52 AM
Kiriman
#2
|
|
Eksekutif Junior Kumpulan: Member Rasmi Kiriman: 418 Sertai: 12-July 08 No. Ahli: 5 |
yg tebal tu kamus arab tak silap aku.. dulu2 aku pun pakai kamus tu jugak.. tp x dpt 20A pun..1A saja..huk!huk!
-------------------- www.tupperclick.com
Simply good living solutions! |
|
|
Versi Ringkas | Masa sekarang: 27th September 2024 - 10:55 AM |