Anak Nelayan Dapat 20A (19A1 1A2) |
Anak Nelayan Dapat 20A (19A1 1A2) |
Mar 13 2009, 02:48 PM
Kiriman
#1
|
|
Eksekutif Senior Kumpulan: Moderator Kiriman: 1,830 Sertai: 19-September 08 Daripada: New Castle No. Ahli: 54 |
KOTA BHARU - Dua tahun lalu Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal kagum melihat pencapaian pelajar senior sekolah mereka, Siti Nur Fatimah Mukhtar mengejutkan banyak pihak dengan pencapaian 17 A1 dan 1 A2 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Nik Nur Madihah, 18, sendiri pada waktu itu pulang dengan 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Semalam, giliran dia pula mencipta rekod baru Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) dengan keputusan 19 A1 dan 1 A2. Nik Nur Madihah tidak menganggap dia genius, malah waktu belajarnya juga tidak menentu. "Saya tak ikut kelas tambahan, belajar juga tak ada jadual. "Saya belajar bila terasa nak belajar tanpa terpaksa atau dipaksa,'' katanya. Anak sulung daripada empat beradik dari Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa ini bercita-cita meneruskan pengajian ke Timur Tengah dengan mendalami ilmu fizik. Bapanya, Nik Mohd. Kamal Husin, 41, ialah seorang nelayan manakala ibu, Mariani Omar, 42, bekerja sebagai pencuci di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). SOURCE -------------------- |
|
|
Mar 17 2009, 10:50 AM
Kiriman
#2
|
|
Eksekutif Kumpulan: Moderator Kiriman: 742 Sertai: 2-June 08 Daripada: Saujana Putra No. Ahli: 4 |
Nik Nur Madihah bersama bapanya Ya… Nik Nur Madihah budak kampung… tapi dia memperoleh 20A dalam SPM… pelik bukan?? Hari ini gambarnya terpampang di dada-dada akhbar utama kerana kejayaan luar biasanya itu… gambar budak kampung terpampang di muka depan akhbar… pelik bukan?? Tapi bagi aku tak pelik… aku tak pernah percaya budak kampung tak boleh berjaya dalam pelbagai bidang… aku berbangga dan terharu dengan kejayaan Nik Nur Madihah… Datuk Mustapa Mohamed adalah anak petani miskin dari Bachok, tapi dia adalah pakar ekonomi yang menjadi orang kepercayaan Tun Dr Mahathir hingga membawanya masuk ke dalam Kabinet… Malah Dr Mahathir pernah berkata, 10 orang seperti Datuk Mustapa saja sudah cukup untuk mentadbir Malaysia menjadi sebuah negara maju… Datuk Dr Awang Adek Hussin juga asalnya anak nelayan miskin dari Perupok, Bachok. Kakaknya terpaksa berhenti sekolah untuk bekerja semata-mata bagi membolehkan Dr Awang bersekolah. Dr Awang pernah bergelar Timbalan Gabenor Bank Negara sebelum menceburi politik. Jadi, aku tak pernah percaya anak orang miskin, anak petani, anak nelayan, anak penoreh getah atau anak buruh kasar yang tinggal di kampung-kampung terpencil tak boleh berjaya! Cuma, sesetengah orang Melayu sendiri yang menidakkan keupayaan budak kampung… orang Melayu sendiri yang menganggap budak kampung tak boleh maju… -------------------- matg.net
My Focal 2.0 |
|
|
Versi Ringkas | Masa sekarang: 27th May 2024 - 11:30 AM |